Video2 Terkini: Malapetaka Ribut Di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka - 3 Terbunuh



Pengerusi Suhakam: "ISA ini agak kejam dan kuku besi...."

Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam membuat cabaran kepada semua rakyat Malaysia - jika tidak mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka bersatu menentangnya.

Diplomat negara yang telah bersara itu berkata Malaysia tanpa ISA adalah situasi yang ideal tetapi mengakui ia tidak semudah itu.

Hasmy, 66, berkata hak asasi akan hanya diletakkan di tempatnya yang sewajar di negara ini, apabila semua pihak, bermula daripada kanak-kanak sekolah sehingga pegawi penguatkuasa memahami hak masing-masing.

"Terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mereka mahu (atau tidak) mengekalkan ISA sekarang ini ataupun dalam bentuk yang lain,” katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, baru-baru ini.

Hasmy, seorang duta ketika pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi berkata isu menghapuskan akta kuku besi - ISA itu tidak semudah seperti yang disangkakan.

Katanya, tindakan kerajaan untuk meminda beberapa perkara yang amat tidak disenangi rakyat tetap tidak akan disenangi kerana ia hanya berubah bentuk.

"Jika parti
politikyang mahu ISA dikekalkan terus berkuasa, sama ada BN atau sebaliknya, ini kehendak rakyat; (ia sebahagian daripada) proses demokrasi.

"Saya kira jika sesuatu parti itu tidak menjuarai ISA, maka apabila mereka membentuk kerajaan - mereka mempunyai tanggungjawab bagi membubarkan akta itu,” katanya.

Hasmy berkata beliau senada dengan pendirian Suhakam bahaaw undang-undang arbitrari seperti ISA tidak secocok dengan prinsip hak asasi manusia dan lebih cepat ia digugurkan, maka itu adalah lebih baik.

Bagaimanapun, Hasmy yang menganggap dirinya sebagai seorang idealis sedar bahawa ia tidak semudah itu dan menyedari Suhakam sentiasa berdepan dengan tentangan daripada kerajaan dan agensi penguatkuasaannya dalam menjalankan tugas. Malah beliau juga mengakui tidak mudah berdepan dengan kumpulan berkenaan.

"Ini telah menjadi isu sejak sekian lama. Suhakam telah dan akan terus mendesak agar ISA dibubarkan. Pendirian Suhakam jelas. Kami mahu ia dibubarkan. Bagaimana untuk kita lakukannya? Kita kena yakinkan kerajaan, pihak polis,” katanya.

Hasmy berkata kerajaan dan polis mempunyai beberapa justifikasi bagi mengekalkan ISA kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan yang kompleks. Sebagai contoh, katanya, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 seringkali dijadikan alasan supaya ISA terus dikekalkan.

Tegasnya, seringkali juga agensi penguatkuasaan tidak mematuhi peraturan dan menyalah-gunakan akta itu bagi menafikan hak kebebasan untuk berhimpun dan hak untuk diwakili bagi dibicarakan di mahkamah.

"ISA ini adalah tinggalkan sejarah. Dunia sudah berubah. Darurat sudah berakhir. Tidak ada lagi komunis. Mengapa ISA perlu dikekalkan?

"Kita boleh memperketatkan undang-undang lain bagi menjamin ketenteraman awam dan keamanan. Perketatkan undang-undang hasutan atau mungkin juga adakan akta anti-pengganas.

"ISA ini agak kejam dan kuku besi. Dan pasukan keselamatan serta pihak berkuasa hanya menggunakannya bagi memudahkan kerja mereka,” kata Hasmy lagi.

Terjejaskah Undi Untuk DAP? - Isu Kemelut Surat Sokongan

Para penganalisis politik berbeza pendapat tentang sama ada kemelut isu penyalahgunaan kepala surat di Selangor baru-baru ini akan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap DAP.

Sivamurugan Pandian percaya isu itu boleh menjejaskan imej DAP, tetapi James Chin pula berpendapat sebaliknya.

Kekecohan itu tercetus selepas ahli majlis perbandaran Klang Tee Boon Hock (kanan, berbaju biru) didapati menggunakan kepala surat DAP kepunyaan anggota exco Selangor Ronnie Liu untuk menulis surat sokongannya. Akibat perbuatan itu, Tee dipecat daripada jawatannya.

Berikutan isu itu, DAP turut memecat Tee daripada parti itu, manakala Liu pula diberi amaran keras oleh jawatankuasa disiplin parti kerana gagal mengurus pejabatnya seperti yang diharapkan oleh orang ramai.

'OMG, the real culprit freed'

Jawatankuasa itu juga meminta speaker dewan undangan negeri Selangor Teng Chang Khim supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan atau berkomunikasi melalui "tweeter" setelah beliau didapati menyebarkan maklumat melalui perkhidmatan itu, dengan menulis "OMG, the real culprit freed", berikutan pemecatan Tee.

