Agresif!!! Penyokong BN Dikatakan "Mengganas" Semasa Penamaan Calon PRK Teluk Intan.. Ini Videonya, Jom Terjah!!!


Jadi benarlah bagai dikata.. Pilihanraya Kecil baik di kawasan mana sekalipun diadakan jika UMNO/BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding pasti aman pilihanraya itu..

Contoh yang terbaru ialah semasa penamaan calon bagi Bukit Gelugor baru-baru ini, UMNO/BN tidak meletakkan calon mereka, jadi suasana penamaan calon itu aman saja..

Berbeza dengan apa yang berlaku di penamaan calon Teluk Intan ini.. Polis pun depa nak lawan.. samseng sungguh!

TELUK INTAN 19 Mei - Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.  
Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal.  
Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan.

Insiden dilihat semakin di luar kawalan apabila penyokong BN menyerang pihak polis sehingga berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak.  
Bagaimanapun, pergaduhan berjaya dileraikan sejurus pihak polis menerangkan situasi sebenar yang berlaku lapor RakyatNews 


Ini video berkenaan...

   

 Kalau RakyatNews dah removed, video versi Facebook sila lihat di SINI


Sumber:- ASD

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.