Mungkin Pilihan raya mengejut di Perak - September


Menjadi persoalan mengapa Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.

Beliau berkata, parti komponen BN di Perak juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengemukakan senarai calon parti masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya mengejut itu.

Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.

"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, UMNO Pusat bermesyuarat pada minggu lepas dan BN Perak juga telah bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.

"Sebaliknya mesyuarat berkenaan hanya mengingatkan bahawa semua parti komponen BN perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kerajaan BN mendapat mandat besar bagi terus mentadbir negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di sini hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.

Desas-desas pilihan raya mengejut di Perak timbul selepas seorang Timbalan Presiden sebuah parti komponen BN dikatakan menyerahkan senarai nama calon daripada parti itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar pada petang semalam.

Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry.

Oleh itu, kita tunggu dan lihat perkembangannya. Apa yang digembar-gemburkan bahawa pilihanraya bakal diadakan. Tarikhnya adalah bergantung kepada Zambry dan dengan perkenan DS Najib.

Isu Royalti Minyak Dibawa ke Sidang DUN Esok




KOTA BAHARU 28 Feb. - Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Hari ini kerajaan negeri menjemput semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.

Husam yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan berkata, melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada pusat. - Bernama

EXCO- Klinik 1Malaysia Agenda UMNO : Operasi Haram


ALOR SETAR - Klinik 1Malaysia didakwa beroperasi secara haram kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, terutama dari aspek pentadbiran.

Exco Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan negeri, Dr Ismail Salleh berkata, untuk membuka dan menjalankan operasi klinik di negara ini, permohonan oleh doktor bertauliah yang mempunyai Sijil Amalan Tahunan (APC) sahaja yang diluluskan Kementerian Kesihatan.

“Ini bermakna hanya doktor yang memiliki APC sahaja yang boleh dan berhak membuka dan menjalankan operasi klinik. Namun kerajaan masih boleh membuka klinik 1Malaysia seperti yang ada sekarang, tanpa dikendalikan oleh doktor bertauliah tetapi pentadbirannya mestilah di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya.

Dr Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata, disebabkan kedua-dua kriteria itu tidak dipenuhi oleh Kementerian Kesihatan, ini menjadikan Klinik 1Malaysia adalah haram dari segi pentadbirannya.

“Saya berani mengatakan dari segi pentadbiran, Klinik 1Malaysia adalah haram dan tidak mengikut peraturan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, tiada apa boleh dibanggakan dengan penubuhan Klinik 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah beroperasi di hampir setiap negeri.

“Apa yang nak dibanggakan jika hanya perlu membayar RM1 tetapi tidak dapat memberi perkhidmatan menyeluruh, terutama penyakit kronik yang memerlukan pembiayaan besar. Maknanya tidak juga dapat membantu golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, tiada apa boleh dibanggakan dengan Klinik 1Malaysia yang menghabiskan peruntukan RM10 juta,” katanya.

Dr Ismail berkata, Klinik 1Malaysia hanyalah boneka Najib untuk menjuarai rakyat selain berperanan sebagai agenda politik.

Menurutnya, sebelum wujud Klinik 1Malaysia, telah lama wujud Klinik 1Alor Mengkudu yang rawatannya setaraf klinik swasta untuk penduduk setempat.

“Saya telah lama memberi khidmat perubatan terutama kepada warga DUN Alor Mengkudu. Setiap Khamis, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu akan menjadi klinik 1Alor Mengkudu yang memberi rawatan sebagaimana di klinik swasta,” katanya.

Terdapat dua buah klinik 1Malaysia di Kedah, iaitu di Taman Kota Kenari, Kulim dan Bandar Puteri Jaya, Kuala Muda.

Karnival Pokok Sena: Malam Ni Malam Last

Malam ni.. jom pakat pi ramai di Kompleks PAS Pokok Sena.

Pinjaman Buku Teks Untuk Semua Pelajar Agama


SHAH ALAM 28 FEB: Semua pelajar sekolah rendah agama di Selangor baik dari keluarga miskin ataupun sebaliknya bakal menerima pinjaman buku teks mulai tahun 2011.

Demikian jaminan yang diberikan EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Beliau bercakap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 Shah Alam pagi ini, yang dihadiri lebih 50 ibu bapa murid sekolah berkenaan.

“Buku-buku teks yang diperlukan sekolah-sekolah agama yang mengikuti program JAIS ini. Saya sudah minta 2010 tapi tak sempat, insya-Allah pada 2011 kita mahu mengurangkan beban bayaran oleh pihak ibu bapa," katanya.

Skim pinjaman buku teks ini mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah iaitu bawah RM1500 tetapi jika peruntukan mencukupi, semua golongan akan menerima kemudahan itu.

“Kita mahu mengurangkan atau merakyatkan ekonomi Selangor. Dan ini salah satu caranya,” kata beliau.

Pada majlis itu juga berlangsung penyampaian penghargaan kepada bekas murid tahun 6 sekolah itu yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan sekolah rendah agama 2009.

Mesyuarat Agung itu adalah kali yang ke-12 diadakan bagi perbincangan dan usul dan cadangan serta pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2010-2011.

*************************************************************


Ulasan: Kerajaan Negeri Kedah bila nak laksanakan pulak macam ni...
Sekolah Rendah Islam Darul Ulum pun tak dapat lagi Buku Teks untuk UPSR pun kalut.. PIBG dapat sediakan untuk 30 orang murid sahaja. Jenuh bergilir.
Jadi PIBG SRIDU mengalu-alukan sumbangan dari para dermawan. Anggaran jumlah yang diperlukan RM40 ribu ringgit. Hubungi 04-771 5639 / 013-591 3412 (Ustazah Surida: Setiausaha PIBG)

DENGAR CERAMAH: YB Dato' Sri Nizar Jamaludin

Ceramah Perdana YB Dato' Sri Nizar Jamaludin Bertempat Di Padang Majlis Daerah Machang,Kelantan.Pada 24/2/2010.
Antara Isu-isu yang di kupas Dato Sri Nizar ialah perancangan jahat UMNO sejak dari awal pemerintahan Pakatan rakyat di Perak sehingga membawa kepada Rampasan Kuasa oleh Zamry Abd Kadir.
Diselitkan juga kisah lucu bagaimana Zamry telah di buli oleh 3 orang ADUN yang di belinya sendiri.

