Musibah!!! (Video & Gambar2) Gempa Bumi Di Acheh Kelmarin: 22 maut, 210 cedera Dilapor.. Jom Terjah!!!


JAKARTA - Gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter di daerah Bener Meriah, yang menggegarkan Aceh pada petang Selasa, telah mengorbankan 22 nyawa, mencederakan 210 orang serta memusnahkan ribuan bangunan dan rumah penduduk.
Laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyebut bahawa 12 orang maut di daerah Bener Meriah manakala 10 orang mati di Aceh Tengah.

LIVE Sidang Dewan Rakyat ke 13.. Jom Ikuti


MP Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mendakwa Universiti Malaya (UM) melakukan penstrukturan semula fakulti yang menyebabkan Akademi Pengajian Islam diturunkan taraf.

Katanya, akademi berkenaan kini diletakkan di bawah Fakulti Kesenian, Kemanusiaan dan Sains Sosial yang didakwa memperkecilkan disiplin pengajian Islam di universiti tertua di Malaysia itu.

"(Universiti) yang melahirkan ramai ulama pelbagai bidang, menjadi pensyarah, hakim, kadi, mufti dan sebagainya. Maka tidak layak pengajian Islam diperkecilkan seumpama itu.

Terkini!!! TG Nik Aziz Selepas Tidak Bergelar Menteri Besar.. Auranya Terlalu Hebat, Jom Terjah!!!

KOTA BHARU: Kunjungan masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an.

Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.

Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.

“Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.

Hangat!!! SEMINAR PEMIKIRAN USTAZ FADZIL NOOR (Syiah, Lawan Ulama’, Pemberontak, Tunjuk Pandai ).. Jom Terjah!!



1. Alhamdulillah, Seminar Pemikiran UFN telah berjaya dilangsungkan pada 29 Jun 2013 yang lalu di Starcity Hotel, Alor Setar Kedah, seminar telah disertai oleh hampir 300 orang peserta dari seluruh Negara yang terdiri dari kalangan pimpinan PAS kawasan dan juga pimpinan dari parti sahabat seperti Dato’ Saifuddin Nasution dan YB Saiful Izham Ramli dari PKR. Seminar turut disertai oleh para mahasiswa dan pengkaji politik. 

Pendeknya, khalayak peserta seminar pelbagai, bermula dari pengkagum UFN seperti Hj Ramli Sg Baru sampailah pimpinan pusat yang hadir sebagai pembentang dan terus istiqamah sebagai peserta seminar menimba pelbagai mutiara ilmu yang diceduk dari pemikiran UFN. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.