Marina Tun Mahathir Kerajaan PM Najib Makin Panik Dan Tidak Mampu Berfikir Lagi...

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Paduka Marina Mahathir.

marina mahathir interview 181105 happy“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Negeri Melaka Lebih Maju Daripada Negeri Kedah Di Sektor Hiburan - Mesyuarat EXCO Putuskan Tempoh Operasi Pusat Hiburan Dilanjutkan Hingga 3 Pagi


Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

rustam ali silat group bersih 4Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

NONESementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

dances @ screwball penang namewee concert"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.

Video: Setpol MB Kedah Jawab Soalan Wartawan Isu Larangan Hiburan Di Kedah Dalam Bulan Ramadhan.. Mahukan Dangdut Wartawan Boleh Ke Danok, Thailand







Dalam satu sidang akhbar di Ampang hari ini, Setiausaha politik Azizan, Mohd Sanusi Md Nor memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk tidak menguatkuasakan penutupan premis hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pengendali berkenaan secara sukarela bersetuju lesen mereka dibatalkan jika umat Islam ditemui di premis hiburan mereka dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, jumlah sebenar operator pusat hiburan terbabit mungkin lebih rendah daripada yang dipetik.

Sebelum ini, pertelagahan antara PAS dan DAP - rakannya dalam Pakatan - berhubung isu ternakan babi dan larangan minum arak, mengancam menggagalkan Pakatan dan peluang untuk menjatuhkan BN, yang telah memerintah negara lebih daripada 50 tahun.

Ada Video - Berita Sedih Dan Pilu: A-Fatihah - Dr Lo'Lo MP Titiwangsa Kembali Ke Rahmatullah Malam Tadi



AKHIRNYA debaran kebimbangan mengenai keadaan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Dato' Mohamad Ghazali yang dalam keadaan kritikal sejak beberapa hari lalu terjawab dan berakhir juga. Tepat jam 10:56 malam ketika sedang santai di kopitiam bersama seorang kawan tiba-tiba masuk satu email ke dalam telefon mengkhabarkan Dr Lo' Lo' telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 10:15 malam. Allahyarhamah telah menutup kitab hidupnya dalam usia 54 tahun.

Tangan saya jadi menggeletar ketika memutar tumbol telefon untuk membaca pesanan yang dimuatkan dalam email berkenaan. Pengirimnya bernama Wan Mohd Azli Wan Ahmad.

Sumber yang baru diterima itu jelas dan sahih. Ia bukan lagi berita palsu dan fitnah yang ditaburkan sepanjang pagi tadi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berhati haiwan.

Pagi tadi beberapa bloger yang tidak bertanggungjawab atau pun twist yang kurang berhati-hati telah melaporkan yang Dr Lo' Lo' sudah kembali ke Rahmatullah sedang saat itu Dr Lo' Lo' masih bertarung dengan maut dan bernafas.

Nasib baik saya dapat menghubungi Dr Mohd Hatta Ramli untuk mengetahui keadaan sebenarnya. Setahu saya Dr Hatta adalan di antara orang yang perihatin mengenai keadaan Dr Lo' Lo' dan beliau adalah di antara pemimpin Pas yang paling akhir menziarahi Dr Lo' Lo'.

Maklumat dari Dr Hatta saya muatkan dalam blog dan sekaligus membatalkan laporan palsu mengatakan Dr Lo' Lo' sudah tiada lebih awal dari waktu yang ditetapkan Khalidnya.

Berkali-kali saya membaca pesanan menerusi email dari Wan Mohd Azli itu. Saya berharap ianya palsu lagi kali ini. Biarlah Dr Lo' Lo' masih bersama kita bagi meneruskan perjuangan yang masih panjang yang baru dimulai olehnya. Walaupun beliau sudah nazak tetapi harapan tetap berbunga di hati untuk melihat Dr Lo' Lo' terus bersama kita semua.

