Dr Mohd Asri - Pemegang saham arak perlu dihukum




Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata hukuman sebatan ke atas peminum arak bersifat berat kerana taukeh-taukeh arak dan pemegang saham arak dalam industri itu tidak dihukum sama.

"Hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil kerana masyarakat akan memandang serong terhadap setiap hukuman yang hanya menghukum 'ikan bilis', lalu membiarkan 'ikan jerung'.

"Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi taukeh-taukeh atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak dalam kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.

"Ini termasuklah individu Muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Tuan punya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan," tambah beliau lagi.

Dr Mohd Asri berkata demikian menerusi laman sesawang rasminya, drmaza.com ketika mengulas hukuman sebat ke atas kaum wanita di penjara Kajang baru-baru ini.

Pihak berkuasa agama mesti berani bertindak ke atas pemegang saham arak, judi

Maka, tambahnya, pihak berkuasa agama hendaklah jujur dengan rakyat, dan berani membawa empunya, atau pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabitkan individu Muslim sekali pun mereka adalah dalam 'kelompok yang dianggap kebal' dalam negara ini.

Selain itu, ketika menyentuh polemik orang-ramai ke atas pelaksanaan hukum tersebut, Dr Mohd Asri berkata, beberapa buah NGO yang telah mengkritik hal itu mestilah berhati-hati dengan kenyataan mereka.

"Jika mereka Muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka.

"Jika mereka bantah pelaksanaan hukuman semasa, mereka hendaklah tumpu kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikai hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah.

"Begitu juga bukan Muslim, jangan pertikaikan al-Quran dan nabi orang Islam, itu boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara dalam negara yang harmoni ini," kata beliau.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mengulas mengenai hukuman sebat yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama ke atas beberapa wanita Muslimah. Isu itu mengundang pelbagai polemik dan kekeliruan dalam beberapa aspek tertentu.

Ketika menjelaskan isu sebatan terhadap wanita Muslimah itu, Dr Mohd Asri berkata, sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi seperti zina dan meminum arak, hukuman sebatannya mestilah tidak mencederakan mereka.

"Ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau, sebaliknya sekadar pengajaran. Bahkan dalam hadis, ada yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja," tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika menyentuh pelaksanaan hukuman syariah Islam yang keras, beliau berkata, negara antokratik agama akan mengundang ketakutan ke atas masyarakat awam jika pelaksanaan hukuman disalahertikan dan disalahgunakan.

"Beberapa pengalaman di Pakistan dan di Afghanistan sebelum ini patut diteliti. Maka, badan pemantau kepada perkembangan ini yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan Muslim yang terbuka dan tidak bersifat ortodoks perlu diwujudkan untuk memberi maklum balas terhadap kerajaan," tambah beliau lagi. -erapakatan

Royalti: ADUN Umno tarik balik sokongan



Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

Mat Yusof menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan lidah rasmi PAS - Harakahdaily - bahawa usul tersebut diluluskan sebulat suara selepas turut disokong oleh semua ADUN Umno/BN.

lamanweb tersebut menyebut usul tersebut disokong oleh ketua pembangkang Umno/BN, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (Umno/BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (Umno/BN–Kuala Balah).

Manakala Datuk Nozula Mat Diah (Umno/BN–Paloh) dan Adhan Kechik (Umno/BN–Bukit Bunga) pula dilaporkan oleh Harakahdaily, tidak bangun. Datuk Noorzahidi Omar (Umno/BN–Pengkalan Kubur) pula tiada dalam dewan ketika itu.

Menjawab soalan, Mat Yusof berkata, keputusan untuk menyokong usul awal tersebut telah disepakati oleh keenam-enam ADUN Umno/BN berkenaan.

Perkara itu juga, tambahnya, telahpun dimaklumkan kepada badan perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Mustapa Mohamed yang juga ahli parlimen Jeli.

Bagaimanapun, katanya, mereka memutuskan untuk tidak mengundi usul pindaan tersebut kerana ianya tidak sepertimana yang mereka persetujui sebelumnya.

semangat “Al-Marari" Meresap ke MARA


KUALA LUMPUR 1 Mac — Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang genap 44 tahun hari ini, akan bergerak dengan semangat baru yang dikenali sebagai “Al-Marari” untuk menjadi lebih cemerlang, kompetitif dan global.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, “Al-Marari” adalah semangat perjuangan dan pemikiran baru Mara yang bakal membawa organisasi itu menjadi sebuah organisasi bertaraf global.

"Bukan hanya bertaraf global, tetapi juga cemerlang dan kompetitif di peringkat global, satu semangat dan pemikiran baru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis bacaan Yassin dan tahlil sempena ulang tahun Mara yang ke-44.

