SAYA amat tertarik dengan tulisan Sdr Zaini Hassan di dalam ruangan Cuit di Utusan Malaysia pada 07 Jul 2010, kemudiannya di ulas pula oleh Penulis Ibnu Ramadhan berkaitan `PAS dan Umno Perlu Bersemuka dan Berbincang'. Kesemuanya anda boleh baca diKedahLanie.blogspot.
Jika dibaca tulisan Sdr Zaini, terlalu banyak yang boleh kita pertikaikan terutamanya tentang Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz. Kita lupakan dulu andaian Penulis kerana jika beliau terlalu memuji dan memuja Tok Guru MB Kelantan itu, mana mungkin beliau boleh menulis di akhbar Utusan Malaysia. Siapa yang tidak kenal akhbar Umno ini dan semua tahu prestasi jualan akhbar rujukan penyokong tegar Umno itu sekarang. Pernah anda baca perkara yang baik-baik tentang MB Kelantan yang disiarkan oleh akhbar tersebut?
Lupakan juga hal itu. Berbalik kita tentang isu `PAS dan Umno Perlu Bersemuka dan Berbincang' kununnya demi perpaduan Islam. Saya percaya Penulis tidak bercakap tentang UG (Kerajaan Perpaduan) yang telah ditutup buku oleh PAS itu. Maksud beliau mungkin PAS perlu bersemuka dan berbincang dengan Umno demi kepentingan Islam dan bukan untuk bersatu menubuhkan kerajaan. Jika ini maksud beliau, saya ingin bertanya semenjak bila PAS mengharamkan pintu perbincangan dengan Umno apatah lagi berkaitan dengan Islam? Bahkan, PR sendiri telah buat ketetapan bahawa PR sentiasa sedia berbincang dengan Umno atau kerajaan demi kebaikan rakyat. Masalahnya, pernahkah Umno atau Bn menjemput PR untuk berbincang? Mesyuarat bersama MB-MB pun negeri-negeri di bawah PR dipinggirkan.
Benarkah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan sentiasa mengelak untuk bekerjasama? Apakah program yang dianjurkan di Kelantan oleh Kerajaan Pusat yang mendatangkan kebaikan tidak mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Kelantan? Yang kita lihat, mereka inilah yang cuba `memalukan' MB Kelantan di dalam beberapa programnya. Sebagai contoh, di dalam satu acara melepaskan pelumba basikal yang diadakan di Kelantan, MB Kelantan seolah-olah dipersendakan mereka. Sengaja saya petik ulasan YB Kulim (kini MP Bebas) berkenaan penghinaan ke atas MB Kelantan itu di sini. Terbaru, semasa Karnival Kelantan Fiesta 2010, apa yang mereka lakukan terhadap MB Kelantan? Sedangkan kedua-dua program tersebut disambut baik oleh Kerajaan Negeri Kelantan walaupun mereka tahu siapa di sebalik program berkenaan. PAS sentiasa memberikan kerjasama asalkan menuju kebaikan, sehinggakan `Jom Heboh' TV 3 juga mendapat kebenaran asalkan mereka mematuhi dasar Kerajaan PAS Kelantan.
Ini belum kita mengungkap kembali kisah royalti minyak di mana dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu yang penduduknya hampir 100 % Melayu Islam itu dinafikan hak mereka. Ini semua bukan tangan-tangan DAP atau PKR punya angkara, ini siapa punya angkara? MCA kah atau MIC? Bukankah itu negeri Melayu dan majoritinya Islam? Bila PAS mengajak berbincang soal-soal ini semua, adakah Umno mahu? Jika mahu diceritakan lagi betapa Umno sedikit pun tidak menunjukkan ke arah ingin bersatu demi Melayu mahu pun Islam terlalu banyak.
Apatah lagi baru-baru ini Naib Presiden Umno pula menggelar PAS parti ajaran sesat. Tanpa hujah dan dalil, sesedap mulut pemimpin dari Sabah ini bercakap semata-mata untuk menyatukan Melayu dan Islam? Kita harus ingat, sebelum kita mahu berdamai atau menghulur salam, kita mesti tunjukkan bahawa kita benar-benar ikhlas. Jika kita mencuri barang seseorang, pulangkan dahulu barang itu kepada empunya, kemudiannya hulurkan tangan mohon maaf. Itu lah tanda keikhlasan. Bagaimana untuk bersatu di dalam keadaan kita terus dizalimi? Islam tidak menyuruh berbuat demikian.
Seandainya pula perpaduan yang dimaksudkan oleh Penulis tersebut adalah untuk bekerjasama membentuk kerajaan kununnya Melayu Islam, saya setuju dengan caranya kesemua ahli Umno bersama PAS dalam sebuah parti untuk menegakkan kedaulatan Islam di negara ini. Tetapi sekiranya Umno lain, PAS pula lain kemudiannya bergabung itu pada saya satu tindakan bodoh dan tidak masuk akal. Kita boleh lihat sendiri sekarang di beberapa buah negeri, manakah yang lebih baik dan telus? Kerajaan Negeri di bawah PR atau pun Umno/Bn? Maka, apa lojiknya PAS untuk bersama Umno?
Melihat soal perpaduan umat Islam ini hendaklah dilihat sebilang masa dan berterusan. Bukan sewaktu kita sesak dan di penghujung nyawa baru kita teringat saudara mara kita. Perpaduan Islam (bukan perpaduan Melayu) hendaklah berlandaskan Islam (Al-Quran). Meskipun PKR dan DAP bukan parti yang berdasar Al-Quran, tetapi mereka mampu membantu PAS untuk mencapai objektifnya walaupun mengambil masa bertahun-tahun. Umno tidak membantu PAS malah rekod menunjukkan dari dahulu sampai sekarang Umno musuh perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Karpal Singh yang Non Muslim itu tidak memahami Islam dan tidak setuju dengan hukum hudud, tetapi beliau tidak tergamak mengatakan PAS parti ajaran sesat. Apakah Naib Presiden Umno itu lebih hebat dari Karpal Singh di dalam menghina PAS ?
Masih belum terlambat buat Umno untuk bersatu dengan PAS atau parti mana sekalipun di dalam PR, asalkan Umno `bersih'kan dahulu tangannya sebelum menghulurkan salam. Saya yakin PAS tidak akan menyambut salam tangan kanan Umno jika sebelah tangan kiri pula menggenggam sebilah `keris' tanpa bersarung yang disorokkan di belakang.

Dari blog sahabat: wfauzdin.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment