Al Fatihah: Mak Saudaraku Meninggal Dunia, Ayahku Masih Di Wad

Hari ini 28 Rejab 1431, lebih kurang pukul 7.24 pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang sulungku yang mengatakan emak saudaraku (Hajjah Chah) yang aku panggil Mak Lang telah meninggal dunia pagi tadi jam 6.00 pagi. Maklumat lanjut untuk proses kebumian seterusnya aku tidak perolehi.

Pagi-pagi begini sibuk sedikit untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Aku cuba menghubungi sepupuku untuk memperolehi maklumat terkini dan proses seterusnya. Setelah mendapat maklumat bahawa jenazah akan dikebumikan pada pukul 12.00 tengahari. Aku berusaha untuk sampai ke rumah mak saudaraku ini , Insya Allah pukul 10.00 nanti.


*******************************************

Dalam minggu ini pelbagai dugaan bagiku.. Ayahku kini masih kurang sihat dan dirawat di Hospital Yan kerana masalah jantung. Sudah dua hari ayahku diwad. Nampaknya semakin pulih.. Sakit ayah mula dikesan dua bulan yang lalu setelah dirawat di Kedah Medical Centre (KMC), sebelum ini ayah dibawa menjalani rawatan susulan di KMC. Aku tahu ayah cukup sukar untuk ke hospital.. Mungkin takut agaknya?? Aku cuba memujuk ayah untuk ke hospital kerana ku lihat ayah sukar untuk menjamah makanan dan nampak terlalu letih dan sukar bernafas kerana masalah penat dan cirit. Aku beritahu, "Kita pi tambah ayaq saja, bagi kuat sikit" Akhirnya ayah bersetuju.. Selepas solat Insya' adikku dan abang sulung membawanya ke hospital Yan, aku mengiringi kemudian.

Sesampai di Hospital Yan, aku berjumpa doktor dan berbincang. Doktor menyarankan agar ayah ditempatkan di wad memandangkan masalah kesihatannya. Aku beritahu ayah apa yang dicakapkan oleh Doktor, ayah bersetuju.. alhamdulillah.

Kelmarin kenduri di rumah sepupuku di Sungai Petani tidak dapat ku hadiri... Hanya kemaafan yang kupohonkan kerana menjaga ayah di hospital. Abangku dari Perak turut balik menjaga ayah di hospital. Anak2 ayah yang jauh mula balik... Petang kelmarin ramai sangat saudara mara yang datang melawat ayah di wad hinggakan habis waktu melawat masih lagi yang datang... Terima kasih kepada pengawal keselamatan dan kakitangan hospital Yan yang bertolak ansur dalam hal ini.

Moga2 sahabat sekelian mendoakan kesejahteraan Ayah.

Piala Dunia 2010 : Jerman tewaskan Uruguay 3-2


Jerman merangkul tempat ketiga buat kali keempat di FIFA Piala Dunia selepas mengalahkan Uruguay 3-2 awal pagi tadi (11 Julai). Jerman dilihat terpaksa bekerja keras bagi menyelamatkan maruahnya dalam aksi tempat ketiga.

Kerja kuat Jerman akhirnya membuahkan hasil apabila Sami Khedira menjadi penyelamat daripada menanggung aib berganda selepas kalah kepada Sepanyol di separuh akhir Rabu lepas. Gol kemenangan itu hadir ketika permainan berbaki lapan minit sebelum perlawanan tamat dan memberi anak buah Joachim Low itu mengulangi kejayaan mereka dalam perlawanan yang sama empat tahun lalu.

Permainan bertambah rancak antara kedua-dua pasukan untuk memburu kemenangan tempat ketiga bagi memberi sedikit pengubat luka walaupun hujan lebat turun di Port Elizabeth. Pada minit ke 19 di separuh masa pertama, Thomas Muller memberi Jerman gol pertama bagi mendahului perlawanan sebelum Edinson Cavani menyamakan kedudukan menjadi 1-1 selepas sembilan minat Jerman mendahului 1-0.

