Langsung PRK Teluk Intan : Tegang Jugak No... Sehingga 12.00 Tgh: Lebih 40.13 % Keluar Mengundi, Jom Terjah!!!


Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Pengundian bagi pilihan raya kecil Teluk Intan bermula di 37 pusat mengundi di kawasan Parlimen ini, selepas dua minggu kempen yang sengit antara calon Gerakan mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon DAP mewakili Pakatan Rakyat.


DAP dijangka mengekalkan kerusi ini melalui calon baharu dalam politik, Dyana Sofya Mohd Daud, yang menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada BN yang juga bekas ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal, demikian ramal MalaysianInsider.

Terkini!!! Doakan Kesihatan TG Presiden PAS Kembali Pulih, Kini Stabil Di Sebuah Hospital Di Istanbul

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Istanbul kerana mengalami sakit dada. Gambar fail The Malaysian Insider.



Ahli dan penyokong PAS di seluruh negara diminta mendoakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sembuh segera selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turki berikutan mengalami sesak nafas semalam.
"Kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS terus berdoa agar kesihatan presiden PAS kembali pulih," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagaimana disiarkan Harakahdaily.
Mahfuz berkata, Hadi mengunjungi Turki atas urusan rasmi untuk bertemu pemimpin kerajaan di sana.

Gempar!!!! Benarkah Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali? Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR: Umum mengetahui pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memfailkan perceraian terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat, kira-kira pukul 9 pagi hari ini (Khamis).

Berita terkini yang memetik laporan MStar Online, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sedih!!! Jenazah Almarhum Sultan Perak selamat dimakamkan

 Almarhum Sultan Perak

KUALA KANGSAR - Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada 6.40 petang.

Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah.
  
Keadaan cuaca mendung dan suasana sedih menyelubungi kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal 1.30 tengah hari.
   

Takziah!!! Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat... Al- Fatihah..

Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah
Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi.

Aduhai!!! Kes Dirogol Lebih 30 Lelaki: 12 Ditahan Setakat Ini - Polis


KOTA BARU: Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi Selasa di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.

Helikopter TUDM Mendarat Cemas Di Padang Sekolah.. Jom Terjah!!!

POKOK SENA 28 Mei - Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas dipercayai akibat masalah teknikal di padang Sekolah Kebangsaan Nawa di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita lanjut menyusul

Gempar!!! (Video) Khairy Jamaluddin "Dilanyak" Cukup2 Angkara Kekalahan Malaysia Dalam Piala Thomas.. Jom Terjah!!!


Bomoh 1Malaysia, Datuk Ibrahim Mohd Zin menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri. 
Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

"Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)"ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Skandal!!! Bahana Hutang RM40 Juta: Sabbaruddin Chik Dedahkan "Kelaku" Menteri, Kontrak Pengerusi Bank Rakyat Tak Disambung, Jom Terjah!!!

Tan Sri Sabbaruddin Chik ditemuramah media di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014. Tan Sri Sabbaruddin Chik ditemuramah media di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara.

Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.


Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.


"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".


Tahniah Ramkarpal... PRK Bukit Gelugor: Keputusannya Terang Lagi Nyata.. Semua Calon Bebas Hilang Deposit.. Jom Terjah!!!

GEORGETOWN - Tiga calon yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor hilang deposit setelah gagal memperolehi satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira malam ini.
 
Mengikut kiraan, undi minimum yang perlu diperolehi calon untuk mengekalkan deposit ialah 5,762 undi.

Calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan yang dikatakan mampu memberi saingan kepada calon DAP, Ramkarpal Singh Deo hanya mendapat 3,583 undi.

Fuhhh!!! DAP Menang Dengan Majoriti Sama di Bukit Gelugor.. Jom Terjah!!!

Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal Singh memperoleh 5,478 undi dengan jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014.Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal Singh memperoleh 5,478 undi dengan jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014.Calon DAP, Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dengan jumlah majoriti hampir sama tahun lepas walaupun jumlah pengundi merosot, menurut keputusan tidak rasmi.
Ketua komunikasi parti, Ng Wei Aik berkata DAP menerima 43,500 undi manakala tiga lagi calon Bebas memperoleh 1,500 undi keseluruhan.
Jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%.

Al-Fatihah: Pelumba Cub Prix Negara, Husni Aizat Terlibat Dalam Kemalangan Dan Meninggal Dunia...


KOTA TINGGI - Pelumba motosikal (Cub Prix) Husni Aizat Abdul Malik, 20, maut selepas terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa menunggang motorsikal jenis Modenass Kriss dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya yang terletak di Felda Air Tawar 1.

Fuhhh!!!! Live Streaming FINAL Thomas Cup 2014: Malaysia vs Japan... Jom Terjah!!!!

PIALA-THOMAS
Siaran langsung perlawanan akhir badminton piala thomas 2014 akan di siarkan di astro arena 801 dan juga di rtm tv1.anda boleh menonton perlawanan akhir piala thomas 2014 ini secara live streaming melalui laman yang telah admin sediakan di bawah ini.hanya klik link tersebut dan masuk ke rtm tv1 dan tonton.
Perlawanan akhir piala thomas 2014 akan berlangsung pada jam 5.30 petang ini masa malaysia.
Perlawanan ini merupakan sejarah perlawanan badminton piala thomas buat julung kalinya malaysia menentang jepun dalam perlawanan akhir.dan jepun juga telah melakarkan sejarah sejak 64 tahun yang lalu iaitu telah berjaya beraksi di final piala thomas dan juga telah menumpaskan gergasi badminton dunia iaitu pasukan dari china.
lee_chong_wei_thomas_cup
Apa pun perlawanan akhir piala thomas 2014 ini akan menjadi tumpuan seluruh dunia terutama dari Jepun dan juga Malaysia. Kepada anda semua dan juga diri admin sendiri supaya memberikan sokongan padu pada pasukan badminton negara kita.
Masuk sini untuk menonton secara live streaming Malaysia vs Japan: http://live-tv-from-myinfo4u.blogspot.com/

Piala Thomas: Akhirnya Menteri Berterima Kasih Kepada Astro, Kenapa? Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR: RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang esok dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM.

Terkini!!! KEPUTUSAN LIGA SUPER 24/5/14.. Jom Terjah!!!


Tahniah!!! Piala Thomas: Malaysia Ke Final, Benam Indonesia 3-0, Bakal Bertemu Jepun.. Jom Terjah!!!


Chong Wei Feng muncul wira dengan menyumbang mata kemenangan ketika Malaysia menumpaskan Indonesia 3-0 pada saingan separuh akhir Piala Thomas.
Chong Wei Feng muncul wira dengan menyumbang mata kemenangan ketika Malaysia menumpaskan Indonesia 3-0 pada saingan separuh akhir Piala Thomas.

NEW DELHI – Pasukan badminton lelaki negara mempamerkan persembahan hebat dengan kelas tersendiri ketika menumpaskan Indonesia 3-0 dalam saingan separuh akhir Piala Thomas.
Kemenangan manis itu membawa Malaysia melangkah ke perlawanan akhir untuk menentang Jepun yang terdahulu mencipta kejutan menumbangkan China dalam perlawanan separuh akhir pada sebelah petang.
Keputusan itu juga menyaksikan Malaysia melepasi sasaran awal layak ke separuh akhir, namun barisan pemain badminton negara berjaya membuktikan mereka jauh lebih baik daripada jangkaan ramai.

Allahu Akbar!!! (Gambar) Punca Murid Tumbuk Guru Hingga Berdarah Mulut Tersebar.. Jom Terjah!!!



Dimaklumkan kejadian berlaku Kota Kulai, Johor. Guru lelaki tersebut kena tumbuk dengan anak murid tingkatan 2. 

