Terkini!!! Benarkah Polis Bakal Keluarkan Rakaman Video BERSIH 2.0 Ini Di RTM?






KUALA LUMPUR, 19 Julai — Tan Sri Ismail Omar mengumumkan polis hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara (gambar) mahu orang ramai tidak membuat spekulasi ataupun tanggapan mengenai insiden-insiden yang dilaporkan ketika perhimpunan tempoh hari di ibu negara.

“Saya sangat yakin laporan akan lengkap tidak lama lagi dan saya akan memanggil anda (organisasi media) ke sidang video. Kami akan menunjukkan video di sini bagi anda melihat,” katanya.


“Kami tidak mahu menyembunyikan apa-apa sebab orang ramai ada hak untuk mengetahui,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.

Awalnya, Ismail tidak mahu kenyataan beliau direkodkan tetapi kemudian bercakap kepada pemberita atas permintaan mereka mengenai perkara tersebut.

Ismail memberi jaminan bahawa polis akan cuba sedaya upaya mereka untuk memastikan tiada aspek yang disembunyikan ketika siasatan.

Malah Ismail juga berkata, enam jawatankuasa yang telah ditubuhkan akan menyiasat kesemua aspek mengenai perhimpunan 9 Julai termasuk temu bual dengan pegawai-pegawai polis yang bertugas pada hari tersebut, menemu bual orang ramai dan saksi, penelitian secara mendalam berkenaan kesemua gambar dan video yang diambil.

Sehubungan itu, Ismail menggesa orang ramai tampil dengan maklumat jika ada untuk membantu siasatan.

“Saya menggesa orang ramai, jika mereka ada gambar, video daripada kamera atau telefon bimbit... serahkan kepada polis, jadi kita boleh kaji dan menilai setiap yang berlaku untuk membuat rumusan kami,” katanya.

Menurut Ismail, pihaknya telah memulakan siasatan minggu lalu dan bekerja sepanjang masa untuk melengkapkan hasil siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat termasuk gambar dan video tentang perhimpunan Bersih 2.0 boleh die-mel ke alamat pusatmediapdrm@rmp.gov.my atau menghubungi polis menerusi talian 03-22668321 atau 03-22668320.

Selain polis, Kementerian Kesihatan juga menyiasat dakwaan bahawa pihak polis menyasarkan pekarangan Hospital Tung Shin ketika melepaskan gas pemedih mata dan air berasid dalam menyuraikan perhimpunan 9 Julai.

Seorang peserta juga meninggal dunia selepas pengsan ketika melarikan diri daripada tindakan polis di kawasan KLCC. Baharuddin Ahmad meninggal dunia di hospital.

Malaysia Insider

Hangat!!! Teman Lelaki Bidankan Teman Wanita Bersalin Di Ladang Sawit... Akhirnya Bayi Ditinggalkan Di Bonet Kereta Warga Felda

KOTA TINGGI: Gara-gara panik, sepasang kekasih sanggup meninggalkan bayi yang baru dilahirkan teman wanitanya di atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas, di sini, kira-kira 30 kilometer dari tempat bayi malang itu dilahirkan iaitu dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Ia berlaku Khamis lalu apabila wanita berusia 20 tahun yang dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk bersalin, merasai kesakitan mahu melahirkan anak kira-kira jam 3 pagi.
Pasangan itu kemudian mengambil keputusan berhenti di sebuah lorong dekat ladang sawit FELDA Air Tawar 3 di sini, sebelum wanita berkenaan melahirkan seorang bayi lelaki atas tanah dalam semak di situ dengan berbidankan teman lelakinya berusia 25 tahun.
Panik dengan kejadian itu, mereka kemudian berpatah balik menghala ke Pengerang dan meninggalkan bayi yang masih dipenuhi darah serta bertali pusat itu atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata bayi terbabit ditemui seorang lelaki berusia 39 tahun ketika hendak menghantar anaknya ke sekolah, kira-kira jam 7 pagi.

BERSIH 2.0: 'KDN tapis majalah Economist' padam teks Tertentu

Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist dirosakkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE"The Economistkeluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan pada berita BERSIH oleh Kementerian Dalam Negeri," kata anggota parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.

Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen marker kekal.

Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan.

