Gambar edaran dari MTA New York menunjukkan sebuah bot terdampar di atas landasan kereta api di Ossining, Amerika Syarikat. - Foto EPA
Taufan Sandy mengakibatkan ombak besar dan angin kencang melanda kawasan Tasik Michigan di Illinois, Amerika Syarikat. - Foto EPA
NEW YORK - Tiga senator yang sepatutnya pulang ke tanah air selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terkandas selepas penerbangan mereka dibatalkan akibat taufan Sandy.
Mereka ialah Datuk Boon Som Inong, Datuk Muhammed Najeeb Abdulah dan A.P.S. Bagiam yang tiba di kota raya ini, 17 Okt lalu.
Boon semasa dihubungi Bernama berkata kesemua mereka dijadualkan berlepas pulang dengan penerbangan Emirates Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Keneddy pada 11.20 pagi, Isnin lepas.
"Kami dihubungi melalui e-mel oleh ejen syarikat penerbangan, yang memaklumkan bahawa penerbangan kami itu ditangguh kerana semua penerbangan keluar dan masuk ke New York City dibatalkan pada hari Ahad, dan sehingga kini mereka tidak dapat memastikan bila penerbangan kami yang seterusnya," katanya yang berada di sini bersama isteri beliau.