Gambar bawah adalah pelajar yang menumbuk guru tersebut.

Pulak Dah!!! (Video & Gambar2) Pemuda Umno WP "Mengamuk" Di Luar Ibupejabat DAP KL & Ancam Bakar Bangunan.. Jom Terjah!!!



Ahli Pemuda Umno ancam bakar HQ DAP

{malaysiakini}- Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur dan mengancam untuk membakar bangunan itu.

Bagaimanapun, mereka telah dihalang oleh anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Mereka juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".


PELIK!!! (Gambar) Perkarangan DUN Pulau Pinang Kecoh Lagi.. Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!

Anggota polis dilihat menenangkan penyokong-penyokong Barisan Nasional di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri P.Pinang

GEORGE TOWN: Perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kembali kecoh kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis apabila seorang ahli Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa dikasari sekumpulan Pemuda Umno.‬

‪Lelaki tersebut yang mendakwa kumpulan yang berada di seberang jalan di hadapan DUN memijak kasut dan merampas topi kaledar miliknya.‬

Rakyat NegeriKu Berduka!!! (Gambar2) Jenazah Almarhum Tunku Annuar Selamat Dikebumi.. Moga Rohnya Dicucuri Rahmat!!!





ALOR SETAR - Jenazah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, yang mangkat tengah malam tadi selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar dekat sini petang ini.
   


Terkini!!! (Gambar2) Jenazah Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Akan Dimakamkan Di Makam Diraja Langgar Selepas Solat Asar... Al-Fatihah!!!


ALOR SETAR - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pukul 12.20 tengah malam tadi.
   
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, jenazah Almarhum Tunku Annuar akan disembahyangkan di Istana Anak Bukit di sini pukul 3 petang ini.
   

Sampai Jua!!! (Gambar) Inilah Pasangan Panda Gergasi Dari China.. Jom Terjah!!!

Feng Yi, salah seekor daripada dua beruang panda gergasi yang tiba dari China melihat keluar sangkarnya ketika tiba di Kompleks MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Mei, 2014.Feng Yi, salah seekor daripada dua beruang panda gergasi yang tiba dari China melihat keluar sangkarnya ketika tiba di Kompleks MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang, pagi tadi. Pasangan panda gergasi dari China, Fengyi dan Fuwa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di Kuala Lumpur hari ini bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.
Pasangan panda gergasi itu tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 7.53 pagi dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu, China.

Sedih Dan Sayu!!! Kenyataan Media: Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah: NegeriKu Diisytiharkan Cuti.. AL-FATIHAH!!!


KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman


Bismillah Hirrahmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Al-Fatihah : YTM Tengku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Mangkat



Baru menerima khabar kemangkatan YTM Tengku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman, di Ipoh pada jam 12.20 malam ini kerana serangan jantung.

Semoga allah ampunkan dosa baginda.


-SUMBER

Gempar 1 Penang!!! (Video & Gambar2) Kereta Baru Ketua Menteri P. Pinang "Dirempuh" Calon Bebas Bagi PRK Bukit Gelugor, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!


Kononnya menurut pembantu Calon Bebas Bukit Gelugor, Abu Backer telah dilanggar oleh kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang..

Tapi sebenarnya menurut beberapa saksi dan sahabat yang merakamkan gambar-gambar ini bukannya Kenderaan Guan Eng yang melanggarnya tapi dia sendiri yang merempuh kereta Guan Eng..


Akhirnya!!! Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Bebas Tuduhan Mengajar Tanpa Tauliah Oleh Mahkamah... Jom Terjah!!!

Dr. Mohd Asri ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Selasa.

GOMBAK: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa melepas dan membebaskan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin daripada tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah pada November 2009.
Hakim Shaiful Azli Jamaluddin ketika membacakan penghakimannya berkata, pihak pendakwa iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal membuktikan wujudnya kes terhadap tertuduh.

