Isu Datuk Hassan Ali - Apa Sebenarnya Yang Terjadi Nie??? Nik Aziz Mohon Rujuk Kepada PAS Selangor

KOTA BHARU, 15 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya merujuk pucuk pimpinan di peringkat negeri masing-masing berhubung sebarang isu yang berkait ahli di negeri tersebut.
Katanya, adalah sangat tidak wajar jika anggota parti hanya mempercayai maklumat dari laporan media perdana semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada pimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu.

Menjadikan media perdana sebagai rujukan kata sama sekali tidak patut memandangkan ianya hanya dikuasai oleh Umno dan BN semata-mata.

“Jadi amat silap sekiranya kita menjadikan media berkenaan sebagai tempat untuk mengetahui perkembangan PAS dan ahlinya,” ujarnya pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.


Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung kedudukan anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu temual dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini menyifatkan Hasan sebagai 'terperangkap' dengan egenda Umno untuk memecah belahkan parti.

Ianya termasuk kenyataan Hasan yang secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno

Mengulas lanjut Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.

“Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas.

"Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor,” ujarnya.

Katanya, apa yang digegerkan dalam media berhubung anggota exco itu, belum tentu betul, mungkin ianya hanya khabar angin.

Terdahulu beliau merasmikan pra pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12), di sebuah hotel di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.