Jangkitan Kuman: MP Kuala Nerus dirawat di HSNZ


KUALA TERENGGANU 21 Feb. - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ketika ditemui pemberita di hospital itu hari ini, katanya beliau dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lepas setelah berasa tidak sihat semasa sedang bercuti dengan keluarganya di Pulau Kapas dan mendapatkan rawatan awal di klinik berdekatan.

"Saya dinasihatkan doktor supaya segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini kesihatan saya berada dalam keadaan baik dan stabil,” katanya yang ditemani isteri Datin Sabariah Mohd Yusof.

Terdahulu, beliau dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Datuk Abdul Rahin Mohd Said. - Bernama

Dituduh Derhaka & Pengkhianat: Bang PA sayu


KOTA BAHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini meluahkan rasa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.

"Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga jabatan-jabatan persekutuan di sini.

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.

Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini.

"Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Mustapa diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut.

Mustapa menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat.

Mengulas mengenai surat layang yang memburuk-burukkan veteran Umno dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana menggunakan platform pembangkang untuk menyuarakan pandangan berhubung isu royalti minyak, Mustapa berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tidak bersetuju kerana memang terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tetapi ia boleh dibincang dan diperdebatkan melalui fakta sebenar," katanya.

Terdahulu pada majlis itu Mustapa menyerahkan cek bernilai RM800,000 kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mat Zin bagi tujuan membayar elaun imam dan kakitangan masjid di negeri itu. - BERNAMA

MB Kedah: Rasmi Mini Karnival Daerah Yan



Mini karnival Kedah sejahtera peringkat Daerah Yan 2010 yang berlangsung selama dua hari dirasmikan oleh Yab DS Mb pagi tadi.

Program sambutan itu dipenuhi dengan berbagai aturcara yang melibatkan jabatan/agensi kerajaan dan penglibatan secara langsung penduduk Daerah Yan seperti pertandingan gubahan bunga,pertandingan layang-layang, persembahan kesenian Islam dan sepak raga timbang.

Malam esok akan diadakan forum perdana yang akan membariskan ahli panel terkenal seperti Dato Mufti Kedah dan Dekan Kuliah Syariah KUIN.

GAMBAR-GAMBAR AKAN MENYUSUL

Jom Pakat Pi Ramai-Ramai. Orang Sedaka takkan lepas peluang.

KIAMAT HAMPIR TIBA: BERSEDIAKAH KITA??



Bismillahirrahmanirrahim…
Untuk renungan kita bersama…

Sudahkah sahabat-sahabat membaca akhbar pada hari ini? Tidak takutkah dengan apa yang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah telah memberitahu tentang detail apa yg akan berlaku di akhir zaman sebelum qiamat…Cuma kita yg tak mahu atau sekadar memandang remeh-temeh terhadap hadis-hadisnya…. DABIK DADA SAHAJA SEBAGAI MUSLIM…tp apa buktinya..??? JANGAN TUNGGU LAGI..AJAL DATANG SEKELIP MATA..

********************************************
Sabda Rasulluah S.A.W:
‘’sesungguahnya ada sebahagian drpd umatku yg akan minum arak dan mereka menamakannya dgn nama lain(bukan arak).(mereka meminumnya)sambil di alunkan dengan muzin dan suara artis.Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi)dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati) . (Hadis Riawayat Ibnu Majjah)

*********************************************
Drpd Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda:
‘’sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,berlaku banyak kematian manusia secara mendadak’’ (Hadis riwayat Thabani)

******************************************
Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

******************************************
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja (SUDAH ADA)
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan (SUDAH ADA)
3. Zakat dijadikan hutang (SUDAH ADA)
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) (SUDAH ADA)
5. Anak derhaka terhadap ibunya (SUDAH ADA)
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. (SUDAH ADA)
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya (SUDAH ADA)
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. (SUDAH ADA)
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
( SUDAH MULA DIPILIH)
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. (SUDAH ADA)
11. Arak sudah diminum secara berleluasa. (SUDAH ADA)
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) (SUDAH ADA)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung. (SUDAH ADA)
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan. (SUDAH ADA)
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu) (SUDAH MULA KEDENGARAN)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

WALLAHUA'LAM......

