Keputusan Terkini Perlawanan Bolasepak - Pakistan Bertemu Malaysia

Ya, perlawanan yang bermula jam 11 malam waktu tempatan, akan menjadi satu detik yang sangat dinantikan buat rakyat malaysia. Misi yang agak sukar untuk diramal walaupun sudah mendahului 2 gol pada ketika ini, namun ia bukan sesuatu yang mustahil tanpa keazaman yang tinggi.

Keputusan terkini malaysia 0 Pakistan 0

Aggregate: Malaysia 2 Pakistan 0.

Nantikan update perlawanan diantara malaysia menentang pakistan selaku tuan rumah pukul 11 malam nanti.

Minit 1 :- Belum lagi..sabau lah yer.

Minit ke 10: kedudukan masih kosong-kosong, update dari status twitter rakan.

Mint ke 20: Harimau muda masih tidak menjaringkan gol, hampa. Finishing yang tak berapa kemas. Masih 0-0 sekarang ini.

Minit ke 25: Masih kosong-kosong lagi.

Minit ke 40-45: Buntu tiada jaringan. 2 kad kuning dilayangkan oleh pemain malaysia.Tamat separuh masa pertama.

Analisis separuh masa pertama: Analysis dari rakan mengatakan pakistan lebih banyak menyerang, dan hampir menjaringkan gol, (tapi tak tahu minit ke berapa tadi).

Separuh masa kedua sudah berlangsung :-

Minit ke 47 : Masih lagi 0-0. Malaysia ada satu chance tadi kena palang. Pakistan ada juga membuat serangan, tetapi semua easy for keeper. Cayalah KFC.

Minta maaf kepada semua peminat bola sepak. Live steaming rtm dan astro arena tidak dapat disiarkan kerana ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Apepun, aku akan mencuba mencari result terkini dari sumber-sumber yang lain.

Sila refresh untuk mendapat keputusan terkini. ( minta maaf sekiranya tidak dapat membuat liputan live,) Gol-gol jaringan video youtube akan dimasukkan seberapa kadar yang pantas.

Hubunganya Dengan Pengarah Ni Terlalu Rapat... Tapi Dia Bukan Penyebab Rumahtangga Pengarah Ini Hancur, Benarkah???

Faezal Elai
Faezah Elai

Faezal Elai akui semakin rapat dengan pengarah Asmara, sudah temui keluarganya

RUMAH tangga seorang pengarah dikatakan pernah bergoncang kerana dirinya. Namun sewaktu perkara itu hangat diperkatakan media, pelakon Faezah Elai menafikan sekeras-sekerasnya dirinya dan pengarah drama bersiri Asmara, Heykal Hanafiah, mempunyai hubungan istimewa. Malah, Faezah menegaskan dia menjadi mangsa fitnah seseorang amat dikenalinya.

Katanya sebelum ini, hubungan terbabit terjalin atas dasar profesional dan tidak pernah membabitkan soal hati serta perasaan. Bagaimanapun, selepas pengarah itu bercerai secara rasmi dengan isterinya, lain pula cerita yang timbul. Pelakon kelahiran Pulau Pinang itu didakwa semakin rapat dengan pengarah terbabit dan mereka sering juga dilihat keluar bersama. Pendek kata, mereka bagaikan belangkas, di mana ada Faezah, di situlah ada Heykal.
Sewaktu dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, tanpa berselindung, Faezah mengaku dia dan Heykal memang rapat dan dia juga tidak menafikan gosip mereka sering keluar bersama. Bagaimanapun, tegas bekas pramugari ini, walaupun rapat namun dia tetap dengan pendirian dirinya bukan punca keruntuhan rumah tangga lelaki terbabit.

Hip: Khabarnya Faezah semakin rapat dengan Heykal dan sering keluar bersama. Komen sikit.

