Ya Allah Ya Tuhanku.. Moga Datuk Zaharuddin, Adun Kerdau Kembali Sihat.. Aku Takmau PRK Lagiii.... Dah Letihhh



Adun Kerdau koma, kembali kritikal..


ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi, lapor beberapa akhbar.

"Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.

"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," beliau dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.

Sebagai Makluman:

Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya

Terkini: MP Kapar Akan Umum Keluar PKR Petang Ini?? Apapun Berlaku Beliau Tetap Bersama PKR...



KUALA LUMPUR, 22 Mei — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sekali lagi menafikan khabar angin yang beliau akan mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini.

“Khabar angin ini tidak benar. Tidak benar, tidak benar, saya akan bersama PKR walau apa sahaja berlaku ke atas saya sama ada saya dikenakan tindakan disiplin ataupun apa jua keputusan Selcat nanti,” kata beliau ketika dihubungi.

Ditanya dakwaan bahawa akan menghadiri sidang media di Shah Alam petang ini, Manikavasagam menegaskan, beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.

“Saya baru balik dari menemui penduduk kawasan saya. Saya tidak tahu siapa menyebarkan maklumat itu,” kata beliau lagi.

“Saya bukan pengecut, saya tidak akan lari dari tanggungjawab saya bersama PKR,” kata beliau sambil menambah “telah memaklumkan pendirian saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.”

Ini bukan kali pertama beliau disebut-sebut akan keluar PKR.

Semalam beliau menerima notis menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berhubung dakwaan penyelewengan dalam syarikat pasir kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Khabar angin disebarkan menerusi SMS dan internet mendakwa wakil rakyat penggal pertama itu akan mengadakan sidang media 2 petang ini di Shah Alam bagi mengumumkan keputusan meletakkan jawatan.

Malah akhbar angin itu juga menyebut dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari Kedah juga akan hadir bersama.

Gerakan Anti Samy (GAS) Akan dilancar 30 Mei Depan

PETALING JAYA, 22 Mei — Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan (gambar) yang dipecat daripada parti itu kelmarin akan melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) 30 Mei ini bagi mendesak Presiden MIC berundur segera.

Majlis pelancaran akan diadakan di ibu negara dengan dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang.

Mugilan mengumumkan langkah pertama ini tiga hari selepas menerima surat pemecatan daripada Datuk Seri S. Samy Vellu.

Bantahan Raksasa Penduduk Pakistan kecam Facebook.. Di Malaysia Bila Lagi??



Rakyat Pakistan membakar bendera Amerika Syarikat dan Norway semasa mengadakan tunjuk perasaan di Lahore bagi membantah lukisan gambar Nabi Muhammad di dalam Facebook, semalam. - REUTERS

LAHORE 21 Mei - Beribu-ribu rakyat Pakistan dijangka membanjiri jalan-jalan raya hari ini bagi meluahkan kemarahan terhadap Facebook dan Barat berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad, yang dianggap mencabul Islam.

Ia berikutan tindakan seorang pengguna Facebook yang menganjurkan satu pertandingan 'Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad' yang kononnya bertujuan 'menggalakkan kebebasan bersuara', yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun tindakan itu menimbulkan kemarahan hebat di negara Islam ini yang dihuni 170 juta penduduk.

Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad dan menganggapnya sebagai kufur.

Perselisihan terbaru itu turut membangkitkan perbandingan dengan bantahan di seluruh dunia Islam berhubung penerbitan kartun yang menyindir Nabi Muhammad dalam akhbar-akhbar Eropah pada 2006.

Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PTA) mengharamkan akses ke Facebook, YouTube dan lebih 450 pautan ke laman web yang mengandungi kandungan 'menghina serta mencabul' Islam.

Beribu-ribu pelajar dan aktivis Islam dilapor telah membanjiri jalan-jalan raya di beberapa bandar Pakistan dan parti agama juga turut menganjurkan bantahan besar-besaran yang dijadual selepas solat Jumaat hari ini.

Perhimpunan dijangka diadakan di bandar Lahore, Karachi, Peshawar dan Rawalpindi.

Halaman Facebook yang dimaksudkan hari ini telah menarik 105,000 peminat dengan lima muka surat mengandungi lakaran kasar serta karikatur Nabi Muhammad.

Halaman-halaman yang diwujudkan bagi mengutuk pertandingan itu dan menyeru pemboikotan pertandingan semalam itu menarik lebih ramai peminat.