Dengan Ehsan Blog http://ijoks2009.blogspot.com/
1


2


3


4


5

Contoh Resit SK Santan

Kedah Sejahtera: KHTP terus jadi pilihan pelabur



KULIM – Kedah terus menjadi pilihan para pelabur untuk menanam modal dan mengembangkan perniagaan mereka. Baru-baru ini satu perjanjian di antara Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan LMA International N.V telah dimeterai.

Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di Pusat Perniagaan KHTP, antara Presiden KHTP, Haji Muhammad Sobri Osman dan Presiden LMA International N.V, Encik Trevor Swete.

Menurut Haji Muhammad Sobri Osman, KHTP kini telah menarik lebih daripada 21 pelabur. Perkembangan semasa menunjukkan semakin banyak syarikat multinasional termasuk dari Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Singapura dan Asia Barat menaruh keyakinan untuk melabur di KHTP.

Jelasnya lagi, pelaburan awal oleh syarikat LMA sebanyak RM35 million ini tidak akan disia-siakan oleh KHTP.

“Kerajaan negeri dan KHTP akan mempastikan mereka akan terus melabur tanpa ada rasa bimbang terhadap ekonomi di Negeri Kedah,” ujarnya.

Menurut Pengarah Urusan LMA International N.V, tujuan utama LMA melabur di Kedah ialah kerana tiada amalan rasuah, kestabilan politik, peluang perniagaan yang kukuh dan kemudahan infrasuktur yang memuaskan.

“Kedudukan Negeri Kedah yang berada di tempat kelima jumlah pelaburan yang terbanyak di Malaysia menyebabkan LMA berminat untuk melabur di sini,” katanya.

KHTP telah mengekalkan reputasi yang baik di peringkat antarabangsa sebagai satu taman teknologi terkemuka di dunia. Untuk tempoh fasa pertama daripada 1996 hingga 2008, KHTP telah berjaya menarik lebih daripada 21 pelabur yang terdiri daripada syarikat multinasional dan tempatan dengan jumlah pelaburan melebihi RM23 billion.

Oleh: NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARI

Dapat RM10 untuk pi dengar ceramah... DI Mana???




GUAR JERING 28 Feb - Melihat rakyat kurang memberi sambutan kepada program mereka, Umno terpaksa "merasuah" RM10 kepada setiap penduduk Guar Jering di Penanti, Pulau Pinang yang rela hadir ceramah anjuran parti itu bagi menggelakkan terus dimalu.

Apatah lagi ahli Umno di situ tidak mahu menjatuhkan air muka Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang hadir pada ceramah tersebut.

Ketika mendedahkan perkara ini Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali berkata Umno terus mengumpan rakyat melalui amalan rasuah dan imbuhan material bagi mendapat belas kasihan serta perhatian semula rakyat.

"Umno rasuah RM10 kepada penduduk Guar Jering untuk tarik penduduk hadir majlis Umno yang diadakan pada hari yang PKR membuat ceramah tapi penduduk di sini tidak termakan pujuk rayu duit haram yangingin disampaikan.

"Halal haram Umno tidak peduli lagi, yang penting bagi mereka janji rakyat boleh dibeli supaya Umno boleh berangan-angan kembali merampas kembali kawasan mereka kalah," kata Azmin pada ceramah isu semasa dan menolak fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering, Penanti bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman semalam.

Tambah Azmin, Umno juga terus menipu rakyat dengan sengaja mereka cerita bahawa beberapa ahli Pakatan Rakyat telah keluar parti tetapi realiti menunjukkan keahlian Pakatan Rakyat terus meningkat menyebabkan Umno tergugat.

"Ditangan saya ada lebih daripada dua ratus ahli yang baru mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat tetapi puak ini (Umno) sengaja membuat cerita untuk mencalar imej kita," kata beliau.

Apabila Umno hilang arah dan tidak mampu mencapai dasar-dasar yang dijanjikan mereka merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat supaya rakyat mengalih perhatian tetapi malangnya bagi mereka akyat tetap bersama Pakatan Rakyat manakala Umno terus ditinggalkan kata Azmin lagi.

"Kita tidak perlu bagi 10 sen pun rasuah kepada rakyat kerana rakyat tetap terus membanjiri semua majlis yang dijalankan. Ini membuktikan rakyat memberi sokongan tanpa batasan kerana mereka yakin kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional.

"BN yang zalim dan rakus hanya mahu mengaut keuntungan haram dan oleh sebab itu mereka akan terus disingkirkan. Kewujudan mereka hanya merosakkan negara dan anak bangsa tidak mampu dibela," katanya lagi.

Jelas beliau jika kezaliman dan penyelewengan Umno berterusan negara akan tergadai.

Ini kerana Umno ingin melihat kemusnahan negara selepas mengaut keuntungan.

Oleh Qayum Rahman

Nasihat Jauhi Pantai Bagi Penduduk Selatan Sabah



Penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, ini berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 km dari timur laut bandar Conception, Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia) Sabtu, lapor Bernama.

Kebimbangan tersebut ekoran gempa bumi berukuran 8.8 di Chile semalam, dengan negara-negara di Lautan Pasific bersiap sedia memindahkan rakyat mereka ke tanah tinggi.

Siren pemindahan penduduk memenuhi ruang udara Hawaii, French Polynesia dan Selatan Pasific. Gempa bumi di Chile mengakibatkan sekurang-kurangnya 147 orang terkorban.

Kira-kira 50 negara dan wilayah dari New Zealand ke Jepun sebelum ini pernah dilanda tsunami di Lautan India yang mengorbankan lebih 220,000 nyawa.