Anwar: Kita baik sikit dari Burma & Zimbabwe



Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

Bantulah Mangsa Kebakaran: TGNA



MACHANG, 21 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa hampir 40 minit melawat tapak kebakaran yang membabitkan 20 buah rumah kedai dan kediaman, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam Sabtu itu, dianggarkan sebanyak RM1 juta musnah apabila kedai yang penuh bersejarah serta identiti Pulai Chondong itu hangus terbakar.

Dalam kejadian terbesar yang melanda negeri Kelantan awal tahun ini, kerajaan negeri menyumbangkan sebanyak RM1,500 kepada setiap mangsa, sebagai sumbangan pertama untuk mereka.

Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri oleh Tuan Guru dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa di Pasar Pulai Chondong.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis ringkas itu menyeru jiran tetangga supaya membantu rakan-rakan mangsa kebakaran penuh keikhlasan sebagai cara meringankan bebanan mereka.

Menurutnya, bencana tersebut ujian Allah dan semua mangsa harus menerima dengan hati yang tabah.

“Sikap cakna ini sedikat sebanyak dapat meringankan kesusahan mangsa sama ada dari segi fizikal atau mental mereka.

“Yang tinggal berdekatan tolong bantu dan berikhtiar dan saya ucapkan takziahlah kepada semua mangsa kebakaran,”ujarnya.

Di antara kedai yang terlibat dalam kebakaran itu, sebahagiannya kedai emas dan kedai borong.

Mercun: Kota Purba di Cina Musnah Terbakar



DUA anggota bomba bekerja keras memadam api yang memusnahkan menara purba di Zhengding.



BEIJING - Sebuah menara lama yang menjadi pintu pagar kepada sebuah kota purba di bandar Zhengding, wilayah Hebei musnah dalam kebakaran dipercayai akibat mercun yang menyebabkan kerugian sehingga sejuta yuan (RM498,000).

Kejadian itu berjaya dikawal pihak bomba awal pagi semalam manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang empat jam kebakaran besar tersebut berlaku, kata agensi berita rasmi Xinhua yang dipetik akhbar China Daily.

Pihak berkuasa tempatan berkata, siasatan awal menunjukkan api bermula daripada tempias api mercun namun, ia tidak menyebut pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemusnahan dahsyat menara tua berusia lebih 1,600 tahun itu.

Sejumlah 90 kes kebakaran akibat mercun direkodkan antara menjelang sambutan Tahun Baru Cina sehingga seminggu perayaan itu berlangsung di seluruh Beijing dan mengakibatkan 347 mangsa mengalami kecederaan. – Agensi

Touch N Go dikuasai oleh CIMB



CIMB Group Holding Bhd. (CIMB) yang Ketua Eksukutif Kumpulannya ialah Datuk Seri Nazir Razak semalam memeterai perjanjian jual beli dengan UEM Group Bhd. dan UEM Builders Bhd. untuk menguasai 32.22 peratus kepentingan Touch 'n Go Sdn. Bhd. dengan harga RM53.8 juta.

Urus niaga pembelian itu dilakukan melalui CIMN SI 1 Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan CIMB.

Kumpulan CIMB dalam kenyataannya di sini berkata, apabila urus niaga itu selesai, Kumpulan CIMB akan menyaksikan pegangannya dalam Touch 'n Go meningkat daripada 20 peratus kepada 52.22 peratus, sekali gus pemegang saham utama dalam syarikat tersebut.

Pada masa yang sama, UEM Group akan mengekalkan pegangan 20 peratus dalam Touch 'n Go manakala MTD Capital Bhd. pula akan menguasai bakinya 27.78 peratus.

