Alor Gajah – Dua beradik layak digelar ‘abang durjana’ apabila dipercayai sanggup merogol adik kandungnya secara bergilir-gilir sejak 10 tahun lalu dan kejadian terbaru pada Ahad lalu.
Tindakan terkutuk kedua-dua lelaki awal 20-an itu terbongkar selepas gadis 19 tahun berkenaan, nekad melarikan diri dari rumah mereka di sebuah taman perumahan di daerah ini.
Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa bertindak keluar dari rumah sebelum mendapatkan bantuan jiran untuk membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah, jam 12 tengah malam pada hari sama.