Gambar2 Ekslusif: Penceramah Terkenal Bergambar Bersama Selebriti Wanita Terkenal Bertudung Litup..


Cantik manisnya apabila melihat Abby Abadi bertudung walaupun sekadar untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus. At least adalah usaha untuk berubah. Sama-sama kita doakan agar Abby Abadi mengikut jejak beberapa orang rakannya yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.
abby abadi bertudung
Tambah menarik apabila di dalam Facebook Abby Abadi, Abby sudah mula mengupdate status yang bercorakkan keIslaman untuk para peminatnya.
abby abadi bertudung
Semoga pintu hati Abby Abadi terbuka untuk memakai tudung sepenuhnya suatu hari nanti. Lagi beberapa kepinggambar Abby Abadi cantik bertudung dengan membaca entri ini sepenuhnya.
abby abadi bertudung
abby abadi bertudung
abby abadi bertudung

Masalah Sosial Remaja Di Kedah Membimbangkan... Kerajaan Kedah Sentiasa Prihatin Dalam Usaha Menangani Maslah Ini, Jom Lihat Pendekatan Kerajaan NegeriKu...



GUAR CHEMPEDAK – Masalah sosial yang melanda remaja dewasa ini menjadi semakin serius dan ada di kalangan mereka mula terjebak sejak dari sekolah rendah lagi. Masalah yang kurang didengari suatu ketika dulu, sekarang ini seolah-olah menjadi amalan kepada remaja-remaja berkenaan.

"Dulu kita jarang mendengar masalah seperti remaja merokok, merempit, terlibat dengan gangster, pil-pil khayal dan yang paling teruk terlibat dengan zina,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB Dr Ismail Salleh.

Berucap sempena majlis penutup Kem Bina Syahsiah (KBS) di sini, beliau memaklumkan, kerajaan negeri sentiasa prihatin mengenai masalah sosial yang melanda anak-anak remaja serta berusaha memberi sumbangan untuk mengatasinya. Di bawah Pembangunan Insan, kem-kem seperti Kem Anak Soleh (KAS), Kem Bina Insan (KBI), Kem Bina Syahsiah (KBS) dan Kem Belia Sejahtera dilaksanakan demi memberi pendekatan yang sewajarnya kepada golongan sasaran agar tidak terjebak ke kancah gejala yang tidak sihat tersebut. Sehubungan itu, KBS juga merupa cetusan idea dari Menteri Besar sendiri sejak lima tahun lalu.

“Masalah yang kita hadapi ini sebenarnya bermula dari sistem pendidikan yang tidak meletakkan Islam sebagai asas. Ilmu yang kita perolehi telah diasaskan oleh British yang jelas memisahkan agama dari kehidupan,” tambah beliau lagi.

Menurutnya, jumlah peserta KBS pada tahun ini seramai 255 orang dan bukan sahaja dari negeri Kedah malah juga mendapat sambutan dari negeri-negeri lain.

“Tahun ini kita sungguh berasa sedih, kebanyakan peserta KBS kali ini mempunyai masalah sosial yang agak serius. 20 peratus dari mereka pernah terlibat dengan zina, 15 peratus pula langsung tidak mengetahui asas-asas mendirikan solat.

“Kebanyakan dari mereka melahirkan rasa kesal kerana mereka tidak diberi perhatian sewajarnya oleh ibubapa di rumah. Oleh itu, anak-anak mula menjadi liar serta keluar rumah dan sudah tentunya akan terdedah kepada perkara-perkara yang tidak elok,” keluhnya.

Tambahnya lagi, 21 hari bukanlah jangka masa yang boleh mengubah keseluruhan cara kehidupan peserta. Walau bagaimana pun, sekurang-kurang pihak KBS boleh mencungkil masalah mereka dan berusaha melahirkan keinsafan agar mereka menyedari kesilapan yang telah mereka lakukan.

Beliau berharap ibubapa terus berusaha menjadi pemangkin kepada anak-anak. Setiap kita perlu mengetahui ilmu rumahtangga walaupun kita telah memperolehi ijazah, PHD atau lain-lain tapi ianya tidak sama kerana kurangnya ilmu rumahtangga boleh membawa kepincangan dalam institusi kekeluargaan,” jelasnya lagi.

Beliau menyeru kepada semua ibubapa yang hadir agar melakukan perubahan di rumah dan mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan menyerahkan anak-anak mereka untuk mengikuti program berkenaan.

Majlis penutup KBS telah diadakan di Perkarangan Masjid Al-Wusto, Guar Chempedak dan dihadiri kira-kira 1500 hadirin.

Panas & Terkini!! Inilah Video Ketua Penerangan Pemuda Umno PJ Utara Ancam Tampar, Ludah Muka Adam Adli, Pelajar Yang Turunkan Bendera PM Najib



Seorang pemimpin pemuda Umno mengancam untuk “meludah” dan “menampar” muka seorang pelajar yang telah menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu Sabtu lalu.


Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

"Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami?

"Ini semua panglima perang tahu?," kata Armand sambil menunjukkan ke arah sebilangan pengikutnya dalam video berkenaan.

Video yang dimuatkan dua hari lalu, mendapat perhatian meluas hampir 60,000 penonton yang rata-ratanya tidak menyukai video berkenaan.

Armand yang juga bekas ketua pemuda PERKASA sebelum ini telah mengeluarkan ancaman serupa ke atas artis Namewee atas klip video kontroversi 'Negarakuku.'

Kenapa Sekarang Nie SPR Setuju Dakwat Kekal, Undi Awal?? Apa Akan Jadi BERSIH 3.0?

Cadangan jawatankuasa pilihan khas (PSC) parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, semua anggota polis dan tentera, termasuk isteri mereka akan dibenarkan membuat penguandian awal kecuali jika berada dalam tugas dan memohon membuat undian pos.

Bercakap dalam sidang media di pejabat SPR di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz juga berkata, dakwat kekal berbeza yang tahan lebih lama akan digunakan pada pengundian awal.

Dakwat itu, katanya, sudah dihantar ke Jabatan Kimia dan keputusannya akan dihantar kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.