Faezah:
Saya tak nafikan yang kami memang rapat. Bagaimanapun, perkara itu berlaku hanya beberapa bulan selepas perkara ini digembar-gemburkan. Sewaktu gosip yang kononnya kami rapat dan mempunyai hubungan intim ditimbulkan, ia sebenarnya tidak benar sama sekali. Tiada hubungan istimewa antara kami yang berlaku pada masa itu. Kami hanya rapat selepas itu. Itupun apabila masing-masing saling meluahkan rasa kecewa apabila gosip seperti itu timbul. Maklum sajalah, waktu itu kami berdua rasakan tiada siapa yang percaya situasi sebenar yang berlaku antara kami. Kebanyakannya lebih mempercayai gosip daripada kami. Dari situlah kami mula rapat. Mungkin itu juga satu doa apabila ramai sangat yang mengatakan perkara itu walhal ia memang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Hip: Sejauh manakah rapatnya Faezah dengan Heykal?
Faezah:
Apa yang boleh saya katakan, dia ialah lelaki yang paling rapat dengan saya buat masa ini. Sejujurnya, saya memang tidak mempunyai kawan rapat dalam industri ini. Kalau adapun, hanyalah sekadar kawan biasa. Tapi dengan Heykal, ia berbeza. Dia seorang pendengar yang baik dan kalau saya mengalami masalah, dialah tempat saya mengadu. Malah dia juga menjadi tempat rujukan jika saya mahu bertanyakan soal kerja. Contohnya, jika saya mendapat tawaran berlakon, saya akan minta pandangannya terlebih dulu. Maklum
sajalah, dia lebih berpengalaman dalam bidang ini berbanding saya.

Hip: Faezah tidak bimbang Faezah jika hubungan itu disalah anggap dan seolah-olah mengiyakan gosip yang timbul sebelum ini?

Faezah:
Seperti yang saya katakan tadi, kami hanya rapat selepas gosip itu timbul dan kami semakin rapat apabila Heykal sudah bercerai. Saya tahu mengenai perkara itupun menerusi Heykal. Dia yang memaklumkannya sendiri. Jadi saya tak perlu risau. Lagipun, dia sendiri ada berkata perceraiannya itu tidak ada kena mengena dengan saya. Bukan saja Heykal yang berkata demikian, tetapi kenyataan itu turut dikeluarkan keluarga Heykal sendiri. Saya bukanlah punca keruntuhan rumah tangga mereka. Jika pihak di sana masih mahu menyalahkan diri saya kerana kononnya sayalah yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka, saya harap belajar-belajarlah mencari kesalahan sendiri daripada menuding jari ke arah orang lain.

Hip: Khabarnya Faezah sudah pun diperkenalkan kepada keluarga Heykal. Apakah itu satu petanda hubungan kalian sudah sampai tahap serius?

Faezah:
(Sambil tertawa) Mana tahu ni? Memang saya ada bertemu dengan keluarga Heykal. Kami bertemu pun di hospital kerana waktu itu bapa dia sakit. Jadi tak adalah nak bincang apa-apa pun. Apa yang boleh saya katakan, keluarga mereka melayan saya dengan baik.

Hip: Bagaimana pula jika Faezah bertemu jodoh dengan Heykal?

Faezah:
Saya tidak kisah jodoh saya dengan sesiapapun. Lagipun umur saya sudah mencecah angka 29 tahun. Saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma dalam hal ini, kami lebih selesa berkawan terlebih dulu.

Hip: Bagaimana dengan kes mahu saman pelakon Azad Jazmin kerana dikatakan menjadi punca penyebaran gosip Faezah dan Heykal?

Faezah:
Selepas peguam saya menghantar surat kepadanya supaya dia menghentikan segala perbuatannya itu, nampaknya perkara terbabit semakin senyap. Mungkin dia mengikut segala arahan yang diminta dalam surat itu dan saya anggap perkara ini sudah selesai.

BanyakNya Harta Anak Beranak Taib Mahmud - Menantu KM Sarawak Fail Tuntutan Fasakh Jutaan Ringgit

Datin Seri Shanaz A.Majid (kiri), menantu kepada Ketua Menteri Sarawak ditemani peguam Dr Mohd Rafie Mohd Shafie selepas memfailkan tuntutan fasakh sebanyak RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian daripada suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.

Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48, memfailkan permohonan tersebut terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib, 48, pada 22 Februari lalu dan kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.

Shahnaz yang juga kakak kepada penyanyi popular, Sheila Majid memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001 menyebabkan beliau digantung tidak bertali yang telah menyusahkan kehidupan beliau.

Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.

Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.

Pada prosiding itu, peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili plaintif memaklumkan Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad bahawa pihaknya masih belum dapat menyerahkan saman kepada defendan, walaupun percubaan telah dilakukan pada 28 Februari lalu.

“Pihak kami tidak dapoat masuk ke rumah defendan yang terletak di Duta Nusantara (di sini), maka kami memohon perintah mahkamah supaya saman berdaftar disampaikan kepada beliau melalui mahkamah,” tambahnya.

Justeru itu, Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan kes tersebut disebut semula pada 24 Mac ini.

Sementara itu, bagi tuntutan mutaah, Shahnaz menuntut RM100 juta yang dipercayai satu jumlah yang munasabah berdasarkan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun sebulan selain ia juga berpadanan dengan pendapatan defendan.

