Gambar2: Jom Lihat Kekayaan Artis Malaysia Di Samping Kenderaan Mewah Mereka


Piala Malaysia : Video2 Jaringan Cantik Malam Tadi - Kedah Tewaskan Sabah, Jaringan Memukau!!! Jom Layan..

Kedah menghidupkan kembali peluang mereka untuk melayakkan diri ke Suku akhir,apabila menewaskan Sabah 1-0 dilaman sendiri.

Dengan kemenangan ini Kedah melonjak ketangga ke-2 Liga bagi Kumpulan A yang dipimpin oleh Perak,Walaubagaimanapun kedah berkongsi mata bersama Sabah iaitu 7 mata yang berada di tempat ketiga,Kedah perlukan kemenangan dan jaringan gol yang besar pada perlawanan terakhir nanti,27 September menentang Perak.Bagi memastikan peluang ke Suku akhir lebih cerah.Ikuti Video perlawanan Kedah menewaskan Sabah dan rangkuman Video perlawanan pasukan divenue yang lain .

Video PKNS [ 0 ] – [ 1 ] Terengganu

Video T-Team [ 1 ] – [ 1 ] K.Lumpur

Video Johor FC [ 1 ] – [ 1 ] Kelantan

Kredit Video : sokernet.com

Sah PM Najib Tolak Hudud Untuk Diamalkan Di Malaysia : Apa Maksud ‘Bahagian Yang Keterlaluan Ditolak Ke Tepi’

KA

MPAR: Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.

Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.

"Jika kita bertanya kepada golongan ulama, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya kita tidak mengambilkira keadaan persekitaran dan realiti.

"Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tanjung Tualang 1Malaysia di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan.

Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.

"Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.