Media Arus Perdana "Penipu", Siapa Harus Bertanggungjawab? Apakah KDN Akan Membatalkan Permit Akhbar Ini?

Lim berkata New Sunday Times dan Berita Minggu telah melanggar etika kewartawanan. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 18 Julai — Pengurusan dan wartawan kanan Kumpulan New Straits Times (NST) perlu bertanggungjawab atas maklumat palsu menggambarkan seorang anggota Unit Amal PAS ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, gambar tersebut disiarkan di muka hadapan akhbar terbabit pada 10 Julai lalu menunjukkan Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh sebagai seorang pengganas dan penunjuk perasaan bersenjatakan pisau.

“Akhbar itu menggambarkan anggota Unit Amal tersebut bersenjatakan pisau sedangkan dia hanya memegang bendera Malaysia dan dia juga tidak membaling batu ke arah pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen ini berkata, tindakan akhbar tersebut juga telah melanggar prinsip asas dan etika kewartawanan yang mana ia berperanan sebagai satu medium untuk menyampaikan perkara yang benar dan adil.

Tambah Lim, New Sunday Times dan Berita Minggu telah melanggar etika kewartawanan secara terang-terangan dan oleh itu kumpulan tersebut harus bertanggungjawab.

“Tindakan akhbar ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dan perbuatan menghina, bukan sahaja terhadap profesion wartawan, tetapi ia juga merugikan pembangunan negara,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, akhbar Berita Minggu dan New Sunday Times memaparkan gambar Abdul Razak yang dengan kemeja-T putih dan menggunakan kain berwarna hitam untuk menutup mukanya.

Selain itu, gambar tersebut juga menunjukkan Abdul Razak diselubungi asap dan dilihat sedang membaling sebuah objek menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya didakwa memegang sebilah pisau.

Akhbar itu menyiarkan gambarnya dengan tajuk: “Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi, “Perusuh guna senjata, batu, lawan polis”.

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: “Peaceful?”

Abdul Razak pada Sabtu lalu juga tampil mendedahkan perkara sebenar.

Beliau menafikan membawa pisau dan memberitahu bahawa apa yang dipegang olehnya merupakan bendera Malaysia dan tidak membaling batu ke arah polis.

“Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister (yang dilepaskan polis) dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat.

“Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Lim juga menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri memanggil tiga editor kanan akhbar berbahasa Cina minggu lalu — dipercayai berhubung liputan media yang didakwa memihak kepada penganjuran himpunan Bersih 2.0.

Lim berkata, apa yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina berkenaan adalah benar.

“Tidak seperti New Sunday Times, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia yang menggunakan gambar yang diubah suai untuk menimbulkan rasa kebencian masyarakat kepada himpunan 9 Julai itu,” katanya.

Beliau juga bertanya sama ada Kementerian Dalam Negeri akan turut memanggil New Sunday Times dan Berita Minggu kerana menggunakan gambar palsu di muka hadapan akhbar tersebut.

“Adakah semua berita di media cetak memerlukan gambar-gambar yang diubah suai dan laporan yang berat sebelah bagi menjadikan mereka “akhbar pembohong” berbanding akhbar-akhbar lain di bawah pentadbiran program transformasi 1 Malaysia (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak)?”soalnya.


Peserta demo: Saya tidak bawa pisau

Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.

NONEAbdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Perisai manusia

Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.

NONE"Bagaimanapun, FRU membawa meriam adil dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdfiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.

"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini,” katanya dengan emosional.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan.

TG Nik Aziz Dirawat Di HUSM Dan Dinasihatkan Berehat Di Wad - Didoakan Moga Terus Diberi Kesihatan Yang Baik....

KOTA BHARU, 18 Julai: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ( gambar ) dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut.

“Mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya berehat di wad.


“Lagi pun apabila berada di wad membolehkan doktor membuat rawatan susulan sambil beliau berehat tanpa ada gangguan lain,” katanya di sini.

Menteri Besar kembali daripada lawatan di luar negara minggu lepas selepas lebih seminggu berada di beberapa negara termasuk menunaikan umrah di Makkah.

Oleh itu Fadhli menasihat orang ramai tidak perlu gusar dengan perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS berikutan berada di hospital sejak semalam.

Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi.

“Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.Hrkh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.