Ada pihak berpendapat keputusan yang diambil jawatankuasa itu adalah tepat untuk mengelak daripada tercetusnya perbalahan berikutan isu penyalahgunaan kepala surat berkenaan.

Sesetengah pihak pula berpendapat kini, DAP perlu menangani masalah berkaitan integriti dalam pentadbirannya untuk memenuhi harapan penyokongnya.

Sivamurugan (bawah, kanan) berkata sebelum 2008, orang ramai tidak begitu peduli tentang apa yang berlaku dalam DAP.

"Ketika itu, mereka tidak begitu mengambil kesah, tapi kini mereka mengikuti dengan cukup teliti kerana ingin berhati-hati dengan undi yang akan mereka berikan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata selama ini, DAP meuwar-uarkan bahawa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) menjadi dasarnya dalam mentadbir kerajaan, seperti yang dilakukannya di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 2008.

Tetapi, kata Sivamurugan, DAP tidak boleh menafikan bahawa wujud "keretakan, penjahat atau puak" dalam parti itu.

Tiada kesan langsung

"Perkara yang akan menjadi isu ialah bagaimana DAP boleh membiarkan perkara itu berlaku, sedangkan ia memperjuangkan CAT," kata beliau.

Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis, James Chin (kiri) pula yakin bahawa kes Tee tidak memberi kesan langsung terhadap para penyokong tegar parti itu.

Beberapa anggota parti itu mendedahkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada Khamis malam, yang dihadiri semua anggota CEC, kecuali Teng.

Malah, Liu diminta meninggalkan mesyuarat itu apabila perkara berkenaan dibincangkan, kata seorang pemimpin DAP.

Ada pihak berpendapat bahawa keputusan yang diambil jawatankuasa disiplin DAP itu samalah seperti memberi kad kuning kepada Liu dan amaran lisan kepada Teng dalam satu perlawanan bola sepak.

Pada waktu yang sama, ada pula pihak yang bertanya sama ada keputusan yang diambil jawatankuasa disipilin itu adalah memadai untuk memperbaiki kerosakan yang mereka rasa telah berlaku terhadap imej parti berkenaan.

Satu sumber berkata pengerusi jawatankuasa disiplin, yang juga anggota Perlimen Cheras, Tan Kok Wai menjelaskan bahawa jawatankuasa itu hanya boleh memberi amaran keras kepada Liu kerana tidak terdapat bukti yang boleh menyokong dakwaan Tee bahawa Liu memang tahu tentang surat sokongan yang telah dikeluarkannya.

Tambah hukuman

Ini mendorong beberapa pemimpin kanan DAP meminta jawatankuasa disiplin menambahkan hukuman memandangkan keseluruhan episod itu menimbulkan keraguan orang ramai terhadap parti berkenaan dan parti itu tidak perlu "memperbaiki imejnya".

"Banyak orang bercakap tentang isu ini, malah ada yang mencadangkan agar Liu berundur secara sukarela sebagai anggota exco, tetapi perkara ini ditentang oleh beberapa pemimpin dengan alasan hukuman itu tidak boleh ditambah kerana tiada peruntukan mengenainya," kata sumber berkenaan.

CEC menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Tee agar keputusan jawatankuasa disiplin memecatnya, dibatalkan.

Setiausaha agung parti, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata CEC perlu berbincang dengan kerajaan Selangor sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Nampaknya, Tee dipecat oleh kerajaan negeri kerana sebab lain. Oleh itu, kami perlu mendapatkan penjelasan mereka terlebih dulu," katanya.

Ketika mengumumkan keputusan jawatankuasa itu pada Rabu, pengerusinya berkata "episod ini telah merosakkan imej parti".

Tetapi, soalan seterusnya ialah adakah episod berkenaan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap DAP?

- Bernama

Bekas Tahanan ISA- "Badan Kehakiman Menyokong Rejim Kuku Besi"

Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia tidak boleh persalahkan.

Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Sepanjang tahanan itu, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing -- dan kini dia terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.

Bagaimanapun, Abdul Malek tetap tabah apabila pada Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan mengenepikan permohonannya untuk mendapatkan gantirugi sebanyak RM2.5 juta yang dianugerahkannya oleh Mahkamah Tinggi pada 2007 kerana bersetuju dengan penghujahannya bahawa penahanannya itu adalah salah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, selain menolak gantirugi itu, Abdul Malek juga diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden.

Sebelum ini, rayuannya kepada Mahkamah Rayuan pada Mac lalu juga ditolak dan dia diarahkan membayar RM50,000 sebagai kos litigasi.

Dalam menghadapi keputusan yang memungkinkannya jatuh bankrap, tanpa ruang pengadilan lanjut di mahkamah, kini Abdul Malek mungkin terpaksa meraih sumbangan orang ramai.

Abdul Malek yang bertugas sebagai pegawai penyelaras hal ehwal parlimen kepada ketua pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak suka idea 'menagih simpati' seperti itu, termasuk usaha mendapatkan bantuan daripada NGO.

