Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.
Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan.
Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut.
Pengerusi SMM Safwan Anang ketika ditemui berkata mereka akan berkhemah di kawasan berkenaan sementara menunggu perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April.
Kira-kira 80 orang peserta berkenaan turut berkumpul di satu sudut berkenaan dan menunaikan solat Asar berjemaah.
Beberapa orang anggota polis memerhatikan tindakan anak muda berkenaan daripada sebuah kenderaan balai polis bergerak di tepi padang tersebut.
-MK