Kenapa Geng Nie Berdemo Dakwa Orang Hina Sultan, Bila Orang Langgar Hukum Allah Taknak Pulak Berdemo...

Kira-kira 50 anggota Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) berhimpun di pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, untuk mendesak beliau meletak jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

NONEMereka berhimpun di pusat khidmat ADUN Sri Muda itu di Bukit Kemuning , mulai jam 12.20 tengahari tadi.

Polis memberi mereka masa selama 15 minit untuk berhimpun.
Sebelum itu, mereka berkumpul di sebuah restoran berhampiran, sebelum berarak menuju ke pejabat Shuhami.

Mereka turut membawa kain rentang bertulis 'Kami Menjunjung DYMM Sultan Selangor' dan 'Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja', sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita".

NONEMereka juga membawa dua patung - satu ditulis 'Shuhaimi' dan satu lagi bertulis 'Khalid gagap'.

Mereka tidak membakar patung tersebut, tetapi tertindak memijak dan menyepaknya.

Dalam ucapan ringkasnya, pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang menjejaskan institusi raja.

Ketika itu, ada di kalangan mereka hadir melaung mencabar Shuhaimi keluar menemui mereka.

Bagaimanapun difaham, ADUN Sri Muda itu tiada di pejabatnya.

Kumpulan tersebut bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

NONEPolis mula berkawal di situ sejak jam 10 pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Hamidzun berkata, mereka yang hadir terdiri daripada anggota GAPS, Majlis Belia Malaysia Sslangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan anak jati Jalan Kebun.

Ditanya mengapa mereka tidak menyerah sebarang memo, Hamidzun berkata ia kerana mereka mahu bersemuka dengan Shuhaimi tetapi tidak dapat.

"Kita nak nasihat, bila tulis blog itu, baik-baik, jangan menderhaka kepada sultan," tegasnya.

Orang Islam Bantah Bila MPSJ Mengenakan Syarat Baru Lesen Melarang Orang Islam Bekerja Di tempat Sediakan Minuman Keras

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

NONEMenurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

NONE“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.

Terlalu Bebas - Remaja Perempuan 12 Tahun Melakukan Hubungan Seksual Dengan 15 Lelaki


Pada usia 12 tahun, seorang kanak-kanak perempuan sudah aktif melakukan seks dengan 15 lelaki berbeza. Salah seorangnya ialah lelaki berusia 35 tahun, hampir tiga kali ganda daripada usia kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan oleh The New Paper. Kejadian yang berlaku di Singapura ini berlaku pada sekitar tahun 2008 yang lalu.

Rahsia gelap kanak-kanak ini terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dan muntah-muntah. Dia dirawat di National University Hospital dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia hamil. Pada waktu itu, kanak-kanak itu baru mencecah usia 13 tahun dan telah mengaku melakukan hubungan seks dengan "beberapa orang lelaki". Pengakuan kanak-kanak itu telah mendorong polis membuat siasatan dan hasilnya enam pasangan seks kanak-kanak ini berjaya dikesan dan ditahan.

Salah seorang daripada lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur itu ialah guru pelatih di National Institute of Education. Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku melakukan hubungan seksial dengan kanak-kanak itu yang pada ketika itu berusia 12, di apartmennya sekitar bulan September 2007.

Guru pelatih dan lima lelaki lain yang melakukan seks dengan kanak-kanak itu telah dikenakan denda dan hukuman penjara. Pada ketika hukuman dijatuhkan kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 35 tahun.


Sembilan lelaki lain masih disiasat, didakwa dan kes mereka masih berjalan.



Trend remaja melakukan seks pada usia terlalu muda bukanlah kes terpencil kerana berdasarkan statistik terdapat peningkatan jumlah kes melibat kes seumpama itu di Singapura. Malangnya, trend yang sama kini semakin menjadi-jadi di Malaysia. Buktinya,baru-baru ini dilaporkan budak lelaki berusia 10 tahun telah ditahan kerana disyaki merogol budak perempuan berusia 9 tahun.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.