Gempar!!! Ramkarpal Singh Deo Bakal Kecundang Di PRK Parlimen Bukit Gelugor, Dapat Undi Kurang 30%?

Mohamed Nabi Bux yakin dapat 70% undi pada PRK Bukit Gelugor

GEORGE TOWN: Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar yakin akan mendapat sehingga 70 peratus undi di kawasan berkenaan.

Mohamed Nabi Bux, 63, berkata beliau bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang Melayu di Parlimen Bukit Gelugor malah kaum lain juga memberi maklum balas yang baik sepanjang siri kempennya sejak penamaan calon pada Isnin lepas.

Agresif!!! Penyokong BN Dikatakan "Mengganas" Semasa Penamaan Calon PRK Teluk Intan.. Ini Videonya, Jom Terjah!!!


Jadi benarlah bagai dikata.. Pilihanraya Kecil baik di kawasan mana sekalipun diadakan jika UMNO/BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding pasti aman pilihanraya itu..

Contoh yang terbaru ialah semasa penamaan calon bagi Bukit Gelugor baru-baru ini, UMNO/BN tidak meletakkan calon mereka, jadi suasana penamaan calon itu aman saja..

HOT!!! (Gambar2) Proses Penamaan Calon PRK Parlimen Teluk Intan Meriah, Hanya 2 Calon Bertanding.. Jom Terjah!!!



Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka pada 9 pagi ini di Sekolah Menengah Seri Perak di Teluk Intan.

Proses akan berlangsung selama sejam sebelum pusat penamaan calon ditutup pada 10 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding dalam PRK itu, sebelum 11 pagi.

Terkini!!! Ketua Wanita UMNO DS Shahrizat Terlalu "KESIANKAN" Dyana Sofya, Calon Jelita DAP PRK Teluk Intan, Ini Jawab Dyana Sofya... Jom Terjah!!!

Dyana Sofya nafi diperalat DAP, tempelak kenyataan Shahrizat

Kuala Lumpur: Calon DAP untuk parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipergunakan oleh partinya.

Dyana mengulas kenyataan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengatakan dia ‘amat kesian’ kepada peguam berusia 27 tahun itu yang sanggup ‘membiarkan dirinya diperalatkan oleh DAP’.

"Saya gembira kerana memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011. "

Ekslusif!!! Raja Bomoh Percaya BN Akan Menang PRK Teluk Intan, Ini Videonya... Hampa Percaya Ka? Jom Terjah!!!


Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin hari ini muncul di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk, dan mendakwa dia berada di sana untuk "merestui" calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Fuhhh!!! Inilah Wajah Gadis Melayu Jelita Yang Menjadi Calon DAP Untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan.. Jom Terjah!!!



TELUK INTAN: Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, Daud hari ini dinamakan sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.

Majlis pengumuman itu dibuat di Pusat Operasi Utama PRK Teluk Intan pada pukul 12.56 tengah hari tadi selepas pemilihan calon itu diputuskan malam semalam oleh pucuk pimpinan DAP.

Tahniah!!! (Gambar2) Pelakon Vetaran Mak Mah, 68 Tahun Sah Bergelar Isteri Kepada Peneroka Felda Pagi Ini.. Jom Terjah!!!


KLANG: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon vetaran Ruminah Sidek selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya abang ipar pelakon itu, di sini, Sabtu. 

Akad nikah itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan Mohd Jani Sarman kira-kira pukul 9.20 pagi.

PANAS!!! Setiausaha Agung PAS Sahkan Calon Bebas PRK Bukit Gelugor Bukan Ahli PAS.. Macam Mana Nie? Jom Terjah!!!


GEORGE TOWN: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar adalah bukan anggota PAS dan tidak pernah menjadi ahli parti itu.

"Dia (Mohamed Nabi Bux) bukan ahli PAS...bukan anggota PAS sejak dari peringkat awal. Keahliannya tiada dalam rekod," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Kemelut Terengganu: Apalah Sangat Yang Perlu Menjadi Pelik... Segalanya Selesai, Ini Formulanya.. Jom Terjah!!!

