Video Penuh : MB Ku Sangkal Tindakan Wakil Rakyat & EXCO di Kedah Tuntut Rebat dari NGO... Jom Terjah..

 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyangkal dakwaan wakil rakyat dan exco di negeri ini 'memotong' sebahagian daripada peruntukan yang disalur kepada badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan masing-masing.
  
azizan abdul razakIni kerana katanya, peruntukan yang diberi kerajaan pusat bagi tujuan projek kecil dan bantuan kepada NGO iaitu RM150,000 untuk exco dan RM100,000 bagi wakil rakyat disalur terus kepada pejabat daerah selaku Pegawai Pengawal.

"Wakil rakyat atau anggota exco akan memohon kepada pejabat daerah dan bayaran dibuat terus oleh Pegawai Pengawal kepada kontraktor yang dilantik. Begitu juga bantuan atau sumbangan kepada NGO disalurkan terus kepada mereka.
  
"Jika pemotongan berlaku ia bukan di peringkat wakil rakyat atau exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri, di Alor Setar.

Beliau diminta mengulas dakwaan beberapa NGO di Kedah bahawa antara 25 hingga 30 peratus daripada wang bantuan itu terpaksa 'dipulangkan' kepada pihak tertentu.
 
Perkara tersebut didedahkan MCA Kedah dan semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diminta mengulas perkara itu dilapor meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan berkenaan.
  
Mengulas lanjut, Azizan turut meminta MCA Kedah mengemukakan bukti wujud perbuatan sedemikian.
  
Beliau juga meminta NGO terbabit membuat laporan polis jika benar perkara tersebut berlaku.
  
Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri Tan Chow Kang sebagai mengakui perbuatan tersebut berlaku.
  
Susulan pendedahan itu juga, difahamkan pembantu peribadi Tan digantung tugas sejak dua hari lepas atas arahan Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga siasatan ke atasnya berhubung dakwaan tersebut selesai.
  
Sementara itu, Pemuda Gerakan Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung isu tersebut.
  
Laporan dibuat Ketuanya Tan Keng Liang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang antara lain meminta polis melakukan siasatan segera bagi mengesan kesahihan dakwaan tersebut.

Bernama

Kes RM63 Juta Lelaki Ini Bakal Membakar Diri Di Kediaman Menteri Besar Pahang... Ada Cerita Disebaliknya!!!



Lelaki yang menunjuk perasaan dengan mogok lapar sejak Isnin lalu bersetuju untuk tidak lagi membakar dirinya buat masa ini tetapi tidak menolak kemungkinan akan melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.

NONEGan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, berkata beliau akan meneruskan niatnya untuk membunuh diri jika kerajaan negeri Pahang terus mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi pada 2007 supaya membayar syarikat berkenaan, RM63 juta.

"Saya mahu rakyat Pahang dan Malaysia tahu bahawa rakyat menolak pemimpin yang cuba untuk menipu orang ramai. Mereka ini, tidak berbeza dari perompak.

"Jika setiap pemimpin kita seperti pemimpin Pahang, adakah pelabur asing akan terus datang?" soalnya kepada pemberita di lokasi bantahannya  di Padang Kota Damansara, Selangor.
NONEMahkamah Rayuan pada 2009, memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada syarikat balak Seruan Gemilang Makmur kerana tersilap dinamakan sebagai responden dalam kes melanggar perjanjian itu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Zaleha Zahari memutuskan bahawa RM63 juta yang terhutang kepada Seruan Gemilang, masih perlu dibayar.
Gan berkata bahawa rancangannya untuk membunuh diri ditangguhkan kerana kehadiran polis di kawasan itu dan juga hasil pujukan daripada pengarah urusan syarikat itu, Lee Sin.

NONESebelum ini, beliau berkata bahawa dia akan mogok lama selama yang mampu dalam usaha menggesa kerajaan negeri Pahang untuk mematuhi perintah mahkamah supaya membayar syarikat berkenaan RM63 juta.

Namun, semalam, lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas beliau rebah dan paramedik gagal untuk mengesan tekanan darahnya.

Gan juga berikrar bahawa jika beliau membuat bantahan di Kuantan, beliau tidak akan berseorangan.

Takziah Kepada Keluarga Bekas MB Kedah Di Atas Kembalinya Bapa Beliau Ke Rahmatullah Tengahari Tadi.. Al Fatihah..




ALOR SETAR 15 Feb. — Veteran UMNO, Syed Zain Syed Ali, bapa kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang merupakan veteran UMNO Kedah meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua di kediaman keluarganya di Taman Bunga Raya dekat Jitra kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi.

Beliau meninggalkan empat orang anak manakala isterinya telah meninggal dunia kira-kira lima tahun lepas.
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kubang Rotan di Kuala Kedah dekat sini selepas solat Isyak malam ini.

Gambar Berapi!!! Pelakon Popular Mendapat Didikan Pondok Tidak Sepatutnya Buat Hal Begini... Beginikah Cara Dakwah Beliau, Sanggup Tidur Diriba Wanita?

johan as'ari serban


Untuk pengetahuan Johan As’ari @ botak pernah mendapat pendidikan di sekolah tahfiz Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009.Johan mengakui yang dia cuba berdakwah melalui cara tersendiri menerusi lakonannya.
Menurut Johan:-[Petikan Disini]
Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja. Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini.
Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri. Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan.
Berdakwah menerusi lakonan sememangnya satu usaha yang harus dipuji. Mungkin sebagai salah satu alternatif bagi lebih mendekati jiwa anak muda yang sukakan hiburan. Aku berkali-kali cuba untuk berfikir positif mengenai statement Johan ni..tapi aku gagal..
So ini pendapat aku mengenai statement Ustaz Johan As’ari, Ok..kalau nak berdakwah sekurang-kurangya Johan:-

KENA BUAT MACAM NI


don daniyal

ATAU MACAM NI



nasyid

JADI JOHAN TAK BOLEH BUAT MACAM NI



JOHAN

ATAU MACAM NI..PAHAM!!!



JOHAN

So statement kena bagi betul skit..kalau macam ni cara Johan berdakwah..aku takut nanti habis peminat Johan pakat baring atas riba awek dia..kepada wartawan,berhentilah bertanya pasal agama atau dakwah pada artis, agak bodoh jawapannya, teringat dulu jawapan artis pasal hududkalau nak tanya jugak, apa salahnya jika wartawan cari artis atau bekas artis yang memang telah berubah…Niat dah bagus..tapi matlamat tak menghalalkan cara…..

Video: Jaringan Cantik Pasukan Kedah Mengikat Kedudukan Dengan Terengganu... Alhamdulillah Seri 1 - 1


Gol Jaringan
Mohd Ashaari Shamsuddin (m44)
Khyril Muhymeen (m72)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.