Gambar2 Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Di Majlis Perkahwinan Adik Bongsunya..

Semalam, Sabtu 3.3.2012 berlangsungnya Majlis Akad Nikah adik bongsu penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Mohd Hafiz. Jom layan gambar-gambar di majlis perkahwinan adik Datuk Siti. Kalau tengok gambar-gambar ni nampak macam Datuk Siti jadi mak andam pulak. Hehe .. apapun tahniah buat adiknya dan semoga kekal ke akhir hayat.






KREDIT PICS: FB ROZI ABDUL RAZAK

Bergambar: Kanak2 Ini Kulitnya Mengelupas Dan Membentuk Seperti Sisik Ikan

Song Sheng yang dilahirkan normal  tidak mempunyai liang roma yang banyak. Kekurangan ini  menyebabkan dia tidak dapat untuk menyejukan badannya secara normal.Doktor mengatakan, Song Sheng tidak dapat berpeluh dengan normal disebabkan kekurangan liang roma, kulitnya menggelupas dan membentuk seperti sisik ikan.
 
Doktor  berpendapat penyakit yang dialami oleh kanak-kanak yang berusia 14 bulan ini disebabkan oleh penyakit genetik dan tidak dapat memberikan jaminan yang Song Sheng mampu dirawat sepenuhnya dari penyakitnya ini.Ibubapanya sentiasa membaringkannya dalam kolam mandi yang berisi ais untuk menyejukkan badannya. Jika tidak berbuat demikian suhu badan Song Sheng akan meningkat dan akan demam.
 
Sumber

Terpanas Berapi!!!! Restoren Secret Recipe Menjual Curry Puff (Karipap) Ada Ulat2 Lihat Video Nie....



Keterangan individu yang terkena dalam insiden neh ; 

Secret recipe menghidangkan ulat2 dlm curry puff nya. tuan puan boleh mendapatkannya di cawangan putrajaya..setelah dirujuk ke kedai ulat terbabit, PIC Hasanah ckp xleh wat ape sbb manager die xde, kene rujuk HQ, hanya boleh minta maaf. mmg hampas gas.

Bukan semua secret recipe ada menyediakan karipap [versi bm] neh. Tapi siyes jijik lah. Korang kalau nak makan karipap berulat boleh melanggan di lokasi yang telah di nyatakan di atas. Nampaknya maaf boleh selesaikan masalah ek?
Senang betul ye. Dah jual product berulat selepas tue minta maaf jek. Wahh.. hebat !

(Kanank2 DILARANG Baca) Panas!! Wanita Ini Menitiskan Air Mata Diatas Pengalaman Pertama Yang Dilalui....

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul.


Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.


Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.


Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. 

Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. 




Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar anda pun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

Warga Emas Tertua Di Malaysia Berusia 116 Tahun Luahkan Hasrat Untuk Berkahwin Lagi Dengan Lelaki "Lebih Mampu"

MASIH SIHAT... Puan yang berusia 116 tahun bersama anak, cucu dan cicitnya ketika program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di rumahnya.

KANGAR: Wanita tertua di Perlis, Puan Ahmad, berusia 116 tahun, yang menjanda sejak lebih 30 tahun lalu, masih menyimpan hasrat untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu menjaganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Pilihan kali ini biar di kalangan lelaki yang mampu menjaga tok. Tok tidak mahu lelaki yang laih (sudah tidak larat) seperti sebelum ini yang semuanya terlebih dulu meninggalkan tok buat selama-lamanya.

“Bagaimanapun, semuanya ketentuan Allah kerana ia membabitkan jodoh… jika hampa (pemberita) tanya sama ada tok nak kahwin lagi untuk kali ketujuh… memang tok teringin nak kahwin.

“Tok tak malu nak sembunyi hasrat untuk berkahwin yang mungkin kali terakhir jika bertemu jodoh sesuai. Ciri-ciri pilihan suami kali ini biarlah lebih bertenaga daripada tok,” katanya yang mampu mendengar dengan jelas dan mempunyai penglihatan yang baik ketika ditemui di rumahnya di Padang Keria, Sanglang, dekat sini, semalam.

Terdahulu, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (PKSM) menganjurkan Majlis Kenduri Rakyat serta program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas di rumah Puan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni hadir menyampaikan sumbangan terbabit. Puan turut menerima bantuan sara hidup berjumlah RM300 sebulan daripada JKM.

Hadir sama, Pengerusi PKSM, Datuk Mustika Junaidah Hussin serta anak kedua dan ketiga Puan, Teh Man, 65, dan Mat Yusop, 63.

Puan pernah berkahwin enam kali dan mempunyai empat anak selain 19 cucu dan 47 cicit. Bagaimanapun, semua enam suami yang dikahwini sudah lama meninggal dunia.

Mengulas lanjut, Puan berkata, dia hasrat memperoleh jodoh di kalangan lelaki lebih muda daripadanya bagi membantu melakukan kerja harian di rumah bagi mengelak bebanan terus kepada anak.

“Tok tak mahu terus membebankan anak kerana mereka juga ada tanggungjawab lain. Walaupun menetap bersama seorang anak di rumah ini, semua kerja harian tok lakukan sendiri.

“Anak tak bantah hasrat tok nak kahwin lagi jika bertemu jodoh,” katanya.

Ada Video: Alhamdulillah - Isu Dan kemelut PAS Kedah Selesai... PAS Pusat Sudah Maklumkan Keputusan Kepada Datuk Phahrolrazi... Kepentingan Parti Asas Utama!!!


KUALA LUMPUR, 4 Mac: Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.

"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.


"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat," katanya kepada Harakahdaily.

Malam tadi, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Difahamkan pertemuan malam tadi itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.

Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.

Menurut Salahudin lagi, keputusan sebulat suara malam tadi itu juga dibuat dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama.

Malah katanya, keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Phahrolrazi.

"Keputusan itu telah kita sampaikan kepada Yb Phahrolrazi," ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.