Saya cuba menghubungi beberapa pemimpin Pas. Sekali lagi Dr Hatta yang berjaya dihubungi. Beliau masih dalam majlis (retreat) bersama pemimpin Pas, khabarnya diadakan di Ampang. "Dr betulkah Dr Lo' Lo' sudah tiada?" tanya saya dalam nada pelahan dan mengharap jawaban tidak. 'Iya..." jawabnya pendek.

Jawaban Dr Hatta yang pendek dan padat itu cukup kejam meragut jiwa saya. Ia bagaikan kilat dan pelakar yang memancar membakar seluruh indera saya. Harapan saya untuk melihat Dr Lo' Lo' bersama meneruskan perjuangan sudah tiada lagi. Dia telah dibawa pulang kepada penciptanya.

Berpandukan kepada maklumat email itu yang memberi tahu jenazah akan dibawa ke masjid al Aqram saya cuba menghubungi beberapa orang kawan untuk membawa saya ke Masjid Al Aqram di Dato' Keramat. Saudara Rushdan Mustafa yang sering menjadi 'driver' peribadi saya kebetulan dalam perjalanan ke Petaling Jaya. Mengenangkan dia dalam perjalanan saya tidak memaklumkan kepadanya dan terpaksa mencari kawan lain.

Nasib baik saudara Zulaimin Kazin, taukeh Kopi Janda dapat dihubungi. Sebegitu memaklumkan bahawa Dr Lo' Lo' sudah tiada dan menyatakan hajat untuk menziarahi jenazahnya, Zulaimin yang sejak petang lagi ikut sama memantau keadaan Dr Lo' Lo' tanpa banyak cerita terus datang mengambil saya di kedai kopi di Taman Permata.

Sewaktu saya dan Zulaimin sampai sudah ada beberapa puluh orang di perkarangan masjid yang sedang menunggu jenazah Dr Lo' Lo'. Di antara kenamaan yang awal tiba ialah ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giok, (maaf kalau namanya salah ejaan maklumlah ni dah pagi) Adun Pandan Jaya, Iskandar Abdul Samad serta Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail.

Yang turut juga kelihatan dan terawal sampai ialah bekas Ketua Muslimat Pas, Ustazah Jamilah Ibrahim bersama rakannya. Beliau juga nampak kurang sihat dan mengagahkan diri untuk datang melawat.

Sementara ahli Parlimen Pas yang tiba untuk menanti ketibaan jenazah ialah Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusuf yang tiba bersama timbalannya Siti Mariah Mahmud. Mereka sampai hampir serentak dengan ketibaan jenazah.

Jenazah tiba dari hospital Selayang kira-kira jam 12:20 minit malam yang disambut oleh orang ramai dan juga sanak saudara Allahyarhamah. Jenazah kini tempatkan di masjid al Aqram untuk menerima orang ramai yang akan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah. Berpuluh orang sedang membaca yassin dan berdoa di samping jenazah.

Agak anih juga tiada kelihatan pemimpin besar Pas yang berada di perkarangan masjid menanti ketibaan jenazah Dr Lo' Lo'. Apa yang berlaku sebenarnya semua pemimpin tertingi Pas sedang mengadakan permukiman di sebuah hotel di Ampang menyebabkan mereka 'sukar' untuk meninggalkannya. Boleh jadi kehadiran Siti Zailah dan Siti Mariah sebagai mewakili mereka - pemimpin jantan.

Adalah baik dan molek kalau para pemimpin meninggalkan seketika retreat berkenaan dan ramai-ramai ke perkarangan masjid untuk menziarahi jenazah dan membaca Yassin sekali seorang sebagai menandakan kasih dan simpati atas apa yang berlaku. Bagaimana pun tanpa disedari ramai lawan Dr Lo' Lo' dalam pilihan raya lalu Abdul Aziz turut hadir untuk memberi penghormatan sebaik berita kematian Dr Lo' Lo' sampai ke pengetahuannya.

Menurut maklumat jenazah akan dikebumikan esok di tanah perkuburan Dato Keramat yang terletak tidak sampai satu km dari masjid al-Aqram. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz yang sudah dimaklumkan katanya akan datang untuk sama-sama menyembahyahi jenazah Dr Lo' Lo' esok.

-MSO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.