Terkini: MB Ku Dinasihatkan Berehat Di Hospital - Mesyuarat Exco Akan Diadakan Di Hospital... Jom Terjah!!!

Saya telah menziarahi YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam di Kedah Medical Centre, Alor Setar.

Saya telah berbual dengan beliau dan juga berbincang dengan doktor yang merawat beliau.


Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.


Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.


Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting.


Untuk itu, saya diberitahu MB akan memanggil  mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital.


Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.



Dato' Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS


| harakah 

Alhamdulillah : Tahniah!!! Inilah Wajah Cahaya Mata Terbaru Ustaz Azhar Idrus.. Jom Terjah!!!

Penceramah bebas yang popular masa kini, Ustaz Azhar Idrus baru sahaja menimang cahaya mata yang terbaru pada 29 Ogos 2012. 

Beliau telah berkongsikan gamabar bayi lelakinya di fanpage-nya.

 

[Gambar & Video] Puluhan Ribu Berpakaian Kuning Sambut Detik Kemerdekaan.. Jom Terjah!!!


Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan 

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR:
Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

 



Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.


"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.