Aduhhh!!!! PM Hj Najib Akan Saman Harakahdaily Berhubung 1MDB dan Riza Aziz, Anak Tiri Beliau.. Jom Terjah!!!


Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online.

Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.