Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. LOS
ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina
Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes
mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa
Amerika Syarikat (AS), semalam.
Lelaki berkenaan, Nakoula
Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank
pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan
tidak boleh akses kepada Internet.