Touch 'n Go merupakan syarikat yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembayaran tambang menerusi kad prabayar e-payment.

Sehingga kini Touch 'n Go merupakan pengendali sistem bayaran tol elektronik di lebuh raya di Malaysia dan turut dikenali sebagai sistem tiket biasa untuk sebahagian besar pengangkutan awam di Lembah Klang.

Touch 'n Go mencatat keuntungan bersih RM15.6 juta pada tahun kewangan 31 Disember 2009.

Nazir berkata, keupayaan Touch 'n Go saling melengkapi perniagaan Kumpulan CIMB.

"Touch 'n Go merupakan platform pembayaran berjaya dan merupakan jenama yang kukuh.

" Minat yang ditunjukkan terhadap Touch 'n Go akan mewujudkan sinergi antara Touch 'n Go dan aktiviti-aktiviti perbankan Kumpulan CIMB,'' katanya dalam kenyataan.

Kumpulan CIMB menjangkakan urusan jual beli itu akan selesai dalam suku pertama 2010.

BNM tengok sat: : Wang RM50 Baru Tak Berkualiti



Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru. Seorang jurutera di PJ,Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh.

Apa yang mengejutkan ialah wang rm50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah hilang sekelip mata.


Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM50 baru telah hilang gambar cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.

wang RM50 tidak tahan @ isu hangat



Manakala wang RM50 lama dan RM10 yang turut tercuci tidak rosak sama sekali.

Jika wang RM50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa tidak wang RM50 baru , yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah di upgrade versinya?

Post asal: http://www.isuhangat.net

PAS POKOK SENA: KARNIVAL KEDAH SEJAHTERA

Piala FA: Nasib menyebelahi Kedah ke Suku Akhir

FINALIS musim lalu, Kelantan ditunjukkan jalan keluar oleh Kedah yang mara ke suku akhir selepas seri 1-1 di tempat sendiri dalam perlawanan kedua pusingan dua Piala FA, semalam.

Selepas perlawanan pertama berakhir seri tanpa jaringan di Alor Setar, Selasa lalu, perkara yang dibimbangi Kelantan menjadi kenyataan apabila jaringan penyamaan Badrol Bakhtiar pada minit ke-74 menafikan kelebihan gol pendahuluan Indra Putra Mahayuddin hasil hantaran silang S Chanturu pada minit ke-71.

Menyedari keputusan seri tidak mencukupi, Kelantan terus mengasak mencari gol penyamaan, namun hasrat mereka tidak kesampaian, dengan The Red Warriors tersingkir berdasarkan gol di tempat lawan.

Kedal bakal bertemu Angkatan Tentera di Suku Akhir nanti

Banjir Besar & Tanah Runtuh Melanda Portugal



Banjir di Madeira

LISABON, Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat mengakibatkan sekurang-kurang 25 orang terkorban di Pulau Madeira, kata Menteri Dalam Negeri Portugal Rui Pereira.

"Angka tentang jumlah mangsa yang terkorban diterima mencapai sekurang-kurangnya 25 orang," kata Pereira ketika ia akan berangkat ke pulau yang banyak dikunjungi pelancong di kawasan Atlantik itu.

Pulau Madeira terletak sekitar 1.000 km sebelah baratdaya kota Lisabon.

Televisyen negara itu melaporkan arus air yang deras dan membawa lumpur ke jalan-jalan Funchal, ibu kota Madeira. Sejumlah kenderaan terbalik dan pokok-pokok tumbang.

Lebih 60 orang dirawat di hospital, demikian lapor pejabat berita Portugal.

Setakat ini belum jelas sama ada pelancong turut menjadi mangsa korban dalam bencana tersebut.

Perdana Menteri Jose Socrates mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas musibah yang terjadi di Madeira dan pihak penguasa berjanji akan menyediakan bantuan bagi kawasan otonomi itu.