Enam minit separuh masa kedua bermula, Jerman tersentak dengan gol kedua Uruguay hasil jaringan Diego Forlan pada minit ke 51 namun Jerman terus mengasak kubu Uruguay bagi mencari gol penyamaan. Lima minit selepas gol Uruguay, Marcell Jansen menyamakan kedudukan 2-2.

Lapan minit sebelum perlawanan tamat, Sami Khedira menjadi pemusnah pasukan Uruguay apabila menjaringkan gol kemenangan Jerman 3-2. Kelebihan gol itu berterusan sehingga aksi perlawanan tempat ketiga ke wisel penamat.

Jerman yang beraksi dalam Piala Dunia 2010 Afrika Selatan kali ini dibarisi pemain muda telah pun menjaringkan 16 gol mengatasi jaringan ketika kejohanan yang sama di Itali pada tahun 1990, Namun belum boleh menyamai hasil jaringan pada tahun 1970, ketika mereka juga mengatasi Uruguay dengan tempat ketiga.

Perlawanan ini juga memberi Muller dan Forlan menyamai dua lagi pemain David Villa (Sepanyol) dan Wesley Sneijder (Belandan) yang bakal beraksi awal pagi esok (12 Julai) dalam senarai penjaring lima gol bagi merebut penjaring terbanyak untuk menggapai anugerah Kasut Emas. Tetapi mungkin perlawanan awal pagi esok memberi kelebihan kepada David Villa dan Wesley Sneijder untuk tersenarai selaku penjaring terbanyak.




Keputusan tempat ketiga dan keempat (11 Julai 2010)

Uruguay

Edinson CAVANI (28')

Diego FORLAN (51')



2 - 3





Jerman

Thomas MUELLER (19')

Marcell JANSEN (56')

Sami KHEDIRA (82')




Jadual perlawanan akhir (12 Julai 2010 - 2:30 Pagi)

Belanda



vs



Sepanyol



- Stadium Soccer City, Johannesburg



Misi Bantuan Kemanusiaan PBSMM Berlepas Ke Gaza

SEPANG: Hampir 4,000 kanak-kanak Palestin akan mendapat manfaat daripada misi bantuan kemanusiaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ke Gaza yang akan berlepas malam Sabtu.

Ketua Misi berkenaan, Datuk Dr Bahari Mansor berkata misi itu bersandarkan kepada sumbangan berjumlah RM1.7 juta yang didermakan oleh rakyat negara ini.

Katanya sumbangan itu digunakan antaranya untuk membeli kaki palsu, ubat-ubatan, peralatan bilik pembedahan dan peralatan sekolah.

"Misi kali ini selain membantu menyampaikan peralatan yang telah dibeli, juga khusus bagi memantau siri bantuan dan projek yang dijalankan bersama PBSM Palestin," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam Sabtu.

Dr Bahari yang juga Naib Presiden PBSMM, berkata beliau positif misi ini akan berakhir dengan kejayaan berikutan kerjasama erat dan hubungan rapat yang dimeterai bersama PBSM Palestin.

PBSM, katanya adalah pertubuhan bebas yang tidak berpegang kepada sebarang agenda politik, sekali gus merupakan satu kelebihan yang akan membebaskan mereka daripada sebarang komplikasi.

"Kami telah memperoleh segala permit yang diperlukan dan Insya-Allah, kemasukan ke Gaza tidak akan berdepan sebarang masalah," katanya.

Misi itu disertai oleh sembilan sukarelawan yang akan berlepas ke Kaherah dengan menaiki penerbangan Egypt Air pada pukul 1.30 pagi ini.

Selain menyampaikan bantuan, kumpulan sukarelawan berkenaan turut dijangka melawat Hospital Al-Quds dan Hospital Al-Amal di Gaza.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Publisiti PBSMM Datuk Ahmad A Talib berkata mereka dijangka mengadakan perbincangan bersama pentadbir Gaza bagi mendapatkan senario terkini di wilayah itu.

"Kita juga telah aturkan pertemuan dengan beberapa pakar yang khusus menangani aspek trauma dan konflik untuk membantu rakyat Palestin daripada aspek lain juga," katanya.-BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.