Terkini! Langsung Ucapan TG Datuk Nik Aziz Nik Mat - Telah Umumkan Sdra Hassanuddin Salim Calon PAS Dun Kerdau

TG Nik Aziz telah selesai mengumumkan calon PAS bagi PRK Kerdau, Sdra Hassanuddin Salim, Ketua Penerangan PAS Pahang

mtugd.jpg
Calon PAS Bersama Pimpinanan PR Pahang

TEMERLOH, 24 Feb: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari




Siaran Langsung Ceramah

Pengumuman Calon Dun Kerdau

Hujan Mencurah2 Di Tapak ceramah

Hangat!! Model Dan Selebriti Terkenal Memeluk Islam Dengan Nama Baru Dahlia Eleanor Iking

Ini adalah berita terkini yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.

Menurut satu sumber Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.

Sumber yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!

Jom tengok Biodata

Nama Penuh: Daphne Eleanor Iking

Umur: 29 tahun

Asal: Keningau, Sabah

Etnik: Kadazan

Taraf Pendidikan: Ijazah Sarjana Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, Filem, TV dan Radio (USM)

Pengalaman Kerjaya: Wartawan, Kolumnis, Penerbit Program, Hos TV, Pengacara Majlis, Model dan Pelakon

Suami: Ryan Chong

Anak: Isobel Daniella Iking-Chong

Program TV: Ringgit Sense, Explorace, Wanita Hari Ini, My Australian Adventure, The Breakfast Show MyStarz LG, Celebrity Cookout dan Life As A Celebrity.

Iklan Komersial: Pond’s, Dettol, Airwick Refreshner, Kenny Rogers, Amway Double X, Vitamin C, Vanish Powder, Sony Vaio dan Volvo S80.

PRK DUN Kerdau: Pelik - MB Pahang Akan Bantu PAS Tampal Poster

Apa isu di Kerdau?

Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.

bukit komon gold mine 020306 adnan pc"Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin" katanya.

Adnan berkata BN akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah mereka.

Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab. Selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu "isyarat tangan" yang dianggap lucah yang dikaitkan dengan beliau semasa kempen pilihan raya kecil Sanggang pada tahun 2000, Adnan secara sinis berkata PAS dialu-alukan menggunakan "isu lama" itu.

Secara berseloroh, Adnan berkata beliau sendiri sanggup membantu PAS menampal gambar beliau menunjukkan "isyarat tangan" itu di pokok-pokok sekitar Kerdau.

NONEDalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, BN akan diwakili Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau dan juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang.

Berdasarkan calon BN yang disifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang "bukan sahaja boleh menang tapi cemerlang itu", Syed Ibrahim, dilihat tidak akan menerima "serangan peribadi" daripada parti lawan.

Dalam tinjauan rambang Bernama, beberapa penduduk dan pengundi menyifatkan pemilihan Syed Ibrahim sebagai keputusan terbaik memandangkan beliau bukanlah nama asing bagi penduduk kawasan berkenaan.

Malah beliau dilihat dekat di hati warga peneroka terutamanya di tiga kawasan Felda - Felda Jengka 22, 23, dan 24, yang hampir separuh pengundi di kawasan DUN itu datangnya dari kawasan berkenaan.

Syed Ibrahim sering mengadakan ceramah agama di masjid-masjid di Kerdau sekaligus memperlihatkan beliau seorang yang berkualiti sebagai pemimpin akar umbi.

azlanNaib Ketua Umno Cawangan Kerdau, Abdul Rahman Abdul Rashid, juga menegaskan tiada isu besar di Kerdau kerana kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program pembangunan di situ sejak dahulu lagi.

Beliau berkata semua kampung tradisonal termasuk kawasan Felda mempunyai
rangkaian jalan bertar, balai raya, dewan, masjid dan surau.

Malah, sebuah perkampungan Orang Asli disitu juga telah dibekalkan dengan kemudahan elektrik dan air paip 24 jam.

Mengenai pemilihan Syed Ibrahim, Abdul Rahman berkata ia adalah pilihan tepat kerana Syed Ibrahim mampu menjadi wakil rakyat yang baik untuk membantu penduduk di situ.

Setiausaha PAS Pahang Roslan Zainal berkata sekalipun Kerdau dilihat sebagai kubu kuat BN, PAS yakin akan mendapat sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

"PAS telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan, dan sebahagian besar adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah dan penjawat awam," katanya.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supportersBeliau berkata sekalipun BN beranggapan PAS tidak dapat membangkitkan isu-isu tempatan, parti itu akan mengutarakan beberapa isu nasional untuk menarik pengundi.

"Berdasarkan trend politik sekarang serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan tetap mendapat sokongan pengundi kawasan berkenaan. Apa pun kita tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional," kata Roslan.

Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, daripada BN pada 12 Feb lepas. Dalam pilihan raya umum lepas, beliau menewakan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.

- Bernama

Farah Fauzana, Selebriti Hot FM Akan Akhiri Zaman Bujang, Dilamar Oleh Seorang Guru

[2.jpg]Gambar hiasan

Nak kata mimpi pun tidak, tapi itulah kenyataannya. Pagi tadi, kisah lamaran seorang cikgu terhadap penyampai radio, Fara Fauzana dilakukan secara live di radio. Kisahnya, cikgu tersebut pada mulanya hanya berani menghantar lamaran kepada Fara Fauzana secara SMS. Tapi biasalah, FBI & AG sengaja nak bergurau dengan Fara Fauzana, jadi mereka call balik cikgu tu minta dia lamar Fafau betul-betul.

Cikgu yang bernama Ermy itu menjadi topik perbualan hangat hari ini apabila keberaniannya dilihat sebagai sangat sweet oleh pendengar-pendengar wanita. Ada yang sanggup mencari FB cikgu tersebut, mungkin melamar kot. Kami sudah lihat gambar Cikgu Ermy, orangnya boleh tahan hensem. Tapi kami tidak pasti sama ada dia masih bujang atau tidak.

Rasanya, bukan sekali Fara Fauzana diusik macam ini. Tak lama dulu, penyampai radio HotFm pernah kenenkan Fafau dengan seorang lelaki bernama Jaafar. Dengar cerita, mereka siap keluarbreakfast bersama. Namun tidak pula mereka berdua jatuh cinta, mungkin berkawan je kot.

Adakah Fara Fauzana akan menerima lamaran Cikgu Ermy? Dengar cerita, Fara Fauzana agak memilih orangnya, suka yang Chinese look.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.