Lima belas jam selepas gempa semalam, ombak tsunami melanda pantai Chile dan wilayah barat French Polynesia dan kepulauan Chatham di New Zealand. Para pegawai bimbang ia bakal diekori ombak yang lebih besar.

Pusat amaran tsunami pasific, memberi amaran mengenai kemungkinan 'kerosakan besar' akibat hempasan ombak yang boleh mencecah sehingga tiga meter.

mStar Mingguan: Kini Di Pasaran


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Publications Datin Linda Ngiam (dua dari kanan) menekan butang selepas perasmian percetakan pertama di kilang percetakan, Star hub, Shah Alam. Turut serta adalah Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai (dua dari kiri) dan Pengarang Bersekutu mStar, Rozaid A.Rahman (kiri) dan Timbalan Pengarang mStar, Faridah Hitam (tengah). - Foto oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Satu majlis doa selamat diketuai oleh Ustaz Mohd Azizi dari Masjid Bukit Jelutong sempena perasmian percetakan pertama akhbar Mingguan mStar selamat disempurnakan di kilang percetakan, Star hub, di sini sebentar tadi.

Akhbar mingguan bahasa Melayu yang pertama kali diterbitkan The Star itu akan mula berada di pasaran esok, Ahad, sebagai sisipan kepada akhbar berbahasa Inggeris, Sunday Star.

Edisi pertama membawa laporan khas bertaraf eksklusif dunia dengan tajuk,'Wajah Hambali Dari Guantanamo'. Sisipan yang mengandungi 40 muka surat itu hanya boleh didapati di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya.

Khamis lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan akhbar Mingguan mStar di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Seramai 400 jemputan yang terdiri dari tokoh korporat, pengamal media dan selebriti tanah air turut memeriahkan majlis itu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datin Linda Ngiam berkata, langkah menerbitan Mingguan mStar dibuat berikutan keyakinan syarikat terhadap potensi akhbar berbahasa Melayu itu selepas kejayaan di luar jangkaan mStar Online setelah lima tahun beroperasi.

Kata Linda, kumpulan Media Star yakin bahawa penerbitan akhbar yang asalnya secara dalam talian itu adalah langkah yang tepat.

"Penerimaan pembaca yang luar biasa terhadap mStar Online dengan purata pageview mencapai 3.5 juta hit setiap bulan memberi kami inspirasi untuk menawarkan sesuatu yang dicetak sebagai sebahagian daripada produk kami yang paling berjaya iaitu akhbar Sunday Star.

"Kerana itu kami ingin merakamkan rasa penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri yang meluluskan lesen penerbitan akhbar bahasa Melayu sulung kami," kata Linda.

Beliau memberitahu, pada awalnya pihak syarikat terkejut dengan cadangan berani menerbitkan akhbar Mingguan mStar kerana belum ada lagi akhbar bahasa Inggeris dipasarkan bersama sisipan sebuah akhbar bahasa kebangsaan.

"Memang ada sisipan pendidikan dalam bahasa Melayu tetapi ia berbeza dengan Mingguan mStar dalam Sunday Star," jelas beliau.

Linda juga memberi jaminan bahawa akhbar hujung minggu itu bukan salinan akhbar bahasa Inggeris terbitan syarikat itu. Sebaliknya, tegas beliau, Mingguan mStar memiliki kandungannya tersendiri.

"Memandangkan kami mempunyai pasukan yang komited memajukan mStar Online, kami membuat keputusan mengorak langkah mengembangkan lagi peranan pasukan tersebut.

"Mingguan mStar merupakan bahan bacaan pilihan yang ideal untuk segmen ini. Kami yakin bahawa akhbar ini akan terus berkembang," katanya.

Gempa Bumi di Chile : Tengok Gambar Aje.. Tak Faham

Berita Terkini.. Laporan Gempa Bumi di Chile

Gempa Bumi di Chile : Dah 85 Disahkan Terkorban




SANTIAGO 27 Feb. - Gempa bumi dengan kekuatan 8.8 pada skala Richter yang melanda bahagian selatan tengah Chile awal pagi ini telah mengorbankan 85 orang, meruntuhkan bangunan, kediaman dan hospital serta berlakunya tsunami.

Televisyen tempatan TV Chile melaporkan sebuah bangunan 15 tingkat runtuh di Concepcion, iaitu bandar paling teruk terjejas di mana rekanan besar dapat dilihat di jalan-jalan.

Bangunan-bangunan dijilat api, jambatan runtuh dan bangunan kediaman bertaburan dijalanan yang penuh dengan batu-batu dan kaca dari rumah-rumah yang rosak. Ramai yang gerun dengan gegaran kuat dan serentak itu cuba memanggil rakan-rakan dan keluarga mereka.

Presiden Michelle Bachelet berkata, lebih daripada 85 orang terbunuh di wilayah Maule sahaja dan jumlah tersebut dijangka meningkat. Talian telefon dan bekalan elektrik terputus menyebabkan usaha untuk memasuki kawasan kejadian sukar. - Reuters

Kepulauan Hawaii DiAncam Tsunami


WASHINGTON 27 Feb. - Tsunami yang berlaku hari ini dijangka akan menyebabkan berlaku kemusnahan di sepanjang pantai di semua pulau di kepulauan Hawaii, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

"Tindakan segera perlu dilakukan untuk melindungi penduduk dan harta benda," kata pusat itu dalam satu buletin. "Semua pantai berhadapan risiko ini tanpa mengira arah mana mereka berdepan."

Sebelum agensi itu mengeluarkan amaran berlaku tsunami di lautan luas Pasifik termasuk Hawaii dan merebak merentasi lautan dari Amerika Selatan hingga ke lingkaran Pasifik.

