Terkini!!! PRK N20 Sungai Limau: Maklumat Pengundian Boleh Disemak Esok.. Jom Terjah!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan pengundi bagipilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau boleh membuat semakan maklumat pengundian bermula esok.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPR berkata antara maklumat yang boleh disemak adalah nama pusat mengundi, di mana seseorang pemilih itu akan mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri pemilih.
“Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR, perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dan dengan pejabat pilihan raya negeri Kedah.”

Terkini!! Turki Mansuh Larangan Bertudung Bagi Wanita Selepas 90 Tahun.. Jom Terjah!!!

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan

Ankara: Turki memansuhkan larangan ke atas wanita memakai tudung di kawasan bangunan kerajaan semalam, antara langkah pembaharuan bertujuan memperkuat demokrasi.

Larangan itu sudah wujud lebih 90 tahun lalu sejak pembentukan Republik Turki. Ia menyebabkan ramai wanita Turki tidak menyertai perkhidmatan kerajaan. 


“Satu peraturan yang secara rasmi campur tangan ke atas kebebasan berpakaian dan gaya hidup hingga menjadi punca ketidaksamaan taraf, diskriminasi dan ketidakadilan terhadap rakyat, sudah menjadi sejarah," kata Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag di Twitter. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.