Gempar!!! 18sx: Seseorang Berambut Panjang Tanpa Seurat Benang Berkeliaran Di Lebuhraya, Dekat Plaza Tol Batu (LebuhrayaDuke).. Inilah Gambarnya..

KUALA LUMPUR: “Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang ‘wanita’ berambut panjang tanpa seurat benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki,” kata Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini, semalam.



Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.

“Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.

“Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.

Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.

“Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.
“Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan,” katanya.

Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.


“Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.

“Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda,” katanya.

Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.


Inilah Gambar Kereta Ferrari Merah Yang Sedang Terbakar di Lebuhraya Kajang-Seremban Dekat Mantin


SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

- Bernama

Bola Sepak Liga Super: Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 2012 Yang Berlangsung Semalam



SARAWAK 0 - 1 LIONSXII

JOHOR FC 1 - 3T-TEAM

NEGERI SEMBILAN 2 - 1 KEDAH

PERAK 0 - 2 KELANTAN

SELANGOR 3 - 0 KUALA LUMPUR

TERENGGANU 6 - 3 SABAH
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.