Siapa Pegawai Kanan Kerajaan Lari Berbogel





Sekadar hiasan



Lari berbogel elak dicekup

Admin | Sunday, March 14, 2010 | 0 comments
PASIR GUDANG: Seorang pegawai kanan kerajaan berusia separuh abad berlari keluar dari bilik tidur dalam keadaan berbogel ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).

Dalam kejadian mengaibkan itu, lelaki terbabit nekad berlari keluar dari bilik tidur tanpa seurat benang di tubuhnya sebaik pasukan penguat kuasa JAJ mengetuk pintu sebuah rumah untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa JAJ bersama polis menyerbu rumah flet itu di Jalan Harmoni, Kangkar Pulai, di sini, jam 3.30 pagi Khamis lalu.

“Hasil siasatan awal, lelaki terbabit adalah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Kes disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997,” katanya.

Sementara itu, keasyikan membuat percaturan terakhir serta sibuk mengambil pesanan nombor ramalan daripada rakan melalui telefon bimbit menjerat sekumpulan ‘kaki ekor’ apabila dicekup pasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) di premis judi nombor ekor di sekitar bandar raya ini, semalam.

Akibat malu dengan perbuatan sendiri, ada di kalangan kumpulan terbabit meronta-ronta untuk melepaskan diri, mengakibatkan berlaku pergelutan kecil antara suspek dan pegawai JAJ.

Operasi membabitkan 24 pegawai dan anggota penguat kuasa JAJ di Taman Air Biru, di sini, bermula jam 5 petang hingga 7 malam itu turut disertai 16 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Menurut jurucakap JAJ, dalam operasi khas di kawasan berkenaan, seramai 22 individu beragama Islam, termasuk warga emas yang layak digelar datuk, dicekup kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti perjudian. -HM

MB Kedah Semakin Pulun Selepas 2 Tahun Memerintah










Oleh : Azizi Hj Abdullah








YAB Datuk Seri Us.Azizan Abdul Razak (selepas ini akan disebut Azizan-maafkan saya YAB) sudah menjadi Menteri Besar Kedah sudah 2 tahun ( 8 Mac 2008) beberapa hari. Selama dua tahun Pas menerajui Kedah, Azizan tetap mendapat jelling cemburu dari Umno/BN tetapi tidak sehebat yang dialami oleh PR Selangor, Pulau Pinang setelah Perak BN berjaya tumbangkan melalui kuasa yang dianggap oleh rakyat sebagai institusi ‘maha adil’.

Dalam keadaan pulun memulun ini, apakah kerana Azizan selaku Menteri Besarnya bijak menepis dan bersilat kuntau politik melalui kerajaan berhemah beliau?
Dengan 10 barisan exconya, beliau diapit oleh beberapa tenaga muda yang cukup bersedia melangkah membuka silat jika ada serangan dari pihak mana pun. Namun perisai utama yang disandang dan tenaga yang direngkuhnya tentulah ‘Akhlak Islam’.

Sama dengan pemerintahan Umno/BN selama puluhan tahun yang lalu, walaupun baru 2 tahun, Azizan berkewajipan memelihara dan mengjaga 1.9 juta rakyat Kedah berbagai kaum. Sama dengan Umno/ BN, Azizan pasti mengambil kira 75.4% Melayu, 14.4% Cina, 7.0% India dan 1.4% Siam. Bagaimanapun yang membezakan Azizan dengan Menteri-Menteri Besar sebelumnya ialah ‘Akhlak Islam.’ Walaupun mungkin ramai yang tidak setuju dengan gelaran ini, tetapi bagi penulis inilah sahaja gelaran yang sesuai buat sementara berdasarkan 2 tahun beliau memimpin Kedah sebagai Menteri Besar.

Selama dua tahun, perkara kebaikan yang dilakukan oleh Umno/BN dulu tetap dilakukannya. Lampu di jalan raya tetap menyala. Azan di Masjid Zahir tetap berkumandang. Pekan Rabu atau Che Det Mall tidak pernah ditutup. Tetapi ada pula Azizan tidak lakukan apa yang Umno/BN lakukan. Mungkin dulu rasuah perkara biasa tetapi Azizan telah memulakan dengan tender terbukanya. Dan Azizan tetap melakukan apabila Umno/BN tidak melakukan seperti meneruskan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak 21 buah, iaitu Sekolah Rendah Islam, Sekolah Menengah Islam dan Ma`had sebanyak RM595,000.00.

