Inilah Gaun Pendek Yang Tidak Seksi? Nana Makin Berani Demi Menaikkan Nama.

Penampilan terbaru Nana yang lebih berani menjadi buah mulut ramai pihak.

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana Alias, 26, menegaskan penampilan barunya yang memakai gaun pendek di majlis parti Eh! yang diadakan baru-baru ini tidaklah terlalu seksi seperi yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurut Siti Nurdiana atau lebih selesa dipanggil Nana, penampilannya yang mengenakan gaun rekaan Hani Suraya itu sebagai tanda pembaharuan diri serta kemunculan baru dalam industri seni setelah lama menyepi.

"Sebenarnya saya tak rasa pun gaun itu seksi. Mungkin orang tidak pernah melihat saya berpakaian begitu, sebab itulah ramai yang terkejut sedangkan saya memakai gaun seperti itu mengikut kesesuaian majlis. Lagipun inilah kali pertama saya memakai gaun pendek di depan khalayak.

"Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.

"Penampilan baru ini juga merupakan imej sempena dengan keluaran single lagu terbaru saya yang berjudul 'Tak Tahan'. Apapun, saya tak kisah dengan tanggapan orang kerana mereka mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan saya terima itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Imej Nana sebelum ini.

Beritahu Nana, pembaharuan bukan sahaja dilakukan terhadap imejnya malah muzik yang dibawakan turut berbeza berbanding nyanyiannya dulu yang kini tampil dengan muzik alternatif rock dalam lagu barunya itu.

"Lagu 'Tak Tahan' adalah projek solo pertama saya setelah dua tahun menyepi dan saya tampilkan muzik yang lain kepada peminat-peminat.

"Kalau saya tampilkan lagu baru dengan konsep balada seperti dulu, orang akan tahu lagu tersebut saya yang nyanyi. Jadi saya nak ubah pandangan masayarakat bahawa saya juga mampu membawa muzik berbeza genre," ujar anak kelahiran Negeri Sembilan itu.

Sementara itu, Nana berkata dia telahpun berhenti kerja sebagai Kaunselor Pelajaran di City Universiti Kolej, Petaling Jaya, Selangor, kerana ingin memberi fokus pada karier seninya.

"Sebenarnya bila dah biasa bergelar anak seni, agak sukar untuk saya bekerja mengikut waktu pejabat. Bila ada apa-apa sesi fotografi, susah saya nak ambil cuti.

"Tambah pula sekarang ini saya perlu fokus dengan single baru saya dan kemudiannya album terbaru pula. jadi saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan naikkan karier saya semula sebaik mungkin.

"Sekarang ini saya juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan. Buat masa ini saya baru sahaja habis sesi penggambaran bagi telefilem Nenas Dan Ikanku dan sebelum ini pula, saya berlakon bagi drama Aku Budak Minang 2.

"Sekarang ini fokus saya ialah saya mahu menaikkan nama saya semula tidak kira dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan seni. Maklumlah saya dah tak bekerja lagi. Jadi kena kerja kuat demi anak," akhirinya.

APCO - 6 MP Digantung...

Usul tergempar untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini.

Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1).

opposition walkout parliament 081210 argueSpeaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata keputusan jawatankuasa itu belum dibentangkan di Dewan rakyat, justeru usul itu tidak perlu disegerakan.

Berikutan penolakkan usul itu, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan dewan dalam protes.

Azmin sebelum itu membidas Pandikar Amin kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.

opposition walkout parliament 081210 anwarBoleh dibeli

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin ketika meminta penjelasan dari mengapa usulnya berhubung tindakan jawatankuasa itu ditolak.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan.

Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras.

"Bagaimana jawatankuasa boleh mengatakan bukti dan saksi yang akan dipanggil tidak berkaitan tanpa melihat atau mendengarnya terlebih dahulu?" soal Azmin.

Dalam perkembangan yang sama, speaker sekali lagi dibidas kerana enggan berundur dan memberi laluan kepada timbalannya untuk mendengar hujah Azmin.

opposition walkout parliament 081210 pc 02Karpal Singh berkata Pandikar Amin tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

"Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal.

Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Beliau sebaliknya mengarahkan sidang diteruskan tetapi tidak berjaya kerana ahli-ahli parlimen terus bertikam lidah.

Enam digantung

Akibatnya, Pandikar menggantung enam ahli parilimen Pakatan rakyat yang terus berdiri sehingga Dewan Rakyat bersidang semula selepas makan tengahari pada jam 2.30 petang.

opposition walkout parliament 081210 02Mereka yang digantung itu adalah Azmin, Tian Chua (PKR-Batu), Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan Khalid Samad (PKR-Shah Alam).

Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, didakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

azlanPada 3 Disember lalu, ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh - yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.

Berikutan itu, beliau dan seorang lagi anggota - ahli parlimen PKR Subang Jaya bertindak meninggalkan mesyuarat dalam protes.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.