TERKINI!!! ADUN Guar Chempedak Dilantik Pengerusi KEDA


KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melantik Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun ini.
Abd Rahman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Guar Cempedak yang mengumumkan keluar daripada Umno selepas dipilih pada Mac 2008.
Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Getah (Rubber Science) dari Loughborough University, England, United Kingdom.

Hati-Hati: 11 Kes Wabak Denggi Dicatat Dalam Kawasan Gunung Keriang


ALOR SETAR, 30 Mei -- Kawasan Gunung Keriang, di sini yang sebelum ini diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi, mencatatkan 11 kes penyakit itu bermula 20 Mei lalu sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Mohd Fikri Ujang bagaimanapun berkata situasi wabak di lokaliti berkenaan adalah terkawal dengan aktiviti kawalan telah dilaksanakan sejak kes pertama dikesan.

Hangat!!! Fitnah Leman Raja Lawak - PAS Sik Buat Laporan Polis


SIK: PAS Kawasan Sik telah membuat laporan polis berikutan satu muat naik di laman sosial Facebook peribadi milik Sulaiman Ibrahim yang merupakan mantan Ketua PAN Sik kerana berupa fitnah dan dakwaan palsu.
Laporan polis tersebut dibuat Ketua Penerangan PAS Sik, Ustaz Mohamad Subky Sulaiman terhadap bekas peserta program realiti Maharaja Lawak Mega 2012 itu di Balai Polis Sik, di sini petang semalam.
Menurut Subky, muat naik bertarikh 26 Mei jam 10:56 malam tersebut telah mengaitkan nama beliau dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor secara khusus yang menjadi fitnah terbuka oleh bekas artis itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.