2 tahun Kedah Pas memerintah, dengan teraju utama Azizan yang dulu dan kini tetap berketayap (sesekali bersongkok) telah dianggap oleh Exco Kanannya, Ir. Fakhrurazi Hj Zawawi sebagai pusat pemerhati ke 2 selepas Kelantan.

Kerana itu juga Wan Nik Wan Jusoh Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pusat mengingatkan kepada seluruh jentera Pas Kedah pada 7 Mac 2010 yang lalu di Komplek Pas Kedah bahawa jentera Pas Kedah mesti waspada kerana sehingga kini tidak kurang 10 wakil Pas yang ditawarkan berjuta-juta ringgit supaya meninggalkan Pas. Maka kerana itu, Wan Nik selaku Setia Usaha Jabatan Pilihanraya berharap jentera peringkat bawah sangat mustahak memain peranan.

Azizan, jika mahu disusun ayat untuk mengenali wataknya sebagai Menteri Besar Pas selama dua tahun di Negeri Kedah ini, mungkin boleh disebut sebagai; Kelolo bertradisi, pemarah tapi pemaaf - cenge tapi tak lama -kasar dalam lembut -tegas tetapi berpasal- pemaaf tapi strik - kelakar tapi serius. Dalam mana-mana ucapan pun beliau tetap membawa tamsil misalan tradisi lucu tetapi sangat bermakna. Sebagai contoh, ucapan terkini pada 7 Mac 2010 ketika memberi ucapan penutup Perasmian Gerak Kerja Pilihanraya ke 13 di Komplek Pas Kedah, beliau menyamakan mereka yang tidak senang dengan kepimpinannya seperti ‘ikan haruan kelupur dalam raga batang’. “Sampai habis sisik!” katanya.

2 tahun sebagai Menteri Besar yang meneraju ‘Kedah Sejahtera’ menggantikan slogan ‘Kedah Gemilang/ kedah Maju’ , Umno/BN yang Menteri Besarnya Mahadir Khalid, watak dan kepimpinannya telah digambarkan oleh Pengerusi Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dato’ Hj Abdul Halim Abd. Rahman sebagai:

Pas Kedah boleh berbangga kerana mendapat Pesuruhjaya yang berkualiti.
Kajian Merdeka Center sendiri meletak Azizan seorang yang bersih, bijak berkomunikasi dengan penuh persiapan. Berhadapan dengan media secara berhimah dan berhati-hati.
Bijak mematah hujah dan soalan provokasi dari wartawan.
Ekonomi Kedah meningkat.
Mampu membayar hutang Kerajaan Pusat, sehingga Audit Negara sendiri memuji tentang perbelanjaan pemerintahan Kedah.
Mempunyai hubungan mesra dan baik dengan exco-exconya.
Mampu meningkat pendapatan RM500 juta setahun menjelang 2015 kepada RM1 bilion.
Kalangan pemimpin luar memuji kewibawaan beliau.
Memberi keyakinan Pas Kedah akan terus menang.
Tidak seperti Menteri Besar lain, beliau mampu berbaik-baik dengan pemimpin lain. Dengan Mahathir baik, dengan pusat baik. Kerana itu projek-projek yang melibatkan bersama pusat berjalan lancar.
Bijak memelihara hubungan dengan istana.
Tidak berkonfrantasi dengan NGO-NGO.

Azizan yang menerajui Kedah sepanjang 2 tahun berkali-kali menekankan bahawa kemenangan Pas Kedah dan terus memerintah, ia bukanlah satu ‘ghanimah’ kepada ahli Pas. Ghanimah menurut beliau ialah harta rampasan dari musuh setelah menang dalam peperangan. Tetapi Pas Kedah memenangi pilihanraya dan hasil bumi Kedah adalah hak rakyat yang mesti diuruskan dengan amanah. Maka kerana itu selama dua tahun Azizan menerajui Kedah tender terbuka yang menjadi dasar pentadbirannya.