Dijangkakan tsunami pertama akan membadai Hawaii pada pukul 11.19 pagi ini waktu tempatan (4.19 pagi Ahad waktu Malaysia). - Reuters

Bukan Rosmah! Permaisuri Agong Wanita Pertama





http://darisungaiderhaka.blogspot.com/


Dalam temu bual dengan Bernama, Rosmah bercakap mengenai peranan penting yang boleh dimainkan oleh isteri pemimpin dunia. Katanya tugas mereka bukan sekadar mengiringi pemimpin pada majlis-majlis rasmi malah melampaui semua itu.

Dan dalam temubual itu Rosmah telah menggunakan gantinama kami bagi menggantikan namanya dan diri lain-lain wanita Pertama dunia.

Katanya "Kami boleh menjadi wanita pertama yang bekerja. Kami boleh memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik. Kami boleh menjadi kawan. Jika sesuatu berlaku, kami boleh menggunakan saluran tidak rasmi, tanpa protokol.

"Saya sentiasa berusaha untuk mengenali wanita-wanita pertama setiap kali kami bertemu di persidangan antarabangsa yang dihadiri suami kami. Suami (pemimpin) kami boleh berinteraksi secara lebih rasmi dan serius tetapi kami, sebagai isteri mereka, boleh menganggap satu antara lain sebagai kawan,"

Bernama

Semua orang tahu Datin Rosmah ialah Isteri kedua Dato Seri Najib. Janda PM Malaysia, Dato Seri Najib ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan.

Puteri Zainah adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.

Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.

Rosmah harus sedar bahawa walaupun dia kini telah menjadi satu-satunya wanita yang sering berada di samping Najib, Dia tetap bukan wanita Pertama Negara.

Rosmah hanyalah seorang isteri kepada Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady".

Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan.

Dan Professor Aziz Bari dalam kenyataannya juga telah mempertikaikan kewajaran Rosmah mengaku dirinya sebagai wanita Pertama Malaysia..

Prof Aziz Bari: Rosmah Bukan Wanita Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Feb - Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.

"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.

Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.

"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.

Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".

Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".

"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.

Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.

"Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.

"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.

"Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.

Beliau diminta mengulas laporan BERNAMA bertajuk "Rosmah Tekankan Pentingnya Peranan Wanita Pertama" yang disiarkan semalam.

Suara-Keadilan.com

Sultanku Telah Selamat Kembali.. Syabas & Tahniah


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat pulang ke Kedah hari ini, selepas sebulan melaksanakan fungsi jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Baginda yang juga Sultan Kedah diiringi Sultanah Kedah Tuanku Hamimah Hamidun berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 11.30 pagi.

Baginda yang ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 20 Feb 1959, adalah Yang di-Pertuan Agong kelima dari 20 September 1970 sehingga 20 September 1975.

Hadir sama bagi mengucapkan selamat berangkat ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Baginda memangku jawatan itu semasa ketiadaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menjalani rawatan susulan fisioterapi di Medical Park, St Hubertus, Bad Wiessee, Jerman sejak 26 Januari lepas.

Semalam, Tuanku Mizan selamat pulang ke tanah air diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta anakanda-anakanda baginda.

Pada 30 November tahun lepas, Tuanku Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich. - BERNAMA

Markas PAS Taman Melewar Bakal Jadi Kolej Universiti


GOMBAK, 27 Feb: Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, akan dijadikan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus bagi memenuhi keperluan negara.

Ianya akan diberi nama Kolej Universiti Prof Dr. Zulkifli Ahmad yang pembinaannya telah pun bermula Disember lalu dan dijangka siap dalam masa enam bulan lagi.

Kampus itu dijangka memulakan 0perasinya pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub sewaktu meninjau kawasan pembinaan itu petang kelmarin memberitahu, pembinaan kampus tersebut memerlukan dana hampir dua juta dan berharap lebih ramai dermawan tampil menghulurkan sumbangan.

"Setakat ini kita mendapat laporan tidak ada sebarang masalah dalam proses pembinaan kolej ini. Cuma kita masih memerlukan kewangan untuk menampung kos pembinaan yang bernilai hampir dua juta ini. Jadi saya harap lebih ramai para dermawan akan menghulurkan sumbangan," katanya.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad yang turut bersama dalam tinjauan itu pula berkata, Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institusi itu.

"Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah,"katanya.

Sementara itu. Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh berharap pembinaan kolej tersebut adalah mesra wanita, dengan menyediakan kemudahan-kemudahan khusus untuk wanita seperti ruang solat dan rehat yang tertutup.

"Saya mewakili muslimat keseluruhannya berbangga dengan pembinaan kolej ini cuma apa yang kami harapkan, pembinaan bangunannya lebih muslimat. Supaya muslimat rasa lebih selesa untuk solat mahupun berehat," ujarnya.

Ditanya rasional kolej itu menggunakan nama Prof Dr Zulkifli Mohamad, Nuridah berkata, ianya bagi menghargai jasa Allahyarham sebagai tokoh yang disegani dalam parti dan sebagai ilmuan yang dikenali ramai.

"Kita memilih nama ini sebab ianya bersesuaian dengan hasrat kita melahirkan golongan profesional daripada kolej ini. Allahyarham bukan sahaja seorang politician malah seorang agamawan dan ahli akademik yang disegani ramai," katanya.

Bagaimanapun, salah satu dewannya akan kekal menggunakan nama Allahyarham Datuk Fadzil Nor seperti sebelum ini.

Turut bersama dalam tinjauan itu Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin dan juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Salbiah Wahab.

PRIHATIN:Pemuda PAS Merbok Turun Padang


RM3 tampung keluarga

MERBOK - “Apa yang boleh saya beli untuk beri makan suami, lima anak dan ibu dengan wang sebanyak RM3”.

Itulah rintihan yang dinyatakan Puziyah Din, 51, semasa mengenang nasib malang keluarganya.

Menurutnya, hanya jumlah wang itu sahaja yang ada untuk dia gunakan bagi menampung belanja dapur dan membeli sesuap nasi untuk lapan ahli keluarga pada beberapa bulan lepas.

