Gambar2 & Video Panas!!! Antara Gelagat2 Isteri PM Haji Najib, Hajjah Rosmah Mansor Ketika Menyampaikan Lagu2 Bagi Penuhi Hobi Dan Minat Yang Ada, Dari Muda Hingga Umur2 Di Hujung Senja....


Kak Ros dengan Abang Najib

DSC04976 small

Tunjukkan mana bini/isteri Perdana Menteri Malaysia yang pandai menyanyi dan menari di depan orang ramai?..tunjukkan mana isteri pemimpin tertinggi negara yg berani membuat show di depan orang ramai..hatta, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 (Siti Hasmah) selama 22 tahun lebih pun tak mampu beraksi seperti Rosmah Mansor..

Sesungguhnya kita rakyat Malaysia, khususnya umat Islam seharusnya terharu dan berbangga dengan kelebihan dan keistimewaan ini..sekurang2nya ia membuatkan negara jiran Indonesia dengki dan cemburu..akhir kalam, '1 Malaysia Menjana Tranformasi'..















p/s: Rasa2 gambar Rosmah menari dgn Najib kat bawah ni, lagu apa ek?..cuba klik mp3 di bawah...;)






VIDEO: Datin Rosmah dan Mawi Berduet Demi Kebajikan Rakyat



VIDEO: rosmah mansor menyanyi gerimis mengundang



VIDEO: Rosmah menyanyi untuk Najib - If tomorrow never comes

Panas & Gempar!! (18Sx) Gambar Fasha Sandha Berpelukan Intim Dengan Lelaki Misteri... Apa Tindakan Bakal Diambil Anak Bekas MB Perak Nanti??? Jom Terjah!!!




Wahh pasti ramai yang tertunggu tunggu siapakah lelaki misteri yang diperkatakan ini, bukankah fasha Sandha sudah berkahwin dengan Jejai? gawat nihh... Lelaki mana pulak yang dipeluk oleh Fasha Sandha?

Kalau sekali tengok, bukan main mesra lagi Fasha peluk lelaki tu yee.. Tak risau ke nanti cik abang kat rumah tu marah? Hehehehe... Saya tidak mahu komen apa apa, anda lihat lah sendiri yea, dengan cerita jejaka ini seorang pelakon senior juga. So anda tentukan adakah ini dengan kerelaan hati atau sebaliknya?






|Sumber

Panas & Terkini!!! Penyanyi Dayangku Intan Sertai PKR... Borang Permohonan Diserah Kepada Presiden PKR..

Di celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.

Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.

Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai lalu, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production. - Jalan Pulang

Inilah Keputusan Akhir Pemenang (ABPBH 2011) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Keputusan Akhir Pemenang ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011) telah diketahui. Terdapat beberapa kejutan pada kali ini. Apa-apa pun tahniah kepada para pemenang.


SENARAI PEMENANG ABPBH 2011


1.Artis Duo/Berkumpulan
6ixth Sense
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Meet Uncle Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

PEMENANG - Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

2.Artis Baru Wanita Popular
Izara Aishah
Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Tasha Shilla

PEMENANG - Tasha Shilla

3.Penyampai Radio Lelaki
AG
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

PEMENANG -Faizal Ismail

4.Artis Komedi Wanita
Aliza Abdullah @ Enot
Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Sharifah Shahira

PEMENANG - Didie Alias

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
DATO' SHILA MAJID

5.Pengacara TV Lelaki
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Zizan Razak

PEMENANG - Zizan Razak

6.Artis Baru Lelaki Popular
Aeril Zafrel
Awi Rafael
Beto Khusyairi
Hazama
Johan Ariff As'ari

PEMENANG - Johan Ariff As'ari

7.Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz
Fauzi Nawawi

PEMENANG - Fizz Fairuzz

8.Penyampai Radio Wanita
Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Shahira

PEMENANG - Fara Fauzana

9.Pengacara TV Wanita
Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahira

PEMENANG - Fara Fauzana

10.Artis Komedi Lelaki
Afdlin Shauki
Along Cham
Johan
Nabil
Zizan Razak

PEMENANG - Johan


ANUGERAH SERI PERAK
PEMENANG - DATUK SITI NURHALIZA


11.Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Hafiz

PEMENANG - Hafiz

12.Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Bront Palarae
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof

PEMENANG - Aaron Aziz

13.Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Nora Danish
Rozita Che Wan
Scha Alyahya
Tizz Zaqyah

PEMENANG - Fasha Sandha

14.Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle
Eja
Lisa Surihani
Maya Karin
Yana Shamsudin

PEMENANG - Maya Karin

15.Penyanyi Wanita Popular
Alyah
Najwa Latif
Shila Amzah
Stacy
Yuna

PEMENANG - Yuna


ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2011 ABPBH 25
AARON AZIZ

Panas!! Ulat2 Keluar Dari Coklat Berjenama Terkenal Yang Diimport Keluar Negara... Geli dan Meloyakan

http://speakerpecah.blogspot.com

ALOR SETAR - Geli lagi meloyakan. Itulah yang dihadapai tiga beranak apabila hasrat untuk menikmati coklat yang baru dibeli dari sebuah pasar raya di sini terbantut ketika beberapa ulat keluar dari kepingannya.

Ahmad Pouzi, 55, bersama isteri dan anaknya mula menyedari keadaan coklat itu apabila membuka lapisan pembungkus coklat ketika berada dalam kereta selepas selesai membeli barangan keperluan harian kira-kira jam 10.50 pagi, semalam.

“Entah kenapa tiba-tiba timbul perasaan ingin mencuba coklat ini, mungkin kerana keluaran tempatan dan ­diedarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura sedangkan saya sendiri tidak pernah membelinya ­sebelum ini.

“Sebagai langkah berwaspada ­setiap kali membeli, saya membaca dulu label kandungan coklat, tarikh halal dan yang pastinya tarikh luput coklat itu pada 16 Januari tahun depan,” katanya.

Menurut Ahmad, isterinya sempat memakan sedikit coklat berkenaan kerana belum menyedari kewujudan ulat yang ada pada bahagian bawahnya sebelum berkongsi bersama.

“Namun, sewaktu saya ingin mematahkan kepingan coklat seterusnya, saya perasan seekor ulat jatuh ke ­tempat ­duduk sebelum membuat ­keputusan memeriksa keseluruhan coklat dan menemui tiga ekor ulat.

“Walaupun sebelum ini pernah ­mendengar kejadian serupa berlaku pada orang lain, namun tak sangka kali ini kami pula terkena,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Ahmad berharap pihak pengurusan syarikat yang terlibat lebih prihatin terhadap produk mereka termasuk mengutamakan aspek kebersihan serta memeriksa kembali tarikh luput sebenar coklat.

“Saya sendiri sudah tidak berminat untuk membeli coklat jenama ­berkenaan selepas ini. Jika ingin membelinya saya akan mencari jenama lain atau yang biasa dibeli,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.