N
amun, pada masa yang sama beliau juga tidak ingin melihat dirinya diisytiharkan bankrap kerana keadaan itu akan memaksanya kehilangan banyak peluang dan tanggungjawab dalam tugasnya.

Katanya, beliau akan berhubung dengan NGO hak asasi manusia Suaram dan mengadakan pertemuan dengan NGO tersebut pada Isnin ini untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Mahkamah Persekutuan Khamis lalu menolak permohonan rayuan Abdul Malek yang hilang gantirugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.

Mal
ah, Abdul Malek juga diperintahkan membayar RM20,000 kepada setiap responden dalam kes tersebut -- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kepada kerajaan.

Ketika dihubungi oleh
Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai 'kejam'.

"Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu.

"Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya.

"Badan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah.

"(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.


- Sumber MalaysiaKini

Gambar2 Kejadian Ribut Di Bazar Ramadhan Stadium Jasin 3 Terbunuh... Al Fatihah


Seorang mangsa cedera akibat ribut di Bazar Ramadan dibawa ke Hospital Jasin. - Foto Bernama


Keadaan Bazar Ramadan Stadium Jasin yang berselerak selepas dipukul ribut mengakibatkan dua peniaga dan seoarng pengunjung maut di Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.

Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.

"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.

"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.

Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.

Anak salah seorang peniaga yang maut, Latip Abdul, 49, berkata, dia mendapat panggilan daripada seorang rakan tentang kejadian itu di tempat bapanya berniaga.

"Saya seperti hendak pengsan apabila diberitahu kejadian ribut itu telah mengorbankan bapa dan terkejut melihat keadaan bazar Ramadan yang seperti dilanda taufan," katanya.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati, kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan.

Selain itu, pelbagai peralatan niaga seperti, payung, kerusi, meja, periuk, bekas-bekas makanan, wang siling dan wang kertas juga bertaburan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini mengesahkan dua kematian manakala 18 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Pemimpin UMNO Bahagian Gopeng Disiasat SPRM

Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk pemimpin Umno bahagian Gopeng disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu membabitkan pembahagian tanah untuk satu projek kampung tersusun.

Semua individu berkenaan dipanggil untuk siasatan pada bulan Mei lalu, menurut satu sumber daripada akar umbi Umno di situ.

BNONEeliau yang tidak ingin dikenali bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas pemimpin itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang dibuat oleh ADUN Teja Chang Lih Kang kepada SPRM semalam.

Dalam laporan tersebut Chang mendakwa seorang pemimpin kanan Umno bahagian itu menerima sepuluh lot yang ditetapkan untuk pembangunan Rancangan Kampung Tersusun (RPT).

Laporan itu juga mendakwa, pemimpin tertinggi bahagian berkenaan juga merupakan seorang daripada pemegang saham dalam sebuah syarikat yang turut menerima tanah seluas 50 ekar tanah untuk RPT.

Fail diambil

Dalam pada itu, seorang penolong pegawai daerah Kampar Nur Ashqrun Samsuri mengesahkan bahawa SPRM telah mengambil fail untuk pembangunan RPT tersebut sejak Januari lalu.

Nur Ashqrun Samsuri dari unit pembangunan tanah dan pelupusan berkata, tanah berkenaan telah diluluskan untuk RPT namun status projek itu setakat ini masih tergantung.

Jelasnya, Pejabat Tanah dan Daerah Kampar hanya boleh mengeluarkan surat tawaran kepada penduduk kampung yang layak menerima RPT selepas SPRM memulangkan fail berkenaan.

"Kita tidak boleh proses sebab semua fail tersebut berada di tangan SPRM," katanya lagi.

Tazlanambahnya, SPRM bertindak mengambil fail bagi RPT tersebut daripada pejabat tanah tersebut selepas senarai nama bagi seramai kira-kira 100 orang penerima lot tanah berkenaan dipamerkan.

"Bila kita pamerkan nama penerima yang layak, ramai yang tidak puas hati apabila ada orang yang tidak dapat, tapi ada orang tertentu pula yang dapat," katanya lagi.

Beliau juga tidak dapat mengganggarkan keluasan sebenar bagi kawasan tanah berkenaan memandangkan ia tidak termasuk kawasan setinggan di kawasan tersebut.

"Sepatutnya penduduk setinggan di situ secara automatik mendapat lot RPT," katanya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan tanah RPT yang diperolehi oleh sebuah syarikat itu, Nur Ashqrun berkata beliau perlu meneliti terlebih dahulu sama ada tanah tersebut pada asalnya milik invidu atau sememangnya milik kerajaan negeri.

"Kalau milik individu, pemilik memang boleh serahkan kepada sesiapa yang dia suka, tapi bergantung kepada sekatan-sekatan.

"Tapi kalau tanah milik kerajaan, ia ditadbir oleh pejabat tanah," katanya.

Jelasnya, kelulusan untuk menyerahkan tanah tersebut kepada mana-mana individu perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Tanah yang dipengerusikan menteri besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.