Katanya, keadaan itu dihadapinya seorang dan terpaksa membanting tenaga mengerjakan sawah padi bagi mencari sesuap nasi setelah suaminya, Abdul Rahim Puteh, 54, mengalami angin ahmar sejak empat tahun lalu.

Puziyah berkata, penderitaan mereka sekeluarga hanya tuhan yang lebih mengetahuinya dan dia tidak suka untuk menagih simpati daripada orang lain.

Menurutnya, ketika menyedari duit poket dan simpanannya hanya berjumlah RM3 pada beberapa bulan lepas dan tidak mencukupi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga, dia berusaha mencari alternatif lain dengan membanting tenaga mengusahakan sawah dan terpaksa meminjam wang daripada jiran dan saudara mara.

“Suami lumpuh sebelah kanan badannya sejak empat tahun lalu dan tidak mampu menguruskan diri serta hanya bergantung dengan meminum susu khas.

“Susu itu pula berharga RM75 dan hanya mampu bertahan selama dua hari sahaja.

“Hanya air mata sahaja yang mengalir tatkala melihat duit hanya ada RM3 bagi membeli susu untuk suami, saya bertambah bingung bila terkenang nasib saya dan keluarga, tambahan pula tiga daripada anak saya masih belajar,” katanya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya di Kampung Tempoyak, di sini, semalam.

Sementara itu, anak ketiganya, Ramizun, 19, berkata, dia kini mengikuti pelajaran di Kolej Master Skills, Ipoh, Perak dan tidak sanggup meneruskan pelajaran kerana kasihan melihat ibunya membanting tulang mengusahakan sawah seorang diri demi menampung perbelanjaan sekolah dua adiknya dan kos rawatan bapanya.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda telah meluluskan Bantuan Kanak-kanak (BKK) kepada dua adiknya dan mereka mendapat bantuan bulanan sebanyak RM200 sebulan, awal tahun ini.

“Ia sedikit sebanyak bantuan itu meringankan beban ibu dan ayah juga turut menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan. Hati saya sedikit lega untuk menyambung pelajaran di kolej dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarga.

“Kini urusan penjagaan ayah diuruskan oleh ibu dan adik-adik memandangkan saya belajar di Ipoh. Sebelum ini saya telah dua tahun menjaga ayah dan menguruskan makan dan minum serta keperluan harian dia (Abdul Rahim) yang lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kesengsaraan hidup keluarga Puziyah mendapat perhatian Pemuda Pas Kawasan Merbok yang turun padang memberikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada mereka.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda Pas Kawasan Merbok, Mukhlis Ghazali berkata, keluarga Puziyah adalah antara sepuluh keluarga pada bulan ini yang dikenal pasti untuk menerima bantuan itu.

“Pemuda Pas berharap dengan bantuan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban keluarga Puziyah dan menunjukkan keprihatinan Pas Kawasan Merbok terhadap penderitaan rakyat. Aktiviti seperti ini kami adakan secara bulanan untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Wang Ehsan Kerajaan Kelantan Tak Campur: EXCO



Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri).

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.

"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).

"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

- Bernama

SU Agung Sedia Berjumpa Blogger Tulang Besi

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Blogger yang seringkali mengkritik tindakan pemimpin PAS menyokong idea kerajaan perpaduan Umno-BN berkata, setiausaha agung parti sudah memberi “lampu hijau” ke atas aduan rasmi dibuat membabitkan tiga pemimpin kanannya, mendakwa wujud salah laku menjejaskan nama komponen Pakatan Rakyat itu.

Pengendali blog malaysianwaves.com, Abdul Rahman Talib yang turut dikenali sebagai “Tulang Besi” memberitahu The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali telah menyatakan kesediaan untuk menemui beliau sambil menyifatkannya sebagai “langkah positif.”

“Saya menerima panggilan daripada pejabat setiausaha agung beberapa hari lalu mengatakan bahawa Datuk Mustafa mahu menemui saya berhubung aduan yang dibuat (awal bulan ini)... saya melihat kesediaan beliau sebagai satu langkah baik,” kata beliau ketika dihubung di Jakarta.

Langkah itu disambut baik beliau kerana setiausaha agung yang mempunyai kata putus sama ada sesuatu aduan mempunyai merit untuk disiasat ataupun sebaliknya pernah mengetepikan beberapa aduan sebelum ini termasuk yang dikemukakan oleh Exco Pemuda PAS Abdullah Abdul Karim.

Beliau selain mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad enam bulan sedangkan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hanya diberi amaran juga mendakwa aduannya pernah ditolak Mustafa.

Tindakan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan segelintir pemimpin dan ahli PAS.

Abdul Rahman yang berada di Indonesia kerana urusan perniagaan memberitahu beliau akan terbang ke Kuala Lumpur hujung minggu depan jika masalah pasportnya selesai segera.

Difahamkan ini kali pertama sejak pertengahan tahun lalu pengadu yang membuat aduan ditemui setiausaha agung untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mungkin Datuk Mustafa ingin mendapatkan maklumat lanjut dan mungkin hendak tanya beberapa soalan,” kata beliau sambil menambah sepatutnya “ini merupakan kaedahnya jika aduan rasmi dibuat.”

“Biasanya pendakwa raya akan menemui orang yang membuat aduan... akhirnya setiausaha agung (PAS) mengambil langkah yang betul,” katanya.

Dalam aduannya pada 12 Feb lalu, Abdul Rahman turut menyenaraikan supaya keseluruhan anggota Majlis Syura PAS yang menyokong usaha meneruskan dialog kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-12 disiasat jawatankuasa disiplin parti.

Tiga pemimpin yang dimaksudkan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hasan yang bulan lalu dikenakan tindakan amaran oleh jawatankuasa disiplin.

Idea dialog kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno mendapat sokongan berbelah bahagi dalam parti itu.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mereka yang menyokongnya menentang usaha sedemikian.

Nasharudin dan Hasan merupakan antara pemimpin dirujuk Nik Aziz agar ditukar dengan diadakan pemilihan khas menerusi Muktamar Agung Khas.