Facebook menyuarakan kekecewaan berhubung tindakan kerajaan Pakistan menyekat laman webnya dan pihaknya sedang menimbang untuk tidak membenarkan akses ke halaman terlibat sahaja. - AFP

Polis Berjaya Bongkar Kegiatan Palsukan Resit Tol PLUS



SUPRITENDAN Shafien Mamat menunjukkan sebahagian daripada resit kosong yang digunakan oleh sindiket untuk mencetak resit palsu yang dirampas dalam satu serbuan di Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.

NIBONG TEBAL 21 Mei - Polis berjaya membongkar kegiatan menghasilkan resit palsu bagi bayaran tol perjalanan sepanjang Projek Lebuh Raya Utara Selatan dalam satu serbuan di Taman Keramat Permai di sini, Isnin lalu.

Hasil kegiatan licik kumpulan itu, mereka berjaya meraih keuntungan lumayan antara RM400 dan RM600 sehari.

Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada ratusan pemandu lori yang menggunakan resit itu untuk membuat tuntutan daripada pihak majikan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, serbuan dilakukan di sebuah rumah kedai, hasil maklumat awam dan risikan pihak polis selama seminggu.

Katanya, berikutan itu, seorang wanita warga Indonesia berusia 34 tahun ditahan ketika sedang memproses resit-resit palsu bercetak perkataan PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan).

''Polis turut merampas sebuah komputer, beberapa gelung kertas yang siap bercetak perkataan PLUS, wang tunai RM500 dan empat keping jadual perjalanan tol seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shafien berkata, hasil siasatan lanjut, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang disyaki dalang kegiatan kumpulan tersebut.

Menurut beliau, susulan itu, seorang lagi lelaki berusia 52 tahun yang juga pemandu lori ditahan kerana bertanggungjawab sebagai pembeli gelung resit bercetak perkataan PLUS.

"Berdasarkan siasatan, pelanggan mereka hanya perlu datang ke premis tersebut dan menyatakan lokasi perjalanan yang diingini sebelum diberikan resit palsu.

"Dengan membayar RM1 hingga RM4 bagi setiap resit, pemandu lori membuat tuntutan sehingga mencecah ratusan ringgit bagi setiap perjalanan daripada majikan masing-masing," tambahnya.

Shafien berkata, pihaknya sedang menyiasat kemungkinan sindiket tersebut memperoleh resit bercetak berkenaan daripada pihak sama yang membekalkan bahan itu kepada syarikat PLUS.

Ketiga-tiga suspek itu katanya, kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun, sebat serta denda.

Himpunan Raksasa Menandakan Bubar DUN Kedah?? Pengumuman Di Batu 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan raksasa malam ini - peluang membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka membuat pengisytiharan menamatkan spekulasi ‘liar’ mendakwa mereka akan keluar parti.

Sambil menegaskan kerajaan negeri Kedah pimpinan PR masih stabil, wakil rakyat bukan PAS yang menjadi tumpuan spekulasi mahu mengakhiri tanggapan sedemikian semasa perhimpunan hari ini.

Dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diburu pelbagai pihak menegaskan, mereka mahu bab spekulasi dihentikan selepas pengumuman pendirian mereka hari ini.

“Saya sudah letih. Saya ingat sudah lebih 50 kali (sejak lebih setahun ini) saya sudah bercakap mengenai isu ini, sudah berkali-kali saya menafikan tetapi orang bertanya setiap kali perkara ini dibangkitkan,” kata Adun Sidam, Tan Chow Kang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya mahu tutup fail, tak mahu cakap lagi mengenai isu ini,” kata Tan sambil menegaskan, beliau berharap tiada pihak yang akan bertanya lagi mengenai isu berkenaan selepas ini.

Majlis itu akan berlangsung di Kota Sarang Semut dekat Alor Setar.

Tan berkata, beliau akan menggunakan majlis anjuran PAS Kedah itu untuk menjelaskan kepada umum mengenai pendiriannya.

“Mereka menjemput saya. Jadi saya akan menggunakan pertemuan ini untuk menjelaskan, saya harap orang ramai akan mengetahui sendiri pendirian saya... lepas itu tak tanya lagi mengenai isu ini lagi,” katanya.

Terdapat empat Adun bukan PAS dalam kerajaan negeri PR iaitu tiga dari PKR dan seorang wakil DAP.

Selain Tan dua wakil rakyat PKR ialah Lim Soo Ned dari Kulim dan , S. Manikumar dari Bukit Selambau.

Adun tunggal DAP ialah Lee Guan Aik mewakili kerusi Kota Darul Aman.

