Biar Betul!!! Inilah Transkrip Penuh AntaraKokpit #MH370 Dan Menara Kawalan Yang Telah Tersebar, Jom Terjah!!!

Di bawah adalah transkrip penuh di antara kokpit MH370 dan menara kawalan :


Terkini!! Tinjauan: Makin Ramai Tak Puas Hati Dengan PM Haji Najib - Betul Ka Kajian Hampa Nie? Jom Terjah!!!


Peratusan jumlah rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) meningkat kepada 44% pada Mac 2014 berbanding 40% pada Disember 2013, dedah kaji selidik Merdeka Center.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, rating perdana menteri itu bagaimanapun kekal pada tahap 52% pada tempoh sama.
Sementara itu, 49% merasakan negara ini bergerak ke arah bertentangan berbanding 38% yang merasakan sebaliknya.

Terkini!!! Kes Cerai MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Dan Suami, Hakim Perintah Lantik Jawatankuasa Pendamai.. Jom Terjah!!

nurul izzah
Nurul Izzah Anwar (kanan) dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini bagi melantik jawatankuasa pendamai berhubung kes penceraian pasangan itu.
Wakil plantif (Nurul Izzah) bagi ahli jawatankuasa pendamai hadir ke mahkamah tetapi pihak defendan (Raja Ahmad Shahrir Iskandar) tidak hadir ke mahkamah pada Selasa.

Terkini!!! Anwar Saman Anifah RM100 Juta Akan Dibicara Di Mahkamah Tinggi.. Jom Terjah!!!


PUTRAJAYA: Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
    
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan Anifah bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menghidupkan semula saman sivil Anwar terhadapnya.
    
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, dalam keputusan sebulat suara, memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
    
Beliau juga memerintahkan Anifah membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.
   

Pulak Dah!!! Bila Kawan Berkata "Saya Kecewa Dengan Shahidan," Ini Berkaitan Isu Undi Berasaskan Kaum.. Jom Terjah!!


Parti komponen Barisan Nasional (BN), Gerakan membantah cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya negara ini mengamalkan prinsip undi berasaskan kaum kerana ia bercanggah dengan konsep "Bangsa Malaysia."
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kong (gambar) menegaskan, sekiranya proses pengundian seperti itu dilakukan, ia hanya akan memecah-belahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Saya kecewa dengan Shahidan," kata Mah dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
"Sebagai sebuah parti pelbagai kaum dan menjunjung semangat rakyat Malaysia, Gerakan menolak cadangan sedemikian.

Fuhhh!!! #MH370 - Anak Gadis Pilot 'BEDAL' Laporan The Daily Mail.. Apa Cerita? Jom Terjah!!!

  • Anak gadis Zaharie bidas laporan The Daily Mail
KUALA LUMPUR - Aishah Zaharie, anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang, membidas laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.
  
"Kepada Daily Mail, anda patut menimbang untuk membuat filem memandangkan anda memang cekap mengada-adakan cerita dan skrip... Semoga Tuhan merahmati jiwa anda. Saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam catatan terbaharunya dalam Facebook.

Selain itu, catatan itu juga menerima sokongan rakan-rakannya dan seorang daripadanya Izni Disney membalas catatan itu dengan menyatakan bahawa Zaharie adalah seorang yang baik.

PELIK!!! #MH370 - Pendedahan Terbaru “Good Night Malaysian Three Seven Zero”, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!

Perubahan transkrip perbualan itu adalah pendedahan terbaru dalam perubahan maklumat berkenaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang bersama 239 penumpang ketika dalam perjalanan ke Beijing sejak 24 hari lalu. - Gambar fail Reuters.Perubahan transkrip perbualan itu adalah pendedahan terbaru dalam perubahan maklumat berkenaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang bersama 239 penumpang ketika dalam perjalanan ke Beijing sejak 24 hari lalu. - Gambar fail Reuters.Pakar industri penerbangan kini mahukan pusat kawalan trafik udara Malaysia mendedahkan respons awal mereka ketika pesawat MH370 hilang pada 8 Mac selepas pihak berkuasa malam tadi akhirnya berkata juruterbang pesawat berkata "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" (“Good night Malaysian Three Seven Zero” dan bukannya "Baiklah, Selamat Malam" ("All right, Good Night").
Perubahan transkrip perbualan itu adalah pendedahan terbaru dalam perubahan maklumat berkenaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang bersama 239 penumpang ketika dalam perjalanan ke Beijing sejak 24 hari lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.