Muktamar khas tidak diadakan sebaliknya Hasan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin di mana keputusan diumumkan 29 Jan lalu.

Isu idea kerajaan perpaduan turut mendapat perhatian Muktamar Agung PAS 2008 dan 2009.

Beberapa pihak dalam dan di luar PAS selain Nasharudin turut menyokong idea berkenaan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mereka berkali-kali telah menafikannya.

Akhir tahun lalu Abdul Rahman mencetuskan kejutan dengan mendedahkan rakaman yang didakwa pengakuan dan kenyataan menyokong idea kerajaan perpaduan.

Dalam blognya, Abdul Rahman minggu lalu berkata beliau akan melantik peguam jika tiada perkembangan daripada sekretariat PAS berhubung aduan yang dibuat.
Bagi membantu langkahnya itu dia memohon sumbangan daripada orang ramai dan setakat ini lebih RM10,000 telah dikumpulkan.

Lagi Lagi Rampas.. Jenuh! Buku Kartun Pun Bahaya



Polis yang begitu 'taksub' dengan karya kartunis satira Zunar atau lebih dikenali sebagai Zulkiflee Anwar Haque, sekali lagi merampas sejumlah buku karya terbarunya minggu lalu.

Zulkiflee berkata beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas.

“Saya mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya.

Beliau berkata operasi itu diketuai Cif Insp Mohd Noor Azlan Mansor daripada balai polis Seberang Perai. Pulau Pinang. Malaysiakini masih belum berjaya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

Buku berjudul 'Isu dalam Kartun' itu merupakan kompilasi karya daripada pelbaagi artis, menyentuh isu-su semasa seperti kes kehilangan enjin jet pejuang, kontroversi penggunan kalimah Allah dan juga pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Kulit buku tersebut menarik perhatian pembaca kepada dua karya di dalamnya yang bertajuk 'Sumpah di Bumi Komisen' dan 'Dari PD ke Mongoria' yang ditujukan sinis kepada pemimpin tertinggi negara.

Karya Zulkiflee sebelum ini - '1 Funny Malaysia' dan majalah 'Gedung Kartun' juga dirampas kementerian dalam negeri.

Dato' Husam: UMNO Kelantan tiada kuasa




KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pemimpin UMNO Kelantan yang berjawatan menteri tidak layak untuk bercakap mengenai royalti minyak kerana tidak mempunyai portfolio bidang tersebut.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan berkata, tanggungjawab untuk menjawab isu berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas yang lebih ta:hu mengenai tuntutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

“Saya hairan kenapa pemimpin UMNO Kelantan yang bercakap mahu menghalang pemberian royalti sedangkan ia bukan bidang kuasa mereka, sepatutnya pemimpin UMNO ini bersatu dengan kita untuk menuntut royalti bagi faedah rakyat Kelantan.

:“Tanggungjawab untuk menjawab isu ini ialah perdana Menteri dan Petronas, bukan menteri atau timbalan menteri yang tidak ada kena-mengena dengan portfolio petroleum, sebab itu bagi saya, keputusan ini adalah keputusan politik UMNO Kelantan,” katanya ketika ditemui di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menjelaskan, semua kenyataan beliau berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan Pas adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang turut disertai oleh Petronas, Peguam Negara dan pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mustapa yang juga pengerusi perhubungan Barisan Negeri (BN) Kelantan dukacita dengan pelbagai dakwaan dan menganggap ia sebagai satu penyelewengan yang ditimbulkan oleh pembangkang yang cuba mencari ihsan politik.

Takziah..Hashim Embi Kembali Keramatullah




PETALING JAYA: Bekas pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Chek Hashim Embi, 66, meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi tadi akibat kanser prostat.

Sebelum ini Datuk Chek Hashim dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak dan selepas itu ditempatkan di rumah Suhaila, anak keduanya.

Beliau hanya bergantung kepada sistem sokongan hidup dan alat bantuan pernafasan.

Hashim memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai Pembantu Siaran RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, beliau ditugaskan sebagai penyampai berita televisyen selama kira-kira 20 tahun sebelum dilantik Pengarah Penyiaran RTM Negeri Pahang pada 1999.

Beliau telah berkhidmat di RTM selama 35 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Che Mahani Haji Abdul Rahim, 64, dan empat anak iaitu Rizal, 39, Suhaila, 36, Razif, 32, dan Syuhada, 25.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Madah, Manjung dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Teluk Pencalang, Pasir Panjang, Perak selepas solat Asar hari ini.

Ku Li akui MASIH setia pada perjuangan Umno.. Betul Ka..

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui dirinya masih setia kepada perjuangan Umno walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak.

Beliau menolak dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan beliau tidak setia kepada perjuangan Umno berikutan tindakannya memperjuangkan hak Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memberitahu pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Umno bahagian itu di Bukit Chekati dekat Gua Musang bahawa beliau masih setia kepada perjuangan parti itu.

Pada 28 Jan lalu, Tengku Razaleigh turut berceramah di program solat hajat dan ceramah perdana Isu Royalti Minyak Kelantan anjuran badan bukan kerajaan di Stadium Sultan Mohammed IV yang turut dihadiri oleh pemimpin PAS.

Beliau pada ceramah itu menegaskan bahawa Kelantan layak menerima wang royalti minyak sebanyak lima peratus, dan selepas itu terus mempertahankan pandangannya itu.

- Bernama

PERUTUSAN KHAS SEMPENA MAULIDUR RASUL



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW.

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Maulid Nabi merupakan sebuah “Rumah Kelahiran” kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas’a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali.
Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama “Maktabah Makkah Al-Mukarramah” Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W., kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T. terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah S.W.T. akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T..
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Hukum Sambutan Maulidur Rasul
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat.

Pengertian RABIULAWAL
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Fadhilat Bulan Rabiul Awal
Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun.

Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah.
Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.
Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.

Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah.

