

ALOR SETAR 1 Ogos – Kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.
"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.
"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Helmi berkata, doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.
Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini. – Bernama
Semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengeluarkan kenyataan mengenai putusnya tali pertunangannya bersama Elia di akhbar Metro Ahad. Menyusul selepas ini adalah kenyataan Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang menceritakan krisis hubungan mereka kepada Harian Metro (sumber asal).
Menurut Elia, kenyataan Khairul Fahmi kepada Metro Ahad semalam memang mengejutkan diri & keluarganya kerana mereka tidak tahu bahawa penjaga gol itu akan memutuskan tali pertunangan di dalam akhbar. Elia juga menafikan dakwaan Khairul Fahmi yang telah berbincang dengan dirinya terlebih dahulu mengenai perpisahan tersebut.
“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” kata Elia kepada wartawan Harian Metro.
Elia menyatakan yang dia cuba berbincang dengan Khairul Fahmi mengenai krisis hubungan mereka sejak sebulan yang lalu, namun sering mendapat pelbagai alasan daripada bekas kekasihnya. Sikap tidak endah Khairul Fahmi terhadap dirinya menyebabkan situasi hubungan mereka makin retak.
Enggan berselindung lagi, Elia menegaskan bahawa dia mempunyai bukti kukuh mengenai hubungan Khairul Fahmi bersama orang ketiga dan percaya hubungan mereka retak kerana faktor itu. Apatah lagi selepas diselidik, Elia mendapati Khairul Fahmi sememangnya rapat dengan wanita itu sebelum mereka bertunang lagi. Ditakdirkan tuhan, tak lama selepas itu seorang wanita datang berjumpa dirinya dan mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama Khairul Fahmi.
Walau bagaimanapun, Elia terkilan dengan sikap Khairul Fahmi yang membuat keputusan memutuskan tali pertunangan & menghebahkan di akhbar tanpa berbincang dengan dirinya terlebih dahulu. Sedangkan, banyak persiapan telah dilakukan untuk majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada Oktober ini.
Pada masa yang sama, ibu Elia sedih dengan pertunangan mereka yang putus di tengah jalan. Namun, ibu Elia meminta Khairul Fahmi supaya memutuskan tali pertunangan bersama anak gadisnya secara baik.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak malam Ahad mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya Isnin.
Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.
Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.
Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.
Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.
- BERNAMA
Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.