Hangat Giler!!! Jom Pi Jepun Dengan Tambang Serendah RM169.00 Sahaja, Bila Lagi Hampa Pakat Nak Pi Melawat Negara Matahari Terbit Nie??? Jom Pi...


KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia kini sedang menganjurkan Jualan Besar-Besaran di kesemua laluan AirAsia dan
AirAsia X dengan bayaran tambang keseluruhan sehala serendah RM19.
Promosi itu diadakan dari 15 Februari hingga 19 Februari dan tempoh perjalanan ialah dari 11 September, 2012 hingga 31 Januari, 2013, demikian menurut AirAsia di dalam kenyataan hari ini.
Tambang meliputi kesemua bayaran sehala dari RM19 ke destinasi domestik seperti Alor Setar, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru manakala penerbangan ke destinasi di Sabah dan Sarawak termasuk Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri sahaja bernilai RM29 sehala.
Syarikat penerbangan itu memaklumkan, penumpang juga boleh terbang ke destinasi popular seperti Bali, Phuket, Singapura dan Bandaraya Ho Chi Minh pada harga dari RM49 dan ke tempat lain seperti Hanoi, Da Nang dan Siem Reap dari RM89.
Sebagai tambahan, tambang ke destinasi termasuk Guangzhou, Hong Kong, Macau, Guilin, Shenzhen dan Colombo ditetapkan dari RM139 sehala.
Sementara itu, AirAsia X menawarkan tambang serendah RM169 sehala ke Jepun (Osaka dan Tokyo) dan China (Hangzhou, Tianjin dan Chengdu) dan RM199 sehala ke Seoul, Taipei dan beberapa destinasi di Australia.
Bagi melengkapi tempahan penerbangan, AirAsiaGo akan turut menawarkan pakej hotel dari serendah RM89

Gambar Panas!!! Wanita Ni Sanggup Dedahkan Payu Dara Demi Nyatakan Bantahan Mereka... Dah Gila Babi Puak2 Nie...

Ini memang kerja bodoh. Di Moscow, beberapa aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom semalam.

Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom. Mereka mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.

Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller.

Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu. Namun, tidak lama kemudian mereka diusir keluar oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom

SUMBER

Azmin Ali Dipanggil Polis Berkaitan Himpunan 901 di Mahkmah Jalan Duta... Kenapa???

KUALA LUMPUR 14 Feb: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali akan dipanggil polis esok untuk disoal siasat berhubung himpunan aman di Mahkamah Jalan Duta,9 Januari lalu, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.



Bagaimanapun, beliau menyifatkan tindakan polis itu bermotifkan politik dan berniat jahat bagi mengganggu serta menakut-nakutkan pimpinan KEADILAN.

“Harus diingat polis sendiri yang bersetuju agar perhimpunan 901 diadakan di hadapan bangunan Mahkamah Jalan Duta. Justeru mengapa diadakan siasatan ini?,” soal beliau.

Semalam, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin disiasat oleh polis di bawah Seksyen 150 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4, Akta Hasutan.

Dalam kenyatannya, Suredran menegaskan Perhimpunan tersebut berlangsung secara aman dan sah mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Penyiasatan berat sebelah ini membuktikan Akta Perhimpunan Aman hanya merupakan sekatan tambahan terhadap hak rakyat untuk berhimpun,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menggesa perdana menteri dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, supaya segera menghentikan siasatan tersebut.



“Polis sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah sebenar, bukannya dibazirkan bagi menekan musuh politik BN. Tindakan terbaru ini membuktikan golongan sosok keras Umno terus berkuasa di dalam kerajaan,” ujar beliau.

Pada 9 Januari lalu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat mengadakan himpunan Aman bagi  memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika hari keputusan perbicaraan Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Polis membenarkan himpunan aman itu dianjurkan dengan meletakkan beberapa syarat, termasuk tidak boleh melebihi 5,000 orang berkumpul di tempat letak kereta di kawasan perkarangan mahkamah berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26546

Zaid diminta undur sebelum bubarkan KITA

Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Kelantan mahu ketuanya Datuk Zaid Ibrahim mengundur diri daripada menerajui parti sebelum membubarkan parti tersebut.

Presiden KITA Kelantan Zakaria Salleh mendakwa kira-kira 4,000 anggota parti itu tidak bersetuju dengan cadangan Zaid (kanan) untuk membubarkan parti itu kerana bertentangan dengan dasar penubuhan parti itu untuk menegakkan keadilan insan dan politik Islam.

"Cadangan pemimpin parti itu seolah-olah mengkhianati amanah pengasas parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Musa Salleh, sebelum (AKIM) ditukar dan didaftarkan semula atas nama baru iaitu KITA," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Wangi, Pasir Tumbuh, dekat Kota Bharu, semalam.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden AKIM, Rosly Mohd Zain.   

Zakaria berkata anggota jawatankuasa parti peringkat negeri akan menghantar memorandum menggesa Zaid melepaskan jawatannya dan membatalkan niat untuk membubarkan parti itu sebelum majlis perjumpaan yang dijadual diadakan di Kota Bharu, 25 Feb ini.  

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.