Terkini!! Inilah Wajah Amah Yang Sanggup Mencuri Barangan Berharga Milik Pengacara Aznil Nawawi, Sebarkan!!


Soimah
PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah warganegara Indonesia melarikan sejumlah barang kemas milik personaliti popular Aznil Nawawi.
Kejadian itu disedari Aznil kira-kira pukul 2 petang Jumaat.
Aznil menerusi Twitter miliknya meminta orang ramai yang mengenali pembantu rumah bernama Soimah itu agar memberkasnya atau menghubungi balai polis berhampiran.

Hangat!!! Presiden PAS Bakal Berdepan Dengan PM Haji Najib Pada PRU 13 Nanti.. Benarkah? Jom Terjah!!

Abdul Hadi Awang



RUSILA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Inilah Penjelasan Dr. Badrul Amin Berkenaan Penahanannya Oleh JAIS



KUALA LUMPUR, 2 Nov — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.
Dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.

Terkini!! Pelakon Veteran, Kuswadinata Perlu Jalani Rawatan Susulan Dan Kemoterapi.. Doakan Moga Beliau Cepat Sembuh...


Wajah terbaharu Kuswadinata yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit.
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, akan dimasukkan semula ke Hospital Ampang dalam waktu terdekat bagi menjalani rawatan susulan terhadap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.
Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata, selain rawatan susulan, suaminya itu akan menjalani kemoterapi yang dijadualkan pada 23 November depan.
"Selepas dibenarkan keluar daripada hospital pada 24 Oktober lalu keadaan beliau stabil namun doktor mahu suami saya dimasukkan ke hospital semula bagi memantau keadaan dan menjalani rawatan susulan terhadap penyakit yang dihidapinya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui semasa lawatan Ketua Wanita Umno, Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, di kediaman pelakon veteran itu di Ampang di sini pada Rabu.

Niat Baik Ziarah Jiran Di Hospital Sultanah Bahiyah Tidak Kesampaian, 4 Temui Ajal Di Perjalanan.. AL-FATIHAH



Kemalangan
Keadaan kereta dinaiki lima sekeluarga remuk selepas bertembung dengan lori padi tanpa muatan dalam kemalangan semalam.
POKOK SENA – Niat lima sekeluarga menziarah penduduk kampung di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar tidak kesampaian apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori padi tanpa muatan, berdekatan Kampung Permatang Limau Jalan Tualang Pokok Sena, di sini semalam.

Kemalangan itu menyebabkan empat maut manakala seorang lagi parah dan sedang dirawat di HSB Alor Setar.

Mangsa yang maut ialah Shafie Abd Hamid, 57, isterinya, Faridah Ani, 60, dan dua anak mereka iaitu Mohd Istihar, 26, dan Nurul Faiz, 26.

Terkini!! Dr Badrul Amin bersama Ustaz Ann Wan Seng Ditahan JAIS Hadiri Majlis Makan Malam Mengenang Abuya.. Jom Terjah!!


BARU sahaja terbaca di twitter milik kartunis ronasina yang memaklumkan bahawa Dr Badrul Amin dan Ustaz Ann Wan Seng telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS. 

Difahamkan mereka ditahan ketika menghadiri sebuah majlis makan malam mengenang Abuya. Dr Badrol Amin dan Ustaz Ann Wan Seng dikatakan akan dibawa ke Shah Alam. 



Badrul Amin (Gambar)Ustad Badrul Amin Dengan Pengakuannya...Benar Atau Palsu??
Abuya yang dimaksudkan dalam twitter di atas mungkin merujuk kepada pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang suatu ketika dahulu pertubuhan itu pernah diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Muhammad. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.