Beliau berkata, Mara juga akan bermula dengan semangat “Azharvard compatible" iaitu gabungan antara Azhar dan Havard bagi memastikan pelajar yang menamatkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mampu ke Universiti Al-Azhar dan Universiti Havard.

Ditanya mengenai sasaran Mara pada ulang tahun penubuhannya yang ke-50 nanti, beliau berkata: “Enam tahun akan datang kita akan pergi global sepenuhnya, sekarang ni kita masih lagi mengasah semangat dan bakat”. — Bernama

Fathul Bahri Dituduh Mengajar Tanpa Tauliah



Anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Hussin dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah malam tadi.

Fathul Bahri yang dituduh di bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan, kes tersebut akan dibicarakan pada 5 April depan. - Malaysiakini

Sidang DUN Kelantan lulus usul royalti sebulat suara


KOTA BHARU, 1 Mac: Usul agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuklah tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi disokong sebulat suara termasuk oleh pihak pembangkang Dun Kelantan.

Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara.

Adun BN, Aziz Derasid (BN-Kuala Balah) antara yang bangkit dan berkata "sokong" ketika speaker minta ahli-ahli dewan lain memberi sokongan terhadap usul itu.

Speaker, Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kedua, bagi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Sebelum itu beliau menanyakan sokongan terhadap usul tersebut.

Ekoran itu kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepadal usul terbabit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN–Kuala Balah).

Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri iaitu Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN–Bukit Bunga), manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN–Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa Dun memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Abdullah berkata, sebanyak 13 negeri di negara ini telah menandatangani penyerahan hak pada 1975 dan 1976 kepada Petronas bagi membolehkan carigali minyak dijalankan tanpa mengambil kira jarak kedudukan lokasi minyak.

Oleh itu katanya, mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 sebagai balasan terhadap penyerahan kepunyaan dan hak-hak kuasa dan keistimewaan itu, Petronas hendaklah membuat bayaran tunai kepada negeri.

Cadangan tersebut disokong Datuk Omar Mohamad (PAS – Perupuk).

Ekoran sokongan padu itu Speaker menerima dan meluluskan cadangan tersebut dan kemudian dibuka kepada perbahasan.

Zulkifli Mamat (PAS–Pulai Chondong) ketika mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut berkata, biar pun beliau menyokong penuh usul tersebut namun cukup sedih apabila ada pihak gagal memahami perjanjian yang dibuat pada 1975.

“Saya cukup sedih apabila Peguam Negara, menteri-menteri dan timbalan menteri gagal untuk memahami perjanjian yang telah ditandatangani.

“Sedangkan semangat atau moral perjanjian itu Petronas perlu membayar wang tunai kepada negeri berdasar kepada petroleum yang dijumpai di negeri terbabit,” ujarnnya.

Menurutnya, suatu kezaliman telah berlaku di mana kerajaan pusat lebih mengutamakan politik apabila cuba menafikan hak yang sepatutnya diperolehi kerajaan Kelantan.

Kata beliau, amat mudah untuk memahami semangat perjanjian tersebut, di mana Pak Mat dan Pak Leh di kampung pun diyakini boleh faham.
Beliau berkata, tuntutan royalti sebenarnya tidak perlu dibawa ke mahkamah sekiranya kerajaan pusat menunaikan tanggungjawab mereka seperti terkandung dalam perjanjian.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan negeri mengkaji semula setiap perjanjian dengan mana-mana pihak dalam tempoh 10 tahun sekali.

Zulkifli juga berhujah sekiranya kuasa carigali diberi kepada syarikat asing Kelantan mampu menikmati royalti sehingga 25 peratus.

“Perkara itu pernah berlaku di mana Sarawak sebelum ada PDA telah menandatangani perjanjian dengan Shell, di mana syarikat tersebut memberi royalti antara 8 hingga 12peratus kepada negeri berkenaan,” tambahnya

Harakahdaily/-

Release Sikit.... Layan sahajalah.....



UMNO Setuju Usul : DUN Kelantan Bahas Royalti


KOTA BHARU: Usul tergempar untuk membawa tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan terhadap kerajaan Pusat ke mahkamah kini dibawa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk dibahaskan.

Usul berkenaan dicadangkan oleh Abdullah Ya'akub (Pas-Air Lanas) yang kemudiannya dipersetujui semua wakil kerajaan, termasuk beberapa anggota pembangkang.

Antara wakil pembangkang yang bersetuju termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata usul itu berkemungkinan akan dibawa ke DUN itu untuk dibahaskan.

