Al-Fatihah: Jenazah Allahyarhamah Sumaiyah Romli Selamat Tiba Dan Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Masjid Al-Bukhary..


ALOR SETAR - Jenazah pelajar Malaysia, Sumaiyah Romli, 21, yang terkorban dalam nahas di Jordan, selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary di sini awal hari ini.


Jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya di Taman Mutiara, Jalan Pipit Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini kira-kira 12.30 tengah malam sebelum dikebumikan pada pukul 2 pagi.

HANGIT!! Inilah Wajah Pengarah Drama, Abdul Rahim Awang Yang Didakwa Mencabul Pelakon Baru Ffarrah.. Jom Terjah!!


Ezany dakwa Timbalan Presiden FDAM cabul Ffarrah - Pengarah drama, Abdul Rahim Awang membuat laporan di Balai Polis Melawati petang Isnin selepas mendakwa pelakon Ezany Nizariff cuba memfitnah kononnya dia mencabul seorang pelakon tambahan yang dikenali sebagai Ffarrah.

Rahim yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, dia nekad membuat laporan polis selepas kata-kata fitnah yang dilemparkan Ezany melalui media telah menjatuhkan maruahnya.

"Apa yang telah dia (Ezany) lakukan telah memalukan saya sekeluarga. Kenyataannya itu juga telah mengundang persepsi negatif oleh masyarakat umum terhadap saya. Usia saya sudah 64 tahun. Adakah sesuai saya melakukan perkara sedemikian (mencabul)?" katanya kepada mStar Online.

Pilunya: Warga Emas Dibunuh Dan Disamun Pembantu Rumah Sendiri dari Indonesia... Al-Fatihah


ALOR SETAR: Seorang warga emas meninggal dunia selepas ditikam dengan gunting dan disamun dipercayai oleh pembantu rumahnya sendiri di Taman Serindit, Jalan Langgar di sini, Isnin.
Mangsa, Che Siah Wan Nik, 75, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di rumahnya dengan kesan tikaman di rusuk kiri.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi daripada jiran mangsa yang mengatakan berlaku kes samun di rumah Che Siah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.