Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan2 weeks ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ▼ 2011 (1330)
2.21pm: Siew yang kembali ke kandang saksi berkata, beliau telah menandatangani satu botol mengandungi sampel bahan uji kapas.
Bagaimanapun, beliau tidak menandatangani plastik termateri yang memuatkan botol itu.
Ditanya peguam sama ada tindakan itu merupakan amalan yang baik, Siew berkata "Saya tidak fikir ianya perlu."
Katanya lagi, beliau telah menurunkan tulisan pada beg plastik itu namun tidak menandatanganinya.
Tambahya, beliau telah mematerikan sebanyak 10 sampel bahan uji berkenaan.
2.13pm: Perbicaraan disambung semula di hadapan hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
12.32pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 2 petang.
11.41am: Sankara meminta Siew membacakan laporan kimia yang menyatakan kesan mani Saiful pada seluar dalam dan seluar panjang mangsa itu.
Siew berkata beliau tidak mencatat perkara itu dalam laporannya.
11.13am: Ketika disoal Sankara, Siew berkata ahli patologi forensik HKL menjalankan tugas dengan cara tidak memihak, tanpa gentar atau pilih kasih, dan semua kes dilayan dengan adil.
Siew berkata ujian DNA tidak dijalankan di HKL tetapi di Jabatan Kimia. Siew juga berkata, beliau juga mempunyai sedikit pengetahuan mengenai DNA.
11.10am: Perbicaraan disambung.
10.52am: Pembelaan memohon tempoh rehat selama 10 minit apabila Karpal yang mengetuai pasukan itu mula memasuki mahkamah.
Hakim membenarkan permohonan itu.
10.39am: Siew membacakan laporan Hospital Pusrawi yang menyatakan anus Saiful dalam keadaan sakit selama dua hari.
Doktor Hospital itu telah memasukkan proktoskop ke dalam anus Saiful dan mendapati tiada koyakan, kecederaan atau discaj.
Siew mengakui beliau hanya menyaksikan jumlah kes serangan seksual yang sedikit berbanding standard antarabangsa. Beliau telah menguruskan 20 kes liwat dan kurang daripada 100 kes rogol sejak tahun 2000.
10.27am: Siew diberikan satu laporan daripada doktor Hospital Pusrawi.
Laporan itu antara lain menyebut mengenai "kesakitan dalam anus."
Pesakit yang dinyatakan dalam laporan itu didakwa telah disakiti dengan tindakan memasukkan plastik ke dalam anusnya, kata Siew lagi yang membacakan laporan berkenaan.
Ketika ditanya oleh pembelaan, Siew bersetuju bahawa kesakitan dalam anus itu mungkin kesan daripada trauma.
Saksi berkenaan berkata, beliau telah memeriksa Saiful sekitar jam 9.12 malam dan Saiful kelihatan tenang.
Sankara berkata, jika pesakit berada dalam kesakitan, proktoskop mungkin tidak akan dimasukkan ke dalam anus.
10.20am: Soalan yang dikemukakan Sankara itu dibantah oleh Mohd Yusof (kanan) dengan alasan, pembelaan bertanya perkara yang tidak diketahui oleh saksi.
Siew sebelum itu turut memberitahu mahkamah bahawa seorang doktor bernama Dr Suresh turut memeriksa Saiful.
Hakim mengenepikan bantahan oleh Mohd Yusof dan membenarkan pembelaan untuk meneruskan soal balas.
10.13am: Siew berkata, Saiful berkunjung ke klinik pesakit luar di HKL dan dirujuk ke unit kemalangan dan kecemasan. Selepas itu, Saiful dirujuk ke pusat krisis sehenti di hospital berkenaan, kata Siew.
Saiful tiba di hospital itu pada jam 6 petang, 28 Jun 2008 dan beliau hanya diperiksa pada jam 10 malam. Sankara bertanya, apakah yang berlaku dalam tempoh itu?
10.02am: Ketika ditanya berhubung latar belakang kesihatan Saiful, Siew berkata Saiful telah diliwat oleh seorang VIP sebanyak lapan kali.
Siew seterusnya diminta menjelaskan mengapakah beliau gagal bertanya sepenuhnya berhubung latar belakang kesihatan Saiful.
9.50am: Siew berkata borang yang digunakan mempunyai gambarajah termasuk kemaluan dan bahagian lain tubuh wanita. Justeru, ia tidak sesuai untuk kes liwat.
Katanya, seorang lagi doktor telah membantunya mengisi borang pro-forma itu.
"Juga pegawai penyiasat Jude Pereira mengisikan satu halaman (borang itu)," kata Siew.
9.48am: Siew (kiri) berkata tidak ada borang pro-forma yang spesifik untuk kes liwat. "Hanya sekarang, baru ada."
Pertengkaran mulut berlaku antara saksi dan Sankara.
Siew berkata dia tidak mengisi halaman 4 borang itu kerana ia membabitkan mangsa yang dirogol dan memerlukan persetujuan mangsa.
9.43am: Sankara memulakan soal balas dengan bertanya kepada Siew mengenai borang pro-forma.
Doktor HKL itu menjawab beliau mengisi halaman 3, 5 dan 6 dokumen itu dan borang itu adalah untuk mangsa yang dirogol.
"Tidak ada borang pro-forma spesifik untuk kes liwat di HKL," kata Siew.
9.41am: Perbicaraan dimulakan tanpa kehadiran Karpal.
Ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng tampil sebagai saksi. Peguam Sankara Nair ditugaskan menyoal balas.
Seorang perwakilan dari pejabat kedutaan Amerika Syarikat tiba.
9.37am: Perbicaraan masih belum dimulakan kerana menunggu ketibaan Karpal yang dipercayai masih berada di inkuiri Suruhanjaya Diraja Teoh.
Jurubahasa mahkamah telah dua kali bertanyakan bila Karpal akan hadir.
9.07am: Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan peguam Param Cumaraswamy dan Sankara Nair (kanan) supaya hakim menunggu selama 10 minit lagi bagi membolehkan Karpal turut serta dalam perbicaraan.
"Dia ada sekitar ini dan dijadualkan meneruskan soal balas kerana ini adalah bahagiannya,” kata Param.
Difahamkan, Karpal berada di mahkamah berasingan bagi mengikuti inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Teoh Beng Hock.
9.05am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Mohd Zabidin mengambil tempatnya.
Peguam Karpal Singh masih belum tiba, Galeri awam agak penuh dengan kehadiran kira-kira 70 orang.
9.01am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masuk dan bersalaman dengan orang ramai.
Juga berada di galeri awam adalah ahli parlimen Machang yang juga setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.
8.41am: Peguam Sankara Nair tiba dengan ahli patologi Australian, Dr David Wells, yang ditugaskan membantu pihak pembelaan.
8.39am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama puluhan penyokongnya.
Turut berada di mahkamah adalah bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad dari PAS.
Tidak ramai wartawan, khususnya dari media berbahasa Cina, yang hadir bagi membuat liputan hari ini.
8.35am: Tidak ramai orang di mahkamah setakat ini. Ini mungkin kerana Diasatan Diraja mengenai kes Teoh bermula hari ini juga diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.Wartawan dan orang ramai dibenarkan masuk ke mahkamah. Pihak pendakawaan diketuai oleh Peguam Cara II Negara, DatukMohd Yusof Zainal Abiden yang masuk melalui pintu yang berasingan.
8.29am: Pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapanya, Mohd Lazim berada di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kuku besi
Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.
"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.
Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.
"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.
Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .
Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.
Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.