PANAS!!! Kes Perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Ditangguh.. Apa Puncanya? Jom Terjah!!!


Nurul Izzah dan suaminya Raja Shahrir Islandar.

KUALA LUMPUR: Kes perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suami, Raja Shahrir Iskandar Raja Salim ditangguhkan ke 1 April.
Permohonan penangguhan itu dibuat selepas pelantikan peguam baru, Zulkifli Che Yong untuk mewakili Raja Ahmad Shahrir.
Kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir di mahkamah.

Berapi!!! Dari Mahkamah - Kini Giliran Karpal Singh, Hukuman Denda RM4000 Dan Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Bukit Gelugor.. Jom Terjah!!!

Karpal dikerumuni para penyokongnya di luar mahkamah. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014. 
Karpal dikerumuni para penyokongnya di luar mahkamah. 

Pengerusi DAP Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 dan bakal kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas.

Karpal yang berkerusi roda adalah pemimpin tertinggi kedua Pakatan Rakyat (PR) yang dijatuhkan hukuman minggu ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah Jumaat lalu kerana meliwat.

Karpal akan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Terkini!!! (Gambar2) Langsung Penamaan Calon PRK Kajang: BN Lawan Pakatan, Tiada Calon Bebas.. Jom Terjah!!!


10.35am: Skuad gempur BN membuat tarian di balapan kompleks sukan. Penyokong BN mula beredar dari kawasan berkenaan.
10.15am: Pegawai pengurus pilihan raya, Hasan Nawawi Abdul Rahman mengisytiharkan selesainya proses penamaan calon dan mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Chew Mei Fun dan Wan Azizah dari PKR.

10.10am:  Di luar kompleks sukan - di sebelah Pakatan - Anwar sekali lagi bersama penyokong memimpin sorak dengan laungan "Hidup rakyat, Hancur BN," dan Reformasi beberapa kali. Beliau juga bersalaman dengan penyokong.

(Gambar2) LANGSUNG Hari Penamaan Calon PRK DUN Kajang: Pertembungan Dua Wanita 'BESI'.. Jom Terjah!!!

Di samping tumpuan rakyat Malaysia kepada hasil usaha mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan krunya, PRK DUN Kajang dijangka turut mendapat perhatian apabila kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.

Ia akan berlangsung di Kompleks Sukan MPKajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pagi ini.

PRK DUN Kajang dijangka bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding di situ, menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Terkini!! (Video) Misteri MH370 'HILANG' Kerana Kuasa Allah SWT : Bekas Ketua Juruterbang 777 MAS

MH370

 
SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih  dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan.

KLIA Gempar!!! "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin Turut Membantu Guna Kaedah Tradisional.. Jom Terjah!!!

'Raja Bomoh' turut bantu cari pesawat MH370

SEPANG: Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin (gambar).

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Isnin, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.