Kerajaan Kelantan telah menuntut berbilion ringgit royalti petroleum itu yang dikatakan terdapat di perairan Kelantan.

Tuntutan itu dibuat sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Julai tahun lalu berdasarkan kepada perjanjian melalui Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kerajaan Pusat bagaimanapun hanya bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta yang akan diberikan kepada Kelantan pada bulan depan.

Bagaimanapun kerajaan Kelantan bertegas menolak wang ihsan itu sebaliknya konsisten dalam tuntutan mendapatkan royalti.

Persidangan DUN yang bermula hari ini akan bersidang selama dua hari.

LAGI SORANG KELUAR PARTI



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nibong Tebal dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng hari ini mengambil keputusan keluar parti.

Beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menjadi wakil Bebas.

Tan berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mendapati kepimpinan PKR tidak menyelesaikan masalah dalaman parti, manakala Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula menjalankan pentabiran diktator di Pulau Pinang.

"Tak ada saluran untuk kemukaka masalah dan tidakan disiplin diambil tanpa siasat. Saya kesal dengan sikap kepimpinan PKR, saya juga tak sanggup tunduk kepada sikap diktator dan cara kerja Guan Eng," katanya.

***********************************************

Lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan.

"Anda sendiri boleh menjangkakan siapa mereka ini kerana wakil rakyat terbabit adalah terdiri daripada mereka yang bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lintas Langsung Inkeus Teoh Beng Hock Hari Ini









Inkues kematian Teoh Beng Hock bersambung hari ini



9.30 am: - Keluarga mendiang Teoh di dalam mahkamah tatkala koroner pada bila-bila masa menyambung inkues.

9.35 am: Ahli Pathology Hospital Sg Buloh Dr Shahidan Md Noor bersedia untuk di soalbalas oleh peguam mendiang Teoh, Gobind Singh Deo.

9.40 am: Shahidan menyatakan daripada 1,000 autopsi yang pernah dilakukan, cuma 10 kes yang ada kaitan dengan kematian dicekikto death by strangulation.


10.00 am: Shahidan menyatakan tanda yang dicari untuk mengesahkan kematian ialah tanda samada wujud tekanan di kawasan leher, tanda-tanda dipukul.

10.05 am: Shahidan menambah kecederaan dalaman tidak konsisten dengan perincian yang diberikan oleh pegawai yang menjaganya.

10.10 am: Shahidan mengesahkan pembedahan dilakukan terhadap tubuh Teoh semasa bedahsiasat kedua untuk menentukan kecederaan.

10.15 am : Gobind menyatakan bedahsiasat kedua menunjukkan lebih kecederaan yang nyata ditemui di leher dari penemuan pada bedahsiasat pertama. Beberapa perincian tidak terkandung di dalam laporan bedah-siasat pertama.

10.20 am: Gobind pertikaikan terdapat kesan lelas di bahagian depan, serta di kiri leher sebelumnya.

10.25 am : Shahidan menjawab bedah-siasat kedua memperincikan kecederaan.

10.30 am: "Apakah laporan itu menunjukkan pembedahan ada dilakukan?" tanya Gobind.

10.32 am: Shahidan menjawab ia ada dilakukan

10.35 am: Gobind menuduh Shahidan bahawa beliau hanya melakukan pembelaan untuk laporan bedah siasat pertama.

10.37 am: Gobind mengingatkan Shahidan tanda-tanda untuk diperhatikan - kecederaan pada leher, tanda-tanda kecederaan pada otot.

10.40 am: Gobind menyatakan tiada pembdedahan di lakukan ke atas bahagian utama, iaitu kecederaan paling jelas di leher.

10.44 am: Gobind menunjukkan 2 perkara penting untuk disiasat tidak disebut di dalam laporan autopsi pertama.

10.46 am: Shahidan berkata kecederaan lazim terdapat di leher hanya menjadi jelas setelah 24 jam.

10.50 am: Shahidan menyatakan sebab itu ahli pathologi di dalam bedah-siasat pertama tidak mengesaninya dan tidak melakukan pembedahan di situ.

10.55 am: Gobind menuduh ahli pathologist di dalam bedah-siasat pertama tidak mematuhi protokol kerana Shahidan telah menyatakan ia mesti nyata semasa bedah-siasat.

11.00 am: Shahidan menarik semula kenyataannya yang menyatkan ada keperluan untuk mematuhi protokol yang tertentu.

11.10 am: Gobind menyatakan pelik bahawa protokol tidak diikuti sekalipun yang disIasat adalah satu kes kematian.

11.20 am: "Ia malah boleh menunjukkan bahawa kemungkinan berlakunya satu "cover-up". Saya tak menyatakan kes ini, secara umum," kata Gobind.