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik peletakan jawatan dalam Umno selepas beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak saling meminta maaf. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik peletakan jawatan dalam Umno selepas beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak saling meminta maaf.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat peletakan jawatan beliau daripada Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada beliau.
Ahmad berkata kepada pemberita di kediamannya di Kemaman, tindakan itu berpunca daripada salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei ini.

Gempar!!! (Gambar2) DS Anwar Ibrahim Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan Malam Tadi.. Jom Terjah!!!

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlibat dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira pukul 10 malam Selasa.

Anwar yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara.

Terkini!! Spekulasi Kedudukan DUN Terengganu: Belum Ada Tanda2 DUN Akan Dibubar Hingga Kini, Jom Terjah!!!

TERKINISetakat pukul 1 petang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu belum dibubarkan.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua DUN berkenaan, Mohd Zubir Embong yang menafikan khabar angin yang disebarkan di laman sosial.
Sehingga kini, prosedur utama adalah menteri besar perlu menghadap dan mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, bagaimanapun, perkara itu belum berlaku.

Bongkar!!! Siapa ‘KING MAKER’ Politik Terengganu? Jom Terjah!!!

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
DUA hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.

Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.

Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua Adun lain.

Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.

Saya fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah ‘rakyat’ yang menjadi penentunya.

Bubarkan Dun dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.

Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.

Pas dan PKR pula tidak perlulah pula kelam-kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi Adun atau ahli Parlimen dari Umno keluar parti.

Jika masih ada Adun atau Ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.

Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?

Pensyarah Sains Politik UKM,
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Krisis DUN Terengganu: Apakah Sejarah 'KRISIS' Perak Bakal Berulang di Terengganu? Jom Terjah!!!

PAS akan usul undi tidak percaya, kata Mat Sabu

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan mengikut kaedah yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) ketika krisis politik di Perak lima tahun dahulu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata PAS akan menggunakan kaedah yang betul dengan cara usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.

"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Kalut!!! Apa Dah Jadi Dengan DUN Terengganu? 2 Wakil Rakyat UMNO Umum Keluar Parti, Ini Buktinya, Jom Terjah!!!

Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.


Fuhhh!!!! Biodata YAB Menteri Besar Terengganu Yang Baharu Dilantik.. Jom Terjah!!!




KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu. 

Beliau mengangkat sumpah dihadapan Sultan Mizan Zainal Abdidin di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada pukul 9.25 malam Isnin.


Kejadian tersebut berlaku beberapa jam selepas, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secara rasmi mengakui peletakkan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Gempar Sungguh!!! Menteri Besar Letak Jawatan, PM Telah Terima Surat Perletakan Jawatan, Jom Terjah!!!



Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.
Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.

Terkini!!! PRK Bukit Gelugor - Apa Maksud PM Najib: Hormati Keputusan MCA Tidak Bertanding Tapi Takkan Bagi Laluan Mudah Kepada DAP? Jom Terjah!!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.

Najib yang juga pengerusi BN berkata akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.

Eksklusif: Luahan Hati Ustaz Mohd Lotfi Yang Kini Berjihad Di Bumi Syria, Tingalkan Isteri Dan 6 Anak Demi Agama Allah.. Jom Terjah!!!


KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman. 
Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.

Fuhhh Memalukan!!! Apa Sebenarnya Berlaku Di PRK Bukit Gelugor? MCA Ambil Keputusan Tak Mahu Bertanding... Jom Terjah!!!


GEORGETOWN - MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Bukit Gelugor, 25 Mei ini, kerana mahu memberi tumpuan kepada isu hudud.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat tergempar Majlis Presiden di Ipoh, Perak, hari ini.