Kesemua mereka dijemput hadir.

Mereka berbuat demikian di sebalik spekulasi bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun soal pembubaran itu telah dinafikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak beberapa kali.

Azizan juga pernah menegaskan khabar angin itu adalah permainan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang hati dengan keadaan aman di Kedah.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan membuktikan masih wujudnya solidariti di kalangan anggota Pakatan Rakyat dengan memanggil kesemua wakil rakyat bukan PAS bercakap pada majlis malam ini.

Kata beliau, perhimpunan malam ini akan menamatkan cakap-cakap bahawa kerajaan negeri Kedah juga akan berhadapan dengan nasib macam Perak dengan beberapa wakil rakyat akan keluar parti.

“Kesemua yang dikatakan akan keluar parti akan hadir,” katanya.

“Mereka sendiri akan bercakp kepada rakyat untuk menyangkal spekulasi mereka akan keluar parti,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Azizan juga mengulangi bahawa beliau tiada rancangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, Manikumar berkata, perhimpunan hari ini akan digunakan untuk memperkukuhkan pendirian bahawa mereka akan kekal dalam PR.

“Pada 22 Februari (hari ini), kami akan menjelaskan kepada rakyat bahawa Pakatan tiada masalah, yang ada masalah cuma dalam Barisan Nasional.

“Kerajaan negeri masih kukuh, masih stabil... tiada masalah di kalangan kami, kami akan kekal bersama dalam kerajaan negeri,” kata beliau yang juga Exco kerajaan negeri sambil menolak tiada keperluan untuk membubarkan DUN negeri.

“Kesemua itu adalah khabar angin sahaja,” katanya.

Jelas beliau, pertemuan malam ini bukan tindakan membuat ikrar tetapi hanya merupakan platform untuk menjelaskan kepada rakyat secara terbuka.

“Kami hendak menjelaskan kepada rakyat, dan kami mahu fokus terhadap projek pembangunan,” katanya lagi.

Bekas MB Selangor.. Khir Toyo akui lulus lebih 4,500 pusat judi?


Tindakan meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri! Itulah yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang semalam mendesak Menteri Besar Selangor kini Tan Sri Khalid Ibrahim agar menutup lebih 4500 tempat perjudian yang kini terdapat di Selangor.

Pada zaman siapa pusat perjudian tersebut dibina dan diluluskan? Pakatan Rakyat baru memerintah tak sampai pun tiga tahun. Siapa lagi kalau bukan zaman Umno@BN memerintah Selangor! Memang patut pun pemimpin Umno digelar 'Raja Judi'.

Tindakan Khir Toyo bukan sekadar baling batu sembunyi tangan tetapi umpama orang berak tengah jalan kemudian tuduh orang lain!Malah suruh orang lain sapu dan bersih!

Patutlah dulu Khir Toyo dulu hadiah penyapu kepada Pegawai daerah di Hulu Selangor. Rupa-rupanya sebagai simbolik membersihkan segala kekotoran dan najis yang kini ditinggalkan oleh Umno sebelum ini sekian lama memerintah Selangor.

Kena siasat juga mana le tahu rumah Khir Toyo di Syeksen 7 Shah Alam yang khabarnya bernilai puluhan juta ringgit datang dari duit judi.

Malang sekali nasib rakyat di Selangor yang dibangunkan selama ini bergelumang dengan hasil judi!!!

Rakyat fikir sendirilah inilah antara contoh pemimpin yang mendakwa pejuang bangsa dan Melayu di negara ini. Malah dengan muka tak malu mengaku Umno sebagai pembela Islam.

Shahrizat Giat Usaha Untuk Realitikan 90 hari Cuti Bersalin Setelah Kelantan Berjaya...


KUALA LUMPUR, 21 Mei — Susulan pengumuman kerajaan negeri Kelantan semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan persetujuan untuk memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perbincangan yang turut melibatkan Kementerian Sumber Manusia itu merupakan kelangsungan daripada usaha yang dilakukan kementeriannya empat tahun lalu.

Semalam, kerajaan Kelantan berkata akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.

“Kementerian dalam masa terdekat ini akan melihat kembali syor yang pernah dibuat empat tahun yang lalu yang berusaha berjumpa pekerja, pihak majikan, dan badan bukan kerajaan untuk mendapatkan persetujuan supaya kerajaan menambahkan jumlah cuti bagi wanita bersalin.