11.40 am: Shahidan menyatakan ada lingkaran kemerahan di leher Teoh yang Gobind tanya ia memadai untuk mewujudkan siasatan lanjutan.

11.50 am: Shahidan menyatakan YA, Gobind memberitahu inkues bahawa ia tidak dilakukan di dalam bedah-siasat pertama.

11.55 am: Shahidan bersetuju dengan Gobind bahawa kemungkinan berlaku Teoh dicekik tetapi tidak ke tahap membunuhnya.

11.58 am: Shahidan bersetuju dengan Gobind bahawa tanda pelik yang terdapat di leher Teoh adalah terkandung di dalam laporan bedah-siasat pertama.

12.01 pm: "Teoh sebenarnya telah disiksa sebelum jatuh, terdapat bukti tanda-tanda untuk mengesahkannya." kata Gobind.

12.03 pm: Shahidan menjawab, ada kemungkinan tetapi tidak besar.

12.05 pm: "Begitu.. kemudian anda tidak menyatakan sesuatu kekurangan pada laporan pertama?" - Gobind.

12.15 pm: Gobind menamatkan soal-balasnya terhadap saksi itu. Giliran penguam Kerajaan Selangor Malik Imtiaz Sarwar meneruskan soalbalas ke atas Shahidan

12.25 pm: Malik menyoal Shahidan kemungkinan Teoh dicekik ke tahap beliau tidak sedarkan diri.

12.30 pm: Shaidan menafikan kerana katanya tiada tanda-tanda asphyxia.

12.45 pm: Shahidan kini bersetuju juga dengan Malik bahawa terdapat kemungkinan Teoh dicekik sebelum beliau mati.

12.50 pm: Malik tamatkan soal-balasnya kepada Shahidan.

1.00 pm: Koroner Inkues menangguhkan pendengaran kes ke 10 Mac 2009 untuk soalbalas Ahli Majli Bandaraya Kajang Tan Boon Wah & Dr Shahidan Mohd Noor.

Tamat...Koroner Inkues menangguhkan pendengaran kes ke 10 Mac 2009

Ambilan: Kelab Greeboc

Royalti Kelantan Dinafi : Semuanya Amat Kecewa

Majlis Taklimat Tuntutan Royalti Petroleum ADUN-ADUN dan juga Ahli Parlimen Negeri Kelantan di Bilik Gerakan Negeri yang telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan petang tadi berjalan dengan lancar.

Kehadiran 2 orang ADUN UMNO/Barisan Nasional iaitu ADUN Nenggiri, YB Mat Yusoff bin Abd Ghani dan juga ADUN Paloh, Datuk Norzula Mat Diah turut dipuji ADUN-ADUN, Ahli Parlimen-Ahli Parlimen dan tetamu Kerajaan Negeri Kelantan yang hadir kerana berani memenuhi jemputan dan juga berani tampil bagi mendapatkan maklumat dari ke 2-2 belah pihak dalam isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Majlis Taklimat dimulakan lebih kurang jam 2:40 petang. antara yang memberikan Taklimat kepada semua yang hadir ialah YB Tan Sri Abd. Aziz bin Abd. Rahman (Antara yang terlibat dalam menggubal Akta PDA), YB Tuan Nik Saghir bin Nik Ismail (Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas), YB Tuan Tommy Thomas (Peguam) dan YB Dato' Haji Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan)

Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, YB Tuan Nik Syaghir Nik Mohd Nor (gambar bawah) dalam taklimatnya melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas Royalti Minyak.

Beliau menganggap pemimpin-pemimpin terbabit telah mentafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Akta tersebut telah menyebut dengan jelas perkataan On-Shore iaitu daratan sehingga 3 batu nautika (diukur pada paras surut air laut) dan Off-Shore (perairan negeri/laut lepas).

"Saya merasa amat hairan mengapa mereka-mereka ini termasuk yang bergelar Professor di Universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut. saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat, sedangkan pada tahun 1975, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir telah menandatangani 1 perjanjian memberi hak kepada Petronas untuk kerja-kerja carigali minyak di kawasan On-shore dan juga Off-Shore", katanya dalam taklimatnya.

Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar berkenaan dengan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan adalah semata-mata untuk menegakkan kebenaran setelah ada pihak yang bertindak mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu, sebelum PDA digubal dan ditandatangani, Kerajaan Sabah dan Sarawak sudah pun menandatangani perjanjian dengan Shell.

Ketika itu, Shell dikehendaki membayar Royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 8 hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi carigali dengan pantai.

