KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar
menyifatkan dakwaan tidak percaya sesetengah pihak mengenai
telepersidangannya bersama bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis,
Sirul Azhar adalah halangan untuk rakyat mengetahui kebenaran kes
berkenaan. Tegas Mahfuz, ia merupakan gangguan sekat talian yang dialaminya dan wartawan lain sejak sidang media dimulakan.
"Saya buat panggilan di hadapan lebih 10 wartawan yang masih menunggu
di ibu pejabat PAS. Itu selepas berbelas-belas kali saya gagal
menghubunginya semasa di hadapan media pada pagi Isnin. "Saya
dapat 'missed call' daripada Sirul, dia juga hairan kenapa saya tidak
menghubunginya dan dia juga tidak dapat menghubunginya pada waktu yang
ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mahfuz mengulas dakwaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam yang memintanya tidak terus menipu rakyat dengan mendakwa berjaya mengadakan telepersidangan dengan Sirul.