“Perjuangan kita pada masa itu adalah memohon untuk memanjangkan cuti kepada 84 hari tapi hari ini atas faktor semasa dan permintaan ramai kita setuju untuk memohon agar kerajaan meluluskan permohonan cuti 90 hari kepada wanita bersalin,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis penutupan Forum Ekonomi Islam Sedunia Keenam di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa di sini, hari ini.

Dipetik Bernama Shahrizat berkata, ketika mula-mula dibangkitkan empat tahun lalu cadangan tersebut mendapat reaksi negatif daripada majikan yang mendakwa sekiranya cadangan itu diluluskan akan timbul masalah di mana wanita tidak lagi diberi peluang untuk terlibat dalam pasaran pekerjaan.

Katanya, sudah tiba masanya untuk kementerian mempergiatkan semula usaha tersebut kerana suasana dan persekitaran kerja sudah jauh berubah.

“Pada masa itu ada banyak NGO wanita tidak bersetuju, tapi hari ini kementerian berpendapat bahawa masanya telah tiba untuk kita giatkan kembali usaha empat tahun dulu kerana persekitaran sosial hari ini amat memerlukan kita memulakan pendidikan anak-anak bermula dari kecil lagi,” katanya.

Shahrizat berkata, kementeriannya akan memulakan rundingan dengan pihak-pihak tertentu dengan melibatkan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan persetujuan untuk dibentangkan kepada kerajaan bagi membolehkan permohonan tempoh masa cuti bersalin ditambah.

“Sebab itu kita akan bangkitkan semula permohonan ini dan saya akan pastikan bahawa akan ada kajian terkini sebelum perkara ini dibawa ke Kabinet,” katanya.

Kenari Terbang Tinggi Di Laman Orang - Tahniah


JOHOR BAHRU - Johor FC gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, semalam.

Pada perlawanan tersebut, pasukan pelawat hampir menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit kedua, namun sepakan kencang Baddrol Bakhtiar hanya singgah di palang gol.

Skuad Kenari memperoleh gol pertamanya apabila pemain pertahanan tuan rumah, Mohd. Hamzani Omar tertampan bola ke gawang sendiri, yang berpunca daripada sepakan lintang Mohd. Faizal Abu Bakar.

Skuad Lebah dilihat lebih banyak mengasak ke kubu pertahanan lawan hingga menyebabkan penjaga gol Kedah, Abd. Hadi Abd. Hamid mengalami kecederaan pada minit ke-24, sebelum diganti dengan penjaga gol simpanan Muhd. Hafiz Hamzah.

Pada separuh masa kedua, Johor FC menukarkan penjaga gol G.Jeevanatham kepada penjaga gol simpanan, Mohd. Fazli Paat.

Anak buah Ramlan Rashid, yang terdesak untuk memburu gol, menggandakan asakan, namun percubaan Mohd. Ezaidy Mohd. Khadar pada minit ke-52, berjaya ditangkap kemas oleh Muhd. Hafiz.

Mohd. Khyril Muhymeen terus mengukuhkan kedudukan Kedah, apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.

Walaupun mendahului, anak buah Ahmad Yusof terus melancarkan serangan ke kubu lawan, namun kecekapan Mohd. Fazli berjaya mematahkan setiap serangan.

Johor FC memperoleh gol hasil jaringan Mohd. Azuwad Arip pada minit ke-87.

Rombakan Kabinet.. Tercicir LagiKah SI KJ yang Puas Membodek???...

Rombakan Kabinet : KJ Tidak Tersenarai ?

Kesian sungguh kat KJ , kerana difahamkan namanya masih tercicir dari disenaraikan dalam list terakhir susunan kabinet najib selepas pemilihan MCA dan PRK Hulu Selangor dan Sibu. Nasib malang , nak kata macam mana. Terima saja. Ini semua ketentuan Ilahi.

Tidak diketahui , mengapa Najib masih tidak berminat untuk menyenaraikan dia dalam senarai pilihan utama ?. Adakah Mahathir masih menjadi ‘key player’ dalam pentadbiran kerajaan hari ini ? Adakah KJ masih kurang tahap ampu dan bodek seperti mana yang diamalkan oleh sekalian pembesar UMNO ?

Rombakan Kabinet : KJ Tidak Tersenarai ?

Laporan sebuah akhbar tempatan menyebut ;-

1. Lonjakan dalam rangking daya saing Malaysia adalah bukti keyakinan terhadap pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengubah ekonomi dan juga perkhidmatan awam.

