PERINGATAN PRESIDEN: PAS Bukan 'Hotel Persinggahan'



ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti dan entiti politik lain bahawa PAS bukanlah 'hotel persinggahan' untuk dijadikan batu loncatan.

Tanpa merujuk mana-mana parti atau individu, Abdul Hadi menyifatkan pihak tersebut bersifat oportunis atau gemar mengambil kesempatan dan menjadikan PAS sebagai pangkalan persinggahan atau tangga untuk dipanjat.

"Hal ini sudah ditapis, ia turut melibatkan ahli dalam parti ini, bukan sahaja parti politik lain.

Muktamar Melabuhkan Tirai: MENINGGALKAN KEDAH DENGAN RASA KEHARUAN...




Kompleks PAS Kota Sarang Semut menjadi saksi mata akan perjalanan sebuah harakatul ummah yang sentiasa menjadi bualan hangat warga negara ini. Kompleks yang berdiri diatas tanah seluas 17 ekar ini menampung puluhan ribu perwakilan dan pemerhati yang datang daripada seluruh negara, dengan beragam latarbelakang dan status sosial.

Kedah semenjak tertubuhnya PAS di negeri itu 65 tahun yang lepas telah empat kali menjadi tuan rumah Muktamar PAS Pusat. Muktamar pada kali ini paling menjadi buruan lensa wartawan dan juga pencandu-pencandu politik kerana tragedi ribut dan juga keributan dalam hubungan pemuafakatan politiknya dengan parti yang muncul dengan bantahan awam akibat kezaliman regim Mahathir pada tahun 1998. Media sosial juga bukan kepalang sibuknya bergentayangan dengan memaparkan berita-berita PAS samada positif ataupun negatif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.