Keluarga Allahyarham Baharuddin Sangkal Video Polis - "Photo Itu Bukan Arwah"

Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.

Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim,pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.

Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.

“Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin,”
kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.

Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.

“Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.

“Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam,”
kata beliau.

Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.

“Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat
.

“Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk,” ujarnya.

Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.

“Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya,” katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia. -KD

LIVE: Malaysia Menentang Singapura.. Masih Lagi 0-0

Semangat Kesukanan: Tok Guru Nik Aziz Mengharapkan Malaysia Menang Menentang Singapura


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini.

“Saya berharap agar Malaysia dapat memenangi perlawanan bola sepak menentang Singapura pada hari ini. Semoga dapat melakar sejarah,” ujarnya di laman Twitter.

Secara peribadi, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap penjaga gol anak negeri itu, Khairul Fahmi dapat diturunkan untuk mengawal gawang pasukan negara.

Namun, kata beliau segalanya terpulang kepada percaturan pihak berkenaan.

“Selamat mencipta rekod baru untuk bolasepak Malaysia!” ujarnya.

Pertemuan skuad Harimau Malaysia dengan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 malam ini dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura 23 Julai lalu, pasukan negara tewas 3-5.

Pendedahan!!! Beginilah Cerita Sebenar Pelakon Ini Yang Dikatakan Mencekik Dan Memukul Kekasihnya

PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.

Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu.

Ammar dan Sarah

Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.

Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.

Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.

Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.

“Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.

“Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”

Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal.

“Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung.

“Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut,” ceritanya

Imam Masjid Al-Rahmah, Taman Wira Mergong, Mohd Shabuddin Bersyukur Dapat Peruntukkan Perbesar Masjid

ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.12 juta untuk pembesaran Masjid Al-Rahmah, Taman Wira Mergong di sini yang dibina sejak 20 tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam lawatan kerja sehari ke Kedah pada Khamis, hadir di masjid berkenaan untuk mendengar taklimat berhubung projek pembesaran masjid itu.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Teknikal Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Ab Ghapar Daud.

Imam masjid berkenaan Mohd Shabuddin Itam berkata peruntukan itu diluluskan empat bulan lepas.

"Pembesaran masjid ini perlu dilakukan segera kerana jemaah masjid yang semakin bertambah terutamanya pada hari Jumaat, bulan Ramadan dan Hari Raya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana menyediakan peruntukan yang besar untuk membesarkan masjid itu.

Projek pembesaran masjid berkenaan dijangka dimulakan bulan depan.

Selepas melawat masjid itu, Perdana Menteri dan rombongan membuat tinjauan dan beramah mesra dengan peniaga serta orang ramai di Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini.

Najib diiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Timbalan Menteri Pertanian Datuk Johari Baharom.

Najib tiba di kawasan pasar berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi dan meluangkan masa kira-kira 30 minit.

Perdana Menteri turut meninjau penyediaan bubur lambuk oleh peserta pasar tani yang dimasak untuk diedarkan kepada pengunjung pasar tani sempena menyambut bulan Ramadan.

Selepas beramah mesra dengan peniaga pasar tani, Perdana Menteri singgah bersarapan di Medan Selera Taman Wira dan dihidangkan teh tarik serta pelbagai jenis makanan termasuk pulut durian, pulut sambal dan serabai.

Seorang peniaga Fazri Masari, 26, yang menyediakan teh tarik untuk Perdana Menteri dan rombongan berkata beliau gembira dan bangga dapat menyediakan minuman untuk pemimpin nombor satu negara.

"Sejak tujuh tahun berniaga di medan selera itu, ini adalah kali pertama seorang Perdana Menteri melawat tempat ini," katanya.

Najib kemudiannya melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa 1 di sini sempena sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut.

- BERNAMA

sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan- SPR Berhujah Lagi Dengan Datuk Ambiga Jumaat nanti....

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahuMalaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam,' katanya.

NONEAmbiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam semalam anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.