SAH!! Timbalan Menteri Kerja Raya Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Shahruddin memaklumkan beliau telah membuat keputusan yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

"Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN,

"Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14," katanya.

HANGIT!! Mesyuarat MPT Bersatu Malam Ini - Tun Mahathir & Mukhriz Tidak Dijemput


KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka mengadakan mesyuarat pada malam ini tanpa menjemput pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu edaran panggilan mesyuarat oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapt (B) Muhammad Suhaimi Yahya kini berlegar di media sosial yang menyenaraikan jemputan ke mesyuarat tersebut termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dirujuk sebagai Presiden dan Pemangku Pengerusi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.