Adun Titi Serong kemalangan-Alhamdulillah Selamat



Mengikut sumber dari blog Sisi Bukit dan Ust Misbah, YB Ust Khalil Lim terlibat dalam kemalangan berhampiran Bukit Berapit.

Bloggers yang dikenali ramai sebagai Cina Islam atau nama sebenar YB Ustaz Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak terlibat dengan kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping.

Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau besama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Lapor Ust Misbah

Katanya depa dalam perjalanan nak ke satu program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan kemudiannya ceramah perdana di Air Kuning, Tapah malam ini.

Walau apapun yang pentingnya dia dan pemandunya selamat. Yang lebih penting lagi, alhamdulillah, tak perlu ada PRK di Titi Serong dan mintak-mintak la kedua-dua YB Pas tempat aku ni panjang umur dan sentiasa sihat selalu.

Tapi yang menariknya kalau tak salah aku, pemandu dia tu orang baru, maksud aku baru sangat kerja dengan dia. Bahkan kalau tak salah aku, trip ke Tapah tu adalah yang pertama sekali. Kira macam 'test drive' laa. Bila dah accident tu tak tau la 'test drive' tu kira lulus ka dak.

LGE DI KARNIVAL POKOK SENA MALAM NI...

JOM ORANG-ORANG SEDAKA, ALOR SETAR, KUBANG PASU, POKOK SENA, KUALA KEDAH, PAKAT PI DENGAR ENCIK LIM GUAN ENG BERCERAMAH... TENTU BANYAK ISU NIE.... ,

KURANGKAN TEKANAN - Sama-sama Tengok....

Rumah Datuk Syed Sobri (ADUN KN)Disimbah Cat


***Gambar hiasan***


ALOR SETAR 25 Feb. – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim hari ini terkejut apabila mendapati rumahnya di Taman Lumba Kuda di sini disimbah dengan cat merah.

Beliau berkata, kejadian itu hanya disedarinya pada pukul 9.30 pagi ini.

Katanya, beliau menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan dan tidak tahu motif sebenar kejadian tersebut. – Utusan

The Star Mohon Maaf : Undang2 Syariah





Akhbar The Star hari ini memohon maaf secara terbuka berhubung tulisan Pengarang Urusannya, P. Gunasegaram berhubung undang-undang syariah Jumaat lalu.



*****************************************************************************
No offence meant

KUALA LUMPUR: It has been brought to our attention that a commentary piece in The Star headlined “Persuasion, not compulsion” on the recent caning of three women for syariah offences has offended certain quarters.

We would like to categorically state that there was no intention to insult or offend Muslims with the article by managing editor P. Gunasegaram that was published last Friday.

The Star sincerely apologises to those who were offended by the content of the article.

As a newspaper that bills itself as The People’s Paper, we strive to serve all our readers’ interests and are mindful of the need to be sensitive to their beliefs.

MAHKAMAH: TAK TAU NAK KATA APA DAH....




Mahkamah tolak permohonan Anwar


Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan pembangkang itu untuk memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Sebelum itu, Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

Katanya, Anwar telah membawa tiga pakar luar dan mereka tidak dibenarkan untuk melihat bukti tersebut.

"Adakah ini adil?" soal Karpal.

Zulkefli kemudiannya bertanya sama ada panel tiga hakim itu boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.

Karpl berkata, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.

"Malah, perbicaraan telah bermula tetapi kami masih lagi belum memperolehi dokumen-dokumen berkenaan," katanya.

Kemudiannya, peguamcara negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pula, dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak keputusannya kerana penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Katanya, sebarang percubaan sebaliknya merupakan satu pembaziran proses mahkamah.

TAHNIAH: 92.55 peratus lulus penuh STPM 2009


KUALA LUMPUR 25 Feb. – Sebanyak 48,446 atau 92.55 peratus daripada 55,663 calon yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas lulus penuh dengan sekurang-kurangnya mencatatkan kelulusan satu mata pelajaran.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 4,316 calon lulus lima mata pelajaran, 29,670 lulus empat mata pelajaran), 9,797 lulus tiga mata pelajaran, 7,412 lulus dua mata pelajaran dan 6,251 lulus satu mata pelajaran.

Tambahnya, sebanyak 15 calon mencapai keputusan cemerlang iaitu memperolehi Gred A dalam lima mata pelajaran iaitu enam dalam aliran sains dan sembilan dalam aliran sastera berbanding 13 orang pada tahun 2008.

``Jumlah calon yang lulus lima dan empat mata pelajaran meningkat sebanyak 2,855 kepada 24,986 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 22,131 calon.

``Prestasi calon yang memperolehi keputusan yang baik iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 keatas ialah 35.93 peratus dengan 331 calon mendapat PNGK 4.00,’’ katanya.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata demikian ketika mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 di Majlis Peperiksaan Malaysia di sini hari ini.

MENDIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM


Setiap anak yang lahir ke dunia ini adalah suci bersih daripada segala dosa dan syirik. Ibu bapalah yang menentukan sama ada seseorang anak itu muslim atau kafir. Mukmin atau munafik. Soleh atau ahli maksiat. Ibu bapa yang bijak tidak akan mensia-siakan peluang ini bagi memastikan anak yang dilahirkan menjadi seorang yang soleh dan membantu ibu bapa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Islam sebagai agama yang syumul telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa semenjak bayi itu dilahirkan sehinggalah dia mencapai usia baligh dan seterusnya dewasa. Antaranya, mengadakan akikah, melakukan belah mulut, mengazankan, memberi nama yang baik, mengkhatankan dan memberikan didikan agama yang secukupnya. Ini bagi memastikan anak tersebut memulakan hidupnya dengan peraturan syarak. Seterusnya mempraktikkan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup sehingga meningkat dewasa.
Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu :

i) Sebelum usia 7 tahun,
ii) antara 7 – 14 tahun dan
iii) antara 14 – 21 tahun
Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun
a. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat
b. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)
7-14 tahun & 14-21 tahun
1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terimakasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T

Kecoh & Gagal Serah Memo Pada Menteri : Kes Norizan



Kira-kira 30 pemimpin Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO, gagal menyerahkan kepada menteri dalam negeri, memorandum berhubung pendedahan seorang wanita malang, Norizan Salleh yang mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah.