Dakwanya, defendan merupakan seorang yang sangat berkemampuan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat Cahaya Mata Sarawak yang menjalankan pelbagai perniagaan dan pelaburan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Sehubungan itu, Shahnaz mendakwa jumlah yang dituntut tersebut adalah demi keadilan untuk beliau memulakan kehidupan baru dan menutup rasa aib serta membolehkan beliau untuk hidup dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian, iaitu harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Mohd Rafie memberitahu, permohonan mutaah dan harta sepencarian tersebut telah ditetapkan untuk menjalani rundingan secara sulh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 15 Mac ini.

Seks Oral Ditolak Liwat Tak Apa... Dubur Saiful Berdarah Diliwat Kali Pertama Dan Kedua : Saksi

Doktor keempat dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa berlaku penetrasi dalam kejadian liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital.

Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.

Bahan pelincir

Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.

NONEDr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.

Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.

Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.

Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.

Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai.

NONEOleh itu, katanya, dia menggunakan kertas kosong.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Menjawab soalan seterusnya dari Karpal, dia berkata tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.

Dr Razuin berkata, Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolaknya.

Berlaku pendarahan

Katanya, dia juga mencatatkan dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

NONENamun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.

Sebelum itu, pendaftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberitahu mahkamah bahawa kereta Audi 'WMK 6' didaftar atas nama Anwar.

Menurutnya lagi kereta Perdana V6 automatik pula dimilik oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Manakala kereta Toyota Harrier pula didaftarkan atas nama Omar Malik. Terdapat sebuah lagi kereta - WNK5251 - yang dimiliki oleh Chan Wai Hong.

Ahmad juga, dalam keterangannya berkata, pemilik kenderaan lain termasuk Nik Mohd Nik Hassan.

Masalah Rumahtangga Selebriti : Sudah Menjadi Kes Mahkamah - Kesian Anak Yang Bakal Lahir

SHAH ALAM: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh menyifatkan tindakan dia memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz adalah disebabkan anak yang dikandung isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Menurut Jimmy, usia kandungan isterinya kini telah memasuki lima bulan.

“Saya buat kerana anak. Doakanlah yang terbaik,” katanya semasa ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa.

Terdahulu, Jimmy, 31, menghadiri prosiding sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap Nursuhaila, 25, yang telah tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

"Dia sekarang tinggal di rumah keluarganya di Sungai Buloh (Selangor)," tambah Jimmy.

Berdasarkan rekod, permohonan untuk kembali taat difailkan sendiri oleh Jimmy pada 3 Januari lalu diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, semasa disoal mengenai alasan kedua-dua permohonan tersebut dibuat, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus memberitahu, perkara tersebut hanya akan didedahkan pada perbicaraan kelak.

"Lazimnya, permohonan tersebut hanya akan dibuat apabila suami memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk isteri mentaati suami dalam perkara-perkara yang telah diarahkan," katanya.

Prosiding mahkamah hari ini hanya dihadiri oleh Jimmy yang memakai kemeja merah dan berseluar 'slack' hitam serta bersongkok. Pada prosiding itu, Mohd Noor Aizan pada awalnya memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk kedua-dua kes walaupun saman tersebut tidak disampaikan secara terus kepada Nursuhaila.

Menurut Mohd Noor Aizan, saman tersebut diserahkan kepada anak saudara Nursuhaila pada 6 Februari lalu.

"Tiga hari selepas itu, iaitu pada 9 Februari lalu, Nursuhaila telah melantik seorang peguam syarie bernama Saadiah. Sehubungan itu, saya menyatakan penyampaian saman telah sempurna.

"Walaupun telah 30 hari saman diserahkan, kami masih belum menerima sebarang pembelaan daripada pihak Nursuhaila.

"Oleh itu, saya mohon supaya kedua-dua kes dibicarakan bersama dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat bagaimanapun tidak membenarkan permohonan tersebut kerana menyifatkan penyampaian saman itu tidak boleh dibuktikan dengan tindakan Nursuhaila melantik peguam syarie.

"Mahkamah akan memberi peluang kepada Nursuhaila untuk dia hadir di mahkamah memfailkan pembelaan,' katanya.

Justeru itu, beliau menetapkan kes itu disebut semula pada 4 April depan.

Peguam syarie yang mewakili Nursuhaila juga tidak menghadiri prosiding itu dan menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya hanya menerima panggilan telefon daripada kakitangan peguam terbabit memaklumkan beliau mempunyai kes di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis repsepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dekat sini.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu apabila Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya bergelora seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tabloid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.