AJAIB!!! Makcik Raja Dalelah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat Di Laut Andaman Dari Jarak Ketinggian 7 Batu.. Biar Betul, Jom Terjah!!!



Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

Hari Ini Bersejarah!!! PRK Kajang: Tun Mahathir Turun "BERKEMPEN" Selepas 6 Hari MB Ku, Dato' Seri Mukriz Lakukan Kerja Sama.. Jom Terjah!!!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kanan) bersalaman bersama para tetamu ketika hadir pada Majlis Jalinan Mesra Rakyat Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia 
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disifatkan seperti tersilap langkah jika menganggap 'langkah Kajang' yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai laluan kepada pembangkang untuk ke Putrajaya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sia-sia dan menyusahkan rakyat.

Gila Babi!!! Chef Selebriti, Datuk Chef Wan "Persendakan Objek Yang Dikatakan Sebahagian Serpihan #MH370", Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!

Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370

KUALA LUMPUR: Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Al Fatihah!! Inilah Wajah Ahli Kumpulan Nasyid Terkenal Pergi Mengadap Ilahi.. Takziah Buat Keluarga!!!

Bob Firdaus, Ahli Kumpulan Nowseeheart Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Bob dari kumpulan nasyid Nowseeheart atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin di atas pemergian beliau pada jam 12.04 tengah malam tadi.

Allahyarham Bob disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sakit lemah jantung selepas berada di dalam koma petang semalam selain mengalami kondisi terlalu banyak air dalam badan.

Terkini!! #MH370: India Kerah Empat Kapal Perang.. Jom Terjah!!!

Kapal maritim INS Kesari India dalam operasi mencari dan menyelamat pesawa Malaysia Airlines MH370 yang hilang, tiba di pangkalan Port Blair, ibu kota kepulauan Andaman dan Nicobar India pada 17 Mac, 2014. India mengerahkan lagi empat buah kapal perang untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hari ini. – Gambar Reuters, 21 Mac, 2014.
Kapal maritim INS Kesari India dalam operasi mencari dan menyelamat pesawa Malaysia Airlines MH370 yang hilang, tiba di pangkalan Port Blair, ibu kota kepulauan Andaman dan Nicobar India pada 17 Mac, 2014. India mengerahkan lagi empat buah kapal perang untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hari ini. 
Tentera Laut India mengerahkan empat kapal perang - IN Ships Satpura, Sahyadri, Saryu dan Batti Malv di Teluk Benggala, Laut Andaman dan bahagian barat Kepulauan Andaman untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. 

Terkini!!! #MH370 : Dua Objek Di Lautan Hindi Yang Ditemui Satelit Australia Boleh Dipercayai, Kata Menteri.. Jom Terjah!!!

MH370: Kapal Norway sudah tiba, misi SAR hanya boleh bermula pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung dipercayai dapat membantu membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu

Menurut laporan Reuters, kapal berkenaan menghala ke Madagascar dari Melbourne namun mendapat permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk membantu misi mencara objek yang dijumpai melalui satelit empat hari lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.