Mereka sampai ke pejabat KDN di Putrajaya pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Kemudian, seorang pegawai yang berbaju batik turun menemui mereka di lobi bangunan itu untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak menteri.

Bagaimaan berlaku sedikit kekecohan apabila peguam Norizan - N Surendran - dan wakil Pakatan, berkeras untuk menemui sendiri menteri atau timbalannya.

"Kalau kita bagi pada kamu, kamu tidak akan ambil tindakan. Kita mahu beri pada menteri," kata Surendran.

Pengarah komunikasi PKR, Lateefa Koya, pula berkata mengapa menteri masih tidak mengambil peluang tersebut untuk menemui mangsa, supaya beliau boleh melihat sendiri apa yang telah terjadi.

Norizan, 30, turut sama hadir pagi ini. Berikutan itu, Azmi pun beredar dari situ dan menaiki lif.

Norizan, sebelum ini dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebelum ini, Norizan dilaporkan mendakwa, akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.

Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.

Sementara itu, kira-kira 10 minit kemudian, kumpulan tersebut keluar dari bangunan KDN dan mengadakan sidang akhbar.

Ahli parlimen Kapar, S Manikavasangam berkata mereka akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri berkenaan bila parlimen bersidang mulai 15 Mac ini.

"Di parlimen, dia tidak boleh lari," katanya.

PROTES: Raja Azman Tidak Puashati Kpd Warden...


SUNGAI BULOH 25 Feb. – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini mengesahkan anak pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin tidak mengalami tekanan mental sehingga menyebabkan dia menelan bilah pisau cukur, 8 Februari lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk N. Siva Subramaniam, yang ditemui selepas melawat Penjara Sungai Buloh hari ini, berkata, sebaliknya Raja Azman Raja Petra, 33, mengaku bertindak demikian sebagai tanda protes apabila diasingkan sel oleh warden.

“Dia (Raja Azman) diasingkan di atas tindakannya memarahi warden. Namun tindakannya menelan bilah pisau cukur tidak langsung mencederakan dirinya.

“Dia berbuat demikian hanya semata-mata tidak berpuas hati dan tiada kena mengena dengan tekanan mental mahu pun fizikal,” katanya di sini hari ini. – Utusan

PROGRAM REUNION KBS (12 - 14 Mac 2010)

MAKLUMAN TERBARU PROGRAM REUNION KBS
SEMUA PESERTA KBS SIRI 2 2009 DIJEMPUT IKUT SERTA


SEKRETARIAT KEM BINA SAHSIAH SIRI 2 2009

PENDAHULUAN
Program Reunion KBS siri 2 ini merupakan program anjuran Sekretariat KBS 2009. Program ini juga adalah satu wadah bagi KBS dalam mengumpulkan semua urusetia, fasilitator dan peserta KBS Siri 2, dalam merangka untuk memberi penekanan ukhwah dikalagan fasilitator dan peserta. Disamping itu, re-union KBS ini dapat membentuk perhubungan yang jitu dikalagan urusetia dan fasilitator bagi memantapkan lagi Institusi Dakwah Islamiah. Sepertimana Firman Allah SWT yang bermaksudnya : Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.(al-Hujurat : 10)

OBJEKTIF
· Mengeratkan ukhuwwah dikalangan peserta, fasilitator dan urusetia KBS Siri-2.
· Mengembalikan kenangan indah bersama ketika KBS Siri-2.
· Menjadi medan pertemuan dan saling berkongsi pengalaman.
· Mengimbas kembali perkara positif yang diperolehi sepanjang KBS Siri -2.

Tarikh : 12, 13 & 14 Mac 2010
Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat : Muassasah Darul Ulum

TEMA
” Memantapkan ukhwah generasi Rabbani”

Tentatif Reunion KBS 2
JUMAAT - 12 MAC 2010
08.00 pg :Pendaftaran urusetia & fasilitator
03.00 ptg : Pendaftaran
06.30 ptg : Rehat /kendiri/Makan
07.15 mlm : Solat Maghrib / Zikir Munajat/Tadarrus
08.30 mlm : Solat Isya’ / Halaqah Mulk
09.00 mlm : Taklimat program
Lagu Tema
11.00 mlm : Minum /Tidur

SABTU - 13 MAC 2010
05.30 pg : Kendiri
06.00 pg : Solat Subuh / Mathurat / Kuliah Subuh (muslimat)
07.30 pg : Silat / Doa Wehdah
08.30 pg : Sarapan / Kendiri
09.30 pg : Sembang Santai & Pengalaman Selepas KBS
12.00 t/hari : Rehat / Solat Zohor / Zikir Munajat / Makan
2.00 ptg : Tanyalah Ustaz (Ust Asrol aimran )
04.00 ptg : Solat Asar / Zikir Munajat
05.00 ptg : Sukaneka
06.30 ptg : Rehat / Solat Maghrib / Tadarrus / Makan
08.30 mlm : Solat Isya’ / Halaqah Mulk
09.00 mlm : Janji Kita (Cikgu Sukarno)
11.00 mlm : Minum Tidur

AHAD - 14 MAC 2010
05.30 pg : Kendiri
06.00 pg : Solat Subuh / Mathurat / Kuliah Subuh (Ust. Zainal Asri)
07.30 pg : Sarapan
08.30 pg : Jungel traking
10.00 pg : Rehat / kemas barang
11.00 t/hari : Majlis Penutup

**Tentatif tertakluk pada Unit Pengisian. Ketetapan tentatif akan dimaklumkan pada mesyuarat terakhir.

Teknologi: BANYAK PERANAN TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

Dail NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.

Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.

Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.

Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.

Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.

Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.

Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' .

Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.

Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Selamat mencuba!!

Sumber: www.webnisa.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.