Panas!!! Dinikahkan Di Hotel: Gambar2 Sekitar Majlis Pernikahan Lisa Surihani Dengan Bekas Suami Erra Fazira... Tahniah Buat Mereka..


Gambar sekitar majlis nikah yusri dan lisa akan diupload secara berperingkat dilaman ini. yusri dan lisa surihani selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz di hotel marriot putrajaya.
majlis yang berlangsung sederhana itu bertemakan “winter garden” dan yusri telah memberikan rantai platinum sebagai mas kahwin kepada pelakon jelita lisa surihani kini sah bergelar isteri kepada salah seorang pengasas kru studios.
Lisa dengan hantaran menarik 9 dulang telah dibalas dengan 7 dulang oleh pihak yusri. Tahniah kepada yusri dan lisa.
nantikan gambar yang akan dimuat naik dari semasa kesemasa dilaman ini.



Sumber : GAMBAR PERNIKAHAN YUSRI DAN LISA SURIHANI - PERKAHWINAN | illustrasiaku .com 

Menjelang Himpunan Hijau 2.0 : MB Pahang Dicap "LIDAH BERCABANG", Ada Tangan Ghaib Untuk Halang Himpunan Ini....


Menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini, lokasi perhimpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mula dipagar oleh pihak berkuasa.

NONEDalam satu kenyataan akhbarnya, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya.

“MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.

“Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula,” katanya.

Menurut pemimpin PKR itu, beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012.

Namun apabila berbual dengan perkerja asing yang ditugaskan membina pagar itu, mereka memberitahunya, kerja itu diarahkan dibina secara tergesa-gesa.
bukit komon gold mine 020306 adnan pcFuziah juga diberitahu mereka dibawa dari Temerloh dan masalah penginapan mereka untuk malam ini juga belum diselesaikan oleh pihak yang mengarahkan mereka membina pagar itu.

“Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Datuk Seri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang.

“Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malah, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini,” kata Fuziah.

Menurut beliau, penangguhan dua hari lagi bagi membina pagar tidak akan menjejaskan kerja-kerja menaik-taraf padang itu dan mengulangi desakan supaya menteri besar mengotakan kata-katanya.

“Tida ada sebarang alasan bagi majlis tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan itu diadakan.

NONE“Adalah pilihan terbaik bagi mereka membenarkan padang itu digunakan untuk perhimpunan aman demi solidariti rakyat daripada membiarkan orang ramai turun ke jalanan.

“Kita selalu anjurkan (Konsert) Sure Heboh di padang MPK. Mengapa Himpunan Hijau 2.0 tidak boleh diadakan? Ini adalah untuk perkara yang baik dan paling penting, rakyat sekitar Kuantan mahukannya,” katanya lagi.

Ustaz Azhar Idrus Beri Amaran Kepada Kaum Lelaki Berkaitan Hal Ini... Jom Terjah!!!


Haaaa..... begitulah bunyi pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus kepada kaum adam sekalian.. 
 
Ni lebih sesuai untuk para jejaka jejaka bujang dan single diluar sanalah ye.. 
 
Jadi baca betul betul.. fahamilah isi yang tersurat dan tersirat itu ye anak anak...

Makin Canggih!!! e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC

Sekarang penjawat awam kerajaan tidak lagi menerima slip gaji ataupun penyata gaji macam dulu, iaitu sebelum Oktober 2010. Jadi sekarang, kalau nak dapatkan penyata gaji ataupun laporan pendapatan tahunan, penjawat awam kena daparkan secara online menerusi laman web ANM yang disertakan dibawah ini.
e+penyata+gaji+kakitangan+awam+01

Tapi sebelum itu, bagi penjawat awam yang pertama kali menggunakan sistem ini. Anda disarankan supaya mendaftar dulu menerusi website ANM. Untuk mendaftar, penjawat awam perlu terlebih dahulu mendapatkan No Gaji dari bahagian kewangan agensi ataupun kementerian masing². Selain itu, no penyata gaji juga boleh diperolehi pada slip gaji sebelum ini. (Slip gaji lama)

Pendedahan Panas!! Inilah Wajah Pemimpin BN Yang Dituduh Mencabul Kehormatan Seorang Jurusolek

MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh, ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak.  Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini.

Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh (gambar kanan), yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap.  Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010.  Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut.

Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya.  Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya.  Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh.

Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu.  Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku.  Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh.  Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka.  Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya.  Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga.

Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily dan Guang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya.  Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan".  Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut.

Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kiri) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini.  Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan.
*Tulisan ini disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Ada Video - Kelayakkan Olimpik: Malaysia Dibelasah 4-0 Oleh Pasukan Samurai Biru... Tahap Permainan Bola Sepak Negara Masih Lemah...

KUALA LUMPUR - Skuad Olimpik negara perlu melakukan penambahbaikan dari segi permainan sekiranya berhasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik.
Ketua jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh anak didiknya hari ini terbukti belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan.
"Kita perlu lebih banyak melakukan pembaharuan dari segi permainan sekiranya ingin bersaing dengan negara-negara hebat dalam bola sepak seperti Jepun,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun, malam semalam.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara gagal beraksi cemerlang di laman sendiri setelah dibelasah 0-4 oleh pasukan Samurai Biru.
Kim Swee turut mengakui kekalahan hari ini turut berpunca daripada kesilapannya yang gagal mengatur strategi permainan yang berkesan.
"Saya menjangkakan corak serangan yang diamalkan seperti perlawanan terdahulu (di Fukuoka) Jepun, mampu memberikan kejutan kepada mereka, namun saya tersilap membuat ramalan,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Jepun, Sekizuka Takashi memuji anak buahnya kerana memberi persembahan yang hebat mengalahkan pasukan negara dengan jaringan yang besar.
"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain saya hari ini kerana mereka bermain dengan baik dan telah menjaringkan empat gol,” katanya.
Beliau gembira jika pemain dapat menambahkan jaringan gol untuk meningkatkan peluang mereka menjadi pasukan pertama menempah tiket ke pusingan kelayakan.
Jepun akan bertemu Bahrain di laman lawan pada 14 Mac ini manakala Malaysia akan bertemu dengan Syria di gelanggang berkecuali iaitu di Jordan pada tarikh yang sama.
 — BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.