"Mengambil kira perkara tersebut, saya yang pada ketika itu dipertanggungjawab untuk merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan bahawa Petronas perlu membayar 10% Royalti dari setiap hasil carigali yang diperolehi dimana-mana negeri dan ianya perlu dibahagi 2 dari 10% tersebut, 5% kepada pusat dan 5% lagi kepada negeri.

"Saya masih ingat lagi kata-kata Tun Razak apabila saya mengajukan soalan - "adakah apa-apa perbezaan dalam perjanjian antara negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang mahu digubal dan ditandatangani?

Kata Tun Razak - "Kita tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA, tidak ada perbezaan antara mana-mana negeri. kesemua negeri mempunyai hak yang sama".

Itu kata Tun Razak berkenaan dengan keistimewaan di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan sejak dari awal lagi seperti digambarkan pihak tertentu", ujarnya.

Bekas Peguam Kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (gambar atas) pula menegaskan bahawa pembayaran Royalti kepada Negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diwar-warkan pemimpin yang mewakili Kerajaan Pusat sekarang.

Pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan kepada istilah On-shore (daratan) dan Off-Shore (perairan) serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.

"Kalau ada pendapat menyebut Royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah. Kerajaan pusat, Negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5% tidak kira dilokasi mana carigali dilakukan.

Tidak benar sama sekali ada perbezaan Royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri di Semenanjung dalam soal ini", ujarnya.

Peguam Kerajaan Negeri Kelantan, Thomas pula menjelaskan biar pun isu Royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan dan tidak timbul isu "subjudice".

Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan kerana sistem kehakiman di Malaysia tidak mengamalkan sistem "Juri", apabila mahkamah tidak mengamalkan sistem "juri", maka tidak akan timbul isu "subjudis".

"Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar, begitu juga dengan isu perbicaraan kes DSAI, semua pihak bebas bercakap dan melaporkan didalam mana-mana media, mana ada subjudice?" ujarnya.

Sementara itu EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa pula berkata, Kelantan akan menggunakan rundingan bagi menuntut Royalti manakala mahkamah merupakan jalan terakhir sekiranya semua rundingan tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun, kita akan mendapatkan pandangan semua ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen-Ahli Parlimen Negeri Kelantan dahulu sebelum kita membuat apa-apa keputusan dan tindakan.

"Ini urusan besar, Negeri ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebenarnya kuasa memberi hak kepada Petronas adalah DUN dan bukannya kuasa Kerajaan Negeri.

Mengikut Perlembagaan Negara, kuasa ini adalah kuasa DUN sama ada mahu menerima pakai Akta Petroleum atau yang lain-lain. Oleh kerana itu, sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) memutuskan sesuatu perkara, ianya akan menjadi lebih kuat".

Semua wakil-wakil rakyat, Anggota Parlimen, Penyelia Dun dan Parlimen termasuk 2 ADUN UMNO/BN telah mengikuti taklimat khas petang tadi.

ADUN Paloh, YB Dato' Norzula duduk bersebelahan dengan YB Haji Abdul Fatah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan) ADUN Nenggiri mengajukan soalan kepada Peguam Tommy Thomas berkenaan dengan Akta Darurat 1969

Kesian Fairus : Dia sorang Sahaja Sertai UMNO



SIAPA YANG HENDAK MENYERTAI UMNO PERLU AMBIL MASA 3 BULAN UNTUK BERFIKIR:



Berbekalkan jawatan bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, secara rasminya menyertai Umno hari ini.

Kita juga hairan kenapa beliau mengisytiharkan menyertai UMNO semasa Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama PM Malaysia (Datuk Seri Najib Razak). Adakah beliau mempunyai agenda tertentu. Namun semasa penyerahan borang ahli, hanya beliau seorang sahaja mana lagi teman karib dan sahabat setianya.

Sebelum itu, Fairus turut berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong (Walaupun belum menyerah borang ahli) menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah. Pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pada 16 April 2009, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dengan alasan bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Najib dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.

“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.

“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.

Berita Berkaitan:
Menurut Syed Husin tindakan Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April tahun lalu kerana tiada pilihan lain ekoran disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Fairus tiada pilihan lain daripada meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan," katanya.

Jelasnya lagi, Mohammad Fairus juga menuntut ganti rugi daripada PKR selepas meletak ajwatan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

"Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu... lagipun parti tidak mampu berbuat demikian.

"Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya, seorang yang baik hati memberikannya 'kerja' dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000," katanya.

Menurut Syed Husin, alasan yang diberikan Mohammad Fairus keluar daripada PKR adalah untuk mempertahankan agama dan bangsa adalah sangat memalukan.

"Fairus memberikan alasan bangsa dan agama, ia angat memalukan kerana beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.