Barangkali rakyat boleh berbangga selama dua tahun Pas menerajui Kedah apabila setahun saja hasil balak yang pernah Azizan ‘gempaq’ Kerajaan Pusat berjaya memungut hasil RM28.14 juta sedangkan tahun sebelum Pas memerintah hasilnya hanya RM9.21 juta. Azizan pernah memberitahu jika sebelumnya primium balak sebanyak RM1 juta tetapi apabila Pas memerintah melalui tender terbuka, tahun ini sahaja telah mencapai RM38 juta.

Cukai Tanah memberi kelegaan kepada rakyat bilamana berjaya memungut RM30.79 juta. Royalti pengeluaran bahan batuan mencapai RM14.65 juta sedangkan sebelumnya ketika Umno/BN hanya RM15.32 juta dan RM13.57 juta.

Pembentukan dan pengisian rakyat Negeri Kedah bolehlah diumpamakan sebagai sebuah enjin. Enjin utama kesejahteraan ini ialah mencelikkan minda. Ia satu peroses berterusan bagi memahami Al-Qur`an. Azizan sebagai Menteri Besar yang meletakan Al-Qur`an dalam segala urusannya telah menyumbang kepada tenaga ini seramai 3,000 orang.

Pendidikan sangat penting. Selain dari meningkat Kolej Insaniah kepada Kolej Universiti, akan berdiri pula sebuah universiti lagi di Baling (KUIN) dengan menawarkan 41 program peringkat sijil,diploma,ijazah, sarjana dan PhD. Sebanyak 25 juta untuk kos operasi Maktab Mahmud. Sebanyak 2 juta untuk merealisasi hasrat melahirkan graduan dan RM4.2 juta bagi menyediakan bahan untuk perpustakaan.

Dari suka berkelolo sehingga kepada serius, dari tegas tetapi berpasal, dalam senyap Azizan telah mendapat persetujuan memotong 5% gaji exconya dan semua itu disalurkan pula kepada Tabung Tunku Mahmud. Dalam keadaan ‘cenge’nya, beliau tetap memiliki sifat lembut, lalu 30% projek pembangunan diberi tumpuan kepada projek yang mendesak.

Dengan dasar ‘Keadilan Untuk Semua’ beliau bertindak dalam tadbir urusnya bagi memperkukuh dan mengharmonikan rakyat. Dari kalangan orang-orang Siam, kerajaan Kedah sangat prihatin. Dilantiknya Exco Khas untuk menjaga kepentingan orang-orang Cina, India dan Siam. Mungkin itu model Kelantan tetapi apa salahnya jika itu kebaikan. Manakala soal prasarana pendidikan adalah tugas pusat tetapi Azizan telah meluluskan sebidang tanah kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Sungai Tok Pawang.

Di Selangor timbul isu kepala babi, lembu korban. Di Kedah selama dua tahun Pas menerajui, isu babi juga berlaku. Ia bukan kepala tetapi kandang. Kerajaan Kedah telah dapat mereda dan dapat diterima oleh kaum berkenaan. Cuma yang dihebuhkan ialah golongan apa yang dimisal tamsilkan oleh Azizan ‘ macam ikan haruan kelupur dalam raga kurung batang.’

Dengan berpandangan jauh demi memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat, Azizan dengan kesepakatan exco-exconya telah berusaha membangun Sungai Limau (kawasan pilihanraya beliau) Hidro Karbon Hub dengan nilai RM83 bilion lebih. Dengan populasi rakyat 1.9 juta, Azizan sangat nampak bahawa RM400 juta hasilnya akan memberi manfaat kepada rakyat apabila dilaksanakan nanti. Kulim Hi Tech Park diterajui oleh mereka yang arif dalam teknologi. Sektor pertanian juga tidak diabaikan. Pada 8 Mac 2010 kolam ternakan ikan keli telah dirasmi di dareah Baling. Bayangkan seorang yang dianggap lebai dan berkopiah lebai, telah melihat ikan keli dan sepat akan menjadi hasil ke peringkat antara bangsa. Kedah selama dua tahun diperintah Pas, siapa sangka ternakan ikan keli hanya dilakukan melalui proses kolam buatan, bukan kolam berselut lumpur. Bayangkan ikan keli akan dijadikan eksport sardin.