Menurutnya parti itu mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Al-Fatihah: (Gambar) Penumpang Jemaah Umrah Meninggal Dunia Dalam Pesawat AirAsia X

Air Asia X, penumpang, meninggal dunia, Jeddah

KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang penumpang yang dipercayai jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah, malam tadi.

Air Asia X dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya telah berusaha yang sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua pihak.

Al Fatihah!!! Bekas Ketua Pengarah JPA Tan Sri Rozhan Kuntom Meninggal Dunia Di IJN...

Tan Sri Rozhan Kuntom meninggal dunia


PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Rozhan Kuntom meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 4 pagi Jumaat.

Allahyarham yang berusia 82 tahun, memegang jawatan Ketua Pengarah JPA ke-13 mulai 1 Ogos 1985 hingga 26 Jan 1987.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang mewakili seluruh warga JPA mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham.

Mohamad Zabidi berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang amat besar kepada negara khususnya perkhidmatan awam di Malaysia.

Rozhan, bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan, mendapat pendidikan awal di Johor, kemudian meneruskan pengajiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar seterusnya menyambung pelajarannya di Universiti of Malaya di Singapura.

Anak kelahiran Muar, Johor itu memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan sebagai Penolong Pegawai Daerah Kluang Johor, kemudian berkhidmat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan menjawat pelbagai jawatan tinggi lain sehingga 1963.

Solat jenazah disempurnakan di Masjid Umar Al Khattab dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat, hari ini.

Tudiaa!!! (Gambar) Kerana Aksi Ini 3 Siswa UM Terima Surat Tunjuk Sebab.. Jom Terjah!!!

Tiga pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) diberi surat tunjuk sebab kerana mengadakan protes sewaktu lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke kampus tersebut.

Ketiga-tiga pelajar itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol dan timbalan setiausaha Leong Yu Sheng.

Gempar!!! Inilah Wajah Pemain Bola Sepak JDT Yang Didakwa Mencuri Wang Milik Rakan Sepasukan.. Jom Terjah!!!

 Johor Southern Tigers
Johor Bahru: Seorang bekas pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri wang milik rakan sepasukannya, 1 April lalu.
Tertuduh, Muhammad Hadin Azman, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias.  

Gempar!!! Inilah Wajah Menteri Besar Terengganu Yang Baharu, Apa Kata Datuk Seri Ahmad Said? Jom Terjah!!


PUTRAJAYA: Hampir pasti bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman akan menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Beberapa sumber memberitahu The Star bahawa Abdul Razif, yang juga anggota exco, diminta untuk bersiap sedia untuk menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka berkata, arahan untuk Abdul Razif supaya bersiap sedia bermakna bahawa beliau harus berada di Kuala Lumpur untuk menerima surat itu.

Terkini!!! SPR Umum Tarikh PRK Parlimen Teluk Intan Pada 31 Mei Nanti.. Hampa Nak Sokong Sapa? Jom Terjah!!!


Abdul Aziz Mohd Yusof

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei ini manakala 19 Mei akan berlangsung hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama 11 hari.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses pengundian awal akan diadakan pada 27 Mei.

Ngeri!!! (Gambar2) Empat Letupan Bom Gegarkan Bandar Hat Yai, Selatan Thailand.. Jom Terjah!!!


HAT YAI – Empat letupan bom menggegarkan Hat Yai hari ini menyebabkan lima orang cedera.

Bagimanapun, bom kelima yang dipasang di laluan masuk ke apartmen dalam kawasan Hospital Prince of Songkhla berjaya dimatikan dengan selamat.

HEBAT!! Genap Setahun BN Tawan Kedah.. Mengapa MB Ku Perlu "DISINDIR"? Jom Terjah!!!


Hari ini 5 Mei 2014 genap satu tahun Kedah “diselamatkan” oleh BN. Mukhriz Tun Mahathir ditabalkan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 selepas merdeka. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 5 Mei 2013. 
Mukhriz dilantik setelah BN berhempas pulas memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRU12 yang lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.