Shida Harmi Nafi Edar Gambar Kontroversi Bersama Apek (Keeper Harimau Malaya), Jom Terjah Siapa Yang Edar Gambar2 Terlampau Tu???

Khairul Fahmi dan Shida harmi

Akhirnya, Shida Harmi  membuat kenyataan dan penjelasan mengenai gambar-gambar yang mencetuskan kontroversi dia bersama Apek @ Khairul Fahmi Che Mat yang tersebar baru-baru ini. Shida Harmi turut menafikan bahawa dia yang menyebarkan gambar-gambar kontroversi Apek itu.  Ikuti apa kata Shida Harmi melalui video di bawah..


Kem Anak Soleh Yang Dianjurkan Oleh Kerajaan Negeri Kedah Mendapat Sambutan Di Luar Jangkaan... Tahniah Kerajaan Negeri Ku...

http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/anak%20soleh3.jpg
GUAR CHEMPEDAK – Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet sebanyak RM2.5 juta untuk kebajikan rakyat dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB. Ustazah Siti Ashah Ghazali, kewujudan Maahad Tahfiz di Kulim adalah langkah terbaik dalam usaha memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada pelajar.

“Pengambilan pelajar seramai 50 orang dilakukan untuk memastikan perjalanan pembelajaran berjalan dengan baik sebelum Maahad Tahfiz berkenaan berpindah ke Pulau Tuba, Langkawi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kem Anak Soleh yang diadakan di Sekolah Integrasi Faizin (Saif), di sini.
http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/anak%20soleh1.jpg http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/anak%20soleh2.jpg

YB. Ashah memberitahu, pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil adalah antara projek Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.

“Ini adalah sebahagian daripada program Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terbela serta berupaya mensejahterakan rakyat,” katanya.

Tambahnya, penganjuran Kem Anak Soleh adalah antara program pembangunan insan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.

Beliau menjelaskan, program yang diadakan ini merupakan satu tanggungjawab dalam usaha melahirkan satu generasi yang cemerlang di masa hadapan.

 http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/anak%20soleh.jpg
“Kem Anak Soleh akan diadakan pada setiap kali musim cuti persekolahan kerana ia terletak di bawah portfolio Pembangunan Insan, YB. Dr Ismail Salleh,” ujarnya.

Tambahnya, program yang diadakan itu dipenuhi dengan pengisian ilmu seperti ceramah anak soleh, smart solat, tip-tip solat, wuduk dan solat, riadah dan sebagainya.

“Kem Anak Soleh yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah adalah bertujuan untuk melahirkan mutiara hati di kalangan ayah dan bonda,” katanya.

Menurutnya, ia adalah bertujuan untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang secukupnya di samping mendidik mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna.

YB. Ashah memberitahu, ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

“Selain guru, peranan ibu bapa juga amat penting dalam membentuk anak-anak agar mereka mampu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara,” jelasnya.

Di samping itu, katanya, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan Kem Bina Sahsiah yang terbuka kepada pelajar yang berumur antara 15 hingga 16 tahun.

“Kem ini diadakan pada musim cuti persekolahan yang bertujuan untuk menjalinkan semangat ukhuwah di samping memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan,” jelasnya.

Pada majlis penutup itu, setiap peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh YB. Ustazah Ashah Ghazali.

Seramai 200 murid Tahun 5 dan 6 menyertai kem berkenaan  yang diadakan selama empat hari tiga malam.

Turut hadir ialah Pengarah Sekolah Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak, Ustaz Mohd Ali Idris dan Pengarah Kem Anak Soleh, Ustaz Mohd Nazmi Abdul Rani.


Rata-rata pelajar yang ditemui pada program Kem Anak Soleh melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai kem berkenaan dan ibu bapa pula merasa bersyukur kerana dapat menghantar anak-anak mereka untuk mendalami ilmu agama pada program itu.




http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/gambar%201.jpg
 
Seorang pelajar, Nor Faradilla Natasha Mohd Shahrulnizam, 11 tahun berkata, beliau merasa gembira kerana dapat menyertai kem berkenaan atas dorongan dan sokongan daripada ibu bapanya.

“Saya gembira berada di sini dan dapat mempelajari ilmu agama daripada fasilitator yang berpengalaman sewaktu berada di sini selama empat hari tiga malam,” ujarnya yang kini belajar dalam darjah lima di Sekolah Kebangsaan Seri Jerai, Gurun, di sini.

 
http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/gambar%202.jpgSeorang pelajar, Hanis Sabiroh Salleh, 11 tahun yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Jerai, Gurun, di sini memberitahu, beliau begitu seronok kerana dapat mengikuti pembelajaran di kem berkenaan.

“Di sini, saya mendapat ramai kawan dan dapat berkongsi ilmu pengetahuan serta dapat menerapkan nilai-nilai murni melalui penganjuran kem berkenaan,” katanya.


http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/gambar%203.jpgSeorang pelajar, Mohd Hafiz Fakrulrazi, 11 tahun berkata, beliau menyertai kem berkenaan hasil daripada sokongan ibu bapa yang inginkan anak-anak memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang menghantar saya untuk menyertai kem ini,” ujarnya.




http://www.wartakedah.net/images/stories/November2011/gambar%204.jpgSeorang pelajar, Mohd Alif Aiman Suhaimi, 12 tahun yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan Ladang Harvard, Gurun, di sini menganggap bahawa penganjuran kem berkenaan mampu mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Seorang ibu, Che Hawa Bakar, 53 tahun menghantar anaknya, Rohana Wahida Ismail, 12 tahun untuk menyertai kem berkenaan sempena cuti persekolahan.

“Saya mendapat tahu melalui media mengenai penganjuran Kem Anak Soleh dan saya terus datang ke sekolah ini untuk mendaftar anak saya untuk menyertai kem ini,” katanya.

Seorang ibu, Nazihah Isa, 42 tahun yang berasal dari Jeniang, Gurun, di sini memberitahu, beliau menghantar anaknya, Mohd Haizat Hamizan mengikuti kem ini adalah untuk mendidik anaknya agar menjadi pelajar yang berilmu.

“Penganjuran kem seperti ini amat baik sekali dan seboleh-bolehnya, saya mahu anak saya diberikan pendidikan yang terbaik untuk dia berjaya dalam pelajaran,” tambahnya.

Untuk Dewasa Sahaja: Lihatlah Sendiri Gambar Pelakon Jelita, Maya Karin Sedang Bercium... Apa Pendapat Anda??

Khamis ini akan bermulalah tayangan filem Ombak Rindu yang menampilkan pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Daripada review yang didengar, khabarnya filem ini mampu membuatkan anda menitiskan air mata. Nak tahu benar atau tidak, kenalah pergi tonton sendiri filem yang diadaptasi daripada novel ini.
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.