Inilah Detik2 Terakhir : Takziah Untuk Keluarga Khairul Fahmi (Apek) Di Atas Kembalinya Adik Beliau Ke Rahmatullah Pagi Tadi...

Takziah diucapkan kepada Khairul Fahmi dan sekeluarga,diatas pemergian adik beliau ke Rahmatullah.Difahamkan Mohd Amirul Izzat Che Mat (Allahyarham) yang berusia 16 tahun meninggal dunia sekitar jam 11.15 pagi tadi akibat demam denggi
Menurut petikan berita dari Mynewshub,Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.

t1GvM ADIK KHAIRUL FAHMI MENINGGAL DUNIA
“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta.
“Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai,” kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Rabu ini.
Al-Fatihah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.