Pemuda UmnoTurut Serta Berarak ke Istana Negara pada 9 Julai - Apa Motif Disebalik Himpunan Ini???


Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

umno youth rally 090209 khairy 01"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri).

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.

Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu.

Sebelum itu, keputusan mesyuarat Pemuda Umno sebentar tadi diumumkan Khairy dalam laman Twitter beliau.

bersih rally 271207 01Ketika dihubungiMalaysiakini, Khairy berkata, Pemuda Umno tidak menyertai BERSIH kerana kumpulan itu menyokong pembangkang dan sejal awal mempunyai agenda politik.

Beliau juga menafikan tindakan itu bagi melawan BERSIH, sebaliknya ia tiada kaitan langsung.

Ditanya sama ada tindakan itu sesuai memandangkan dua lagi kumpulan bercadang berhimpun pada masa yang sama, Khairy berkata ia "terpulang kepada pihak polis".

Pemuda Umno menegaskan akan memohon permit bagi tujuan itu walaupun tidak pasti pihak polis akan memberikannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.