Kedah bukan saja membangun dari segi fizikal, prasarana. Azizan melihat ruh agama yang disuaipadankan dengan slogan ‘Kedah Sejahtera’ perlu dilaksanakan. Pentadbiran menurut Al-Quran disifatkan sebagai ‘Qaulan thaaqila,’ ialah nilai-nilai hakikat kehidupan yang mempunyai hala tuju. Maka disungguhkan praktikal ini dengan mewujudkan Qariah, Al Fahmi, At Tadabbur dan Al Amal wal uns (beriman dan merindui pelaksanaan Qur`an)

Itulah idaman Azizan dan pemerintahan Pas di Kedah. Bertolak dari pembinaan nilai di atas, berpaksikan kepada kefahaman yang jelas, Insyaallah Kedah yang telah mengharungi berbagai karenah akan terus di tahun-tahun mendatang. Kedah akan pulun ke arah kesejahteraan.

Pengundi Hantar Petisyen desak Zahrain kosong kerusi


Ahli parlimen Bayan Lepas yang keluar PKR baru-baru ini dan menjadi calon Bebas, menerima kejutan hari ini apabila menerima petisyen yang mengandungi 2,108 tandatangan, mendesaknya mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang mulai esok.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin berkata, tandatangan itu dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang.

DUN Pantai Jerejak terletak di bawah Parlimen Bayan Baru.

"Ramai yang merasa tertipu dengan tindakan Zahrain keluar parti, jadi kita terpaksa menghantarr mesej ini kepadanya," kata Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.

"Saya diberitahu yang Zahrain terperanjat dan pucat sewaktu menerima petisyen tersebut, tetapi beliau tetap menerimanya," katanya.

Zahrain keluar PKR pada 12 Februari lalu selepas mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng sebagai "seorang diktator dan perkauman."

MM'sia: Ruangan Kolumnis Asri Diganti Mufti Perak




Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun yang lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu,

Kali terakhir penulisan beliau disiarkan Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.

Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan.

Hari ini ruangan di Mingguan Malaysian digantikan dengan penulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Akhbar berkenaan tidak memberikan makluman mengenai ketiadaan ruangan Mohd Asri.

The Malaysian Insider difahamkan Mohd Asri sudah dimaklumkan mengenai keputusan Mingguan Malaysia tidak lagi akan membawa penulisan beliau baru-baru ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan tiada alasan diberikan tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan kandungan penulisannya sejak kebelakangan ini. -MI

Mohd Asri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau dan tiada apa-apa komen beliau dalam blognya.

Beliau kini berhadapan dengan kes tuduhan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). -MI

Perhimpunan Raksasa Bantah GST Ditangguhkan



Perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Parlimen esok ditangguhkan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Katanya, ini ekoran keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen yang bermula esok.

Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai menyifatkan penangguhan pembentangan rang undang-undang GST itu sebagai satu kemenangan rakyat.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Dr Hatta berkata perhimpunan tersebut ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, perhimpunan akan diadakan sekiranya timbul keperluan.

Ditanya sebab khusus perhimpunan esok ditangguhkan, Dr Hatta berkata: "Kita kena bersifat reasonable (munasabah) kerana kita sedia menimbang suasana yang berubah ini"

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa mereka tidak akan berhenti daripada menentang pelaksanaan GST itu.

Menurutnya, semua bentuk kempen akan diteruskan seperti ceramah dan pengedaran risalah mengenainya.

Beliau juga memohon maaf kepada orang ramai yang telah telah membuat persediaan untuk menghadiri perhimpunan esok.

Dr Hatta juga berharap penangguhan perhimpunan esok tidak akan melemahkan semangat rakyat dalam menentang pelaksanaan GST.

"Sekiranya kerajaan bermain-main dengan keputusan ini, saya yakin rakyat akan marah dan akan turun dengan lebih besar.

"Jika mereka beriya-iya sangat nak bentang, kita akan beri respond dengan berlipat kali ganda," katanya.

Pulau Honshu Bergegar dilanda Gempa





Foto gempa sebelum ini





Gempa 5.8 skala Richter gegar pulau Honshu

TOKYO 14 Mac - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter telah berlaku di pantai timur pulau Honshu, Jepun malam tadi tetapi tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan berlaku, kata ahli seismologi.

Gempa bumi pukul 9.46 malam waktu tempatan itu berpusat pada jarak 71 kilometer ke utara timur laut Iwaki, Honshu pada kedalaman 73 kilometer, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Tidak ada amaran tsunami dikeluarkan ekoran gempa sederhana itu. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.