Panas!!! PAS Kedah Tengah Kalut Sangat2 Nie... Perlukan Talian Hayat Untuk Terus Memerintah Kedah, Benarkah?

 
 
ALOR SETAR: Dakwaan kemelut dalaman PAS Kedah sebagaimana pendedahan oleh pihak media hakikatnya tidak semua benar bahkan segala andaian belum tentu akan berlaku, demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujarnya, Pemuda PAS Kedah yakin Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak akan menyelesaikan perkara yang cuba digembar-gemburkan media itu dengan baik dan bijaksana.

“Saya minta semua ahli PAS dan rakyat bertenang serta tidak mudah menerima setiap perkara yang diperbesar-besarkan media,” ujarnya ketika diminta Harakah mengulas desas desus tersebut.

Tegas beliau, Pemuda PAS Kedah berdiri teguh di belakang kepimpinan Ustaz Azizan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Media arus perdana kebelakangan ini giat memberikan gambaran negatif kepada Kedah dengan terbaru membuat dakwaan kononnya PAS Kedah sedang bergolak, berkrisis dan berkemelut menjelang angkat sumpah jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 28 Februari ini.

Inilah Nasib Sang Ayah Bila Anak2 Menjadi Anak Derhaka...

JOHOR BAHRU: Amat menyedihkan apabila lima anak seorang warga emas hanya ‘meminjam’ ayah mereka beberapa jam bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum lelaki berusia 75 tahun itu dipulangkan semula ke rumah kebajikan.

Ketika mahu mengambil ayah mereka dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, di sini, pertengahan bulan lalu, dua anaknya bersungguh-sungguh memberitahu mereka dan adik-beradik lain sudah insaf.

Justeru, mereka meyakinkan pengurus pusat kebajikan itu, Norijah Bidin, bahawa warga emas yang mesra dengan panggilan Wak itu mereka jaga dengan baik.
AMBIL BERAT...Norijah melayan Wak di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam, mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.

“Apabila ditanya, kelima-lima mereka memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga,” kata Norijah. Sumber | Hmetro

Banyak Video: Majlis Pernikahan Yusri Dan Lisa Surihani




Majlis pernikahan Yusri dan Lisa telah berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.Lisa Surihani menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin manakala nilai wang hantaran dirahsiakan.

Jom kita layan video pula



Tepat jam 9.05pm,dengan sekali lafaz saja mereka sah menjadi suami isteri..
Jom kita tengok video seterusnya..




Berseri-seri wajah Lisa Surihani, jom kita tengok lagi...




Kacak dan segak Yusri, maklumlah sang puteri idaman kini telah sah jadi miliknya..
next video...




Majlis ini nampak penuh dengan istiadat Melayu. Bangga melihat mereka berdua telah disatukan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.