Fathima Lienberg Bangga menjadi Muslim Solehah


Nama saya Fathima Lienberg, seorang wanita kulit putih yang memeluk Islam pada tahun 1995. Saya sangat bangga bisa mengatakan: Saya seorang Muslim! Saya masuk Islam bukan kerana anak lelaki saya. Bagi saya itu adalah perjuangan yang panjang dan berat, karena harus mengorbankan pekerjaan, teman, dan keluarga.

Sebelum memeluk Islam, saya adalah seorang Kristen yang sangat taat, pengikut Gereja Pantekosta. Saya biasa memungut anak-anak jalanan lalu membawa mereka ke gereja dan sekolah minggu. Kehidupan saya hanya berkutat seputar membaca dan mempelajari Bibel. Hingga satu hari, anak laki-laki saya bercerita tentang Islam.

Suatu hari, ia datang dan berkata, “Ibu, mengapa ibu tidak menjadi seorang Muslim saja?”

Saya sangat terkejut sekali mendengarnya dan langsung mengatakan, “Tidak akan pernah.”

Lalu anak lelaki saya berkata, “Ibu, Islam itu agama yang murni dan bersih. Mereka solat lima kali sehari.”

Saya kemudian memutuskan akan membaca buku-buku dan terjemahan Al-Quran. Semakin saya baca Al-Quran, semakin saya yakin Islam adalah agama yang tepat untuk saya. Saya pun berpaling ke Allah, dan akhirnya menemukan kedamaian dan ketenangan.

Saya menyembunyikan tentang keislaman ini dari keluarga, hingga satu hari saya putuskan untuk menelepon saudara laki-laki saya.

Ia sangat terkejut, karena kami adalah keluarga Kristen yang sangat taat dan alim. Saya adalah satu-satunya yang pindah memeluk Islam. Keluarga menelepon dan mengatakan agar saya tidak perlu menghubungi mereka lagi, karena saya bukan lagi bagian dari keluarga. Saya sangat mencintai mereka dan merindukannya, tapi saya tahu satu saat pasti akan bertemu kembali. Insya Allah.

Saya sangat gembira ketika mendapatkan ‘kartu identitas Muslim’, rasanya seperti berdiri di atas atap tertinggi dan berteriak, “Saya seorang Muslim.” Saya kehilangan keluarga, tapi saya memperoleh keluarga baru dalam Islam.

Keluarga saya, umat Islam, sangat mengagumkan. Saya sulit untuk mengungkapkannya. Saya ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada keluarga Fakhruddin. Saya mencintai kalian, yang telah memperlakukan saya layaknya keluarga sendiri. Semoga Allah membalas semua kebaikan kalian.

Semoga Allah membalas kebaikan Appa Tasneem. Ketika saya berada di Madrasahmu bersama anak-anak kecil, rasanya seperti dikelilingi malaikat kecil di surga. Saya sangat gembira, karena Allah Ta’ala memilih saya untuk menjadi seorang Muslim.

Saya langsung memakai hijab begitu memeluk Islam, dan tidak akan pernah menanggalkannya. Harapan saya hanyalah bisa pergi ke Mekah, meskipun saya ragu apakah mungkin bisa. Tapi insya Allah, satu hari Allah akan memampukan saya pergi ke sana. Setiap kali saya ingin dekat dengan Allah, maka saya melakukan sunnah-sunnah yang diajarkan Nabi kita tercinta Shalallahu Alaihi Wasallam.

Kertas-kertas tidak akan cukup untuk menceritakan apa yang ingin saya ungkapkan tentang Islam. Saya berterima kasih pada keluarga Kazi, dan para ulama di Jamiatul Ulama serta saudara kita Ahmad Deedat.

Islam adalah pedoman hidup. Islam artinya kedamaian dan Muslim adalah orang yang mencari kedamaian dengan cara beribadah pada Allah Ta’ala.

