KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad
(FGV) Tan Sri Mohd Isa Samad dan isteri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pihaknya akan memanggil Mohd Isa tidak lama lagi, namun tidak memberi jangka masa tertentu.