Bukanlah hal yang mudah bagi saya, seorang wanita Muslim kulit putih yang hidup di antara umat Kristen. Tapi, saya tegakkan kepala ini dan sangat bangga menjadi seorang Muslim. Jadi saudara-saudaraku semua yang dilahirkan sebagai Muslim, namun belum menjadi Muslim yang taat, maka masih ada kesempatan. Mulailah sejak esok atau mungkin malam ini, tegakkanlah kepala-kepala kalian dan tunjukkan pada dunia, bahwa kalian bangga menjadi orang Muslim

sumber :www.toturnislam.com

Runtuhan Menara Masjid: Mangsa terakhir dikeluarkan

INNA LILLAHI WAINNA ILAI RAJIUN....


RABAT 21 Feb. - Pasukan penyelamat semalam mengeluarkan mangsa terakhir daripada lebih 40 jemaah tertimbus yang meninggal dunia selepas menara masjid Maghribi berusia 400 tahun runtuh, lapor sumber rasmi.

“Pihak berkuasa menghentikan operasi menyelamat dan sudah membersihkan runtuhan. Mayat terakhir dikeluarkan awal hari ini (semalam)," kata ahli Parlimen Abdallah Bouanou kepada Reuters dari tempat kejadian.

Beliau memberitahu, jumlah yang terbunuh adalah 41 orang dan 86 orang cedera.

Menara Masjid Lalla Khenata berhampiran Meknes runtuh ketika solat Jumaat, menyebabkan kebanyakan daripada 300 jemaah yang berada di situ tertimbus.

Penduduk yang marah dengan kejadian itu menuduh pihak berkuasa tidak mempedulikan amaran awal berhubung keadaan masjid yang usang dan lambat menjalankan operasi menyelamat.

“Kedengaran seorang lelaki muda meminta tolong semalam (kelmarin) tetapi hanya dikeluarkan pagi ini (semalam), kata Bouanou.

Bagaimanapun, Komander Pertahanan Awam, Alaoui Ismaili, berkata, operasi perlahan itu berpunca daripada keadaan jalan yang sempit, yang menghalang peralatan berat dibawa masuk.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali Mohamed berkata, penduduk sudah berulang kali memberitahu pihak berkuasa bahawa terdapat rekahan besar di dinding dan menara itu bergerak sedikit tetapi mereka tidak mempedulikan amaran berkenaan.

“Kami percayakan Allah dan apa yang berlaku ini sudah ditakdirkan kepada kami tetapi nyawa mangsa yang meninggal dunia boleh diselamatkan jika pihak berkuasa mengambil berat amaran dikeluarkan,” kata seorang penduduk lain yang hanya mahu dikenali sebagai Zouhaier.

Walaupun media tempatan mengatakan runtuhan itu disebabkan hujan lebat, pegawai kanan di situ berkata ia mungkin ekoran faktor lain kerana cuaca di Meknes kelihatan agak baik. - Reuters

AKTIVITI BULAN MAULUD DI SEKOLAH PAK YA


AKTIVITI YANG BAKAL DIJALANKAN DI SEKOLAH PAK YA
Perarakan Maulidur Rasul bakal diadakan pada 1 Mac 2010 jam 8.00 pg dari Taufikiah melalui rumah MB Kedah di Sg Limau dan patah balik ke Taufikiah, masyarakat Islam dijemput untuk memeriahkan majlis.


Selain itu Ceramah oleh Tuan Haji Mohammad Sabu dan A. Samad Said turut diadakan pada 10 Mac 2010. Masa: jam 9.00 malam, bertempat di Dataran Sekolah Taufikiah (Pondok Pak Ya), Bt 16, Padang Lumat Guar Chempedak.

Pada keesokkannya Majlis Kenduri Aqiqah bermula 9.00 pagi. Turut diadakan Mesyuarat PIBG yang bakal disempurnakan perasmiannya oleh Sohibul Samahah Dato'Mufti Kerajaan Negeri Kedah. Para waris dan dan bekas pelajar serta penduduk setempat dijemput hadir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.