2. Ini adalah petunjuk jelas bahawa berkaitan dengan rangsangan ekonomi, kita melakukannya dengan betul, untuk mengharungi kemelesetan global dan melaksanakan pembaharuan utama bagi daya saing jangka panjang

3. Strategi pembaharuan serampang dua mata yang dirangkumkan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan diperkenalkan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) telah memberikan keyakinan dan kejelasan kepada pelabur global bahawa pelan hala tuju Perdana Menteri untuk mencapai kejayaan adalah meluas dan menyeluruh.

4. Ia juga menunjukkan bahawa Malaysia tidak perlu meletakkan dirinya sebagai destinasi pelaburan dan rakan kongsi perdagangan hanya dengan menjadi lebih murah berbanding negara-negara lain di rantau ini.

5. Orang kini mahu menjalankan perniagaan dengan kita kerana ekonomi kita boleh menokok nilai kepada rantaian bekalan mereka dan persekitaran kawal atur cekap dan telus.

6. Pakar ekonomi berpendapat inisiatif dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah pemacu utama dalam meningkatkan perniagaan dan kecekapan kerajaan, melonjakkan Malaysia menjadi negara ke-10 paling kompetitif di dunia.

7. Malaysia disenaraikan sebagai negara ke-10 paling kompetitif di dunia oleh "Competitive Yearbook for 2010" IMD World yang berpangkalan di Switzerland.


Najib, dalam laman sosial Facebook terdahulu hari ini menulis "Very pleased that Malaysia is now among the top 10 of IMD Competitiveness rankings. I'm assured that we are on the right track for growth." (Amat gembira Malaysia kini merupakan antara 10 yang terbaik dalam rangking Daya Saing IMD. Saya yakin bahawa kita berada di landasan yang betul bagi pertumbuhan.") Ini merujuk kepada ulasan KJ dalam media ini dan ini

Soalan 1 : Mengapa perlu kepada KJ membuat ulasan seperti di atas ?

Soalan 2 : Atas kapasiti apa beliau perlu membuat ulasan seperti di atas ?
Soalan 3 : Apakah kelayakan beliau untuk membuat ulasan seperti di atas ?
Soalan 4 : Apakah pengkhususan beliau semasa ‘belajar’ di Oxford dulu ?

Bilamana kita sudah menjadi liabiliti kepada organisasi yang diwakili , samada sebuah parti , jabatan , syarikat dan seumpamanya , tetapi pada masa yang sama kita merasakan diri masih penting , perlu dihormati , berkeupayaan dan seumpamanya , maka sangatlah dikhuatiri ada orang mengesyaki semua kenyataan , idea , pandangan dan seumpamanya tidak lebih dari tujuan untuk mengampu , membodek dan seumpamanya.

Kesian sungguh kat KJ , kerana difahamkan namanya masih tercicir dari disenaraikan dalam list terakhir susunan kabinet najib selepas pemilihan MCA dan PRK Hulu Selangor dan Sibu. Nasib malang , nak kata macam mana. Terima saja. Ini semua ketentuan Ilahi.
Tidak diketahui , mengapa Najib masih tidak berminat untuk menyenaraikan dia dalam senarai pilihan utama ?. Adakah Mahathir masih menjadi ‘key player’ dalam pentadbiran kerajaan hari ini ? Adakah KJ masih kurang tahap ampu dan bodek seperti mana yang diamalkan oleh sekalian pembesar UMNO ?

Kepada KJ , jangan sekali – kali berputus asa , harus terus mencuba , tingkatkan kuasa ampu , bodek dan jek2 lah Najib acap kali dan berterusan dalam beberapa minggu ini. Ingat , Najib sudah memutuskan senarai terakhir , tapi kalau anda masih tidak menyerah kalah , mungkin rezeki anda ‘at least’ untuk jawatan Timbalan Menteri masih lagi ada.

tranungkite

Datuk Bandar diarah bayar RM750,000 Kepada Seniman Negara - Ubah Suai Arca


Datuk Bandar Kuala Lumpur diarah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini membayar ganti rugi kepada seniman negara, Datuk Syed Ahmad Jamal Syed Jamil Sahil, RM750,000 kerana melakukan pengubahsuaian terhadap arca tanpa kebenarannya.

Hakim Datuk Azhar Mohamed juga memerintahkan Datuk Bandar membayar kos undang-undang dan faedah lapan peratus setahun dari tarikh saman itu difailkan pada 2003 sehingga selesai pembayaran.

Beliau juga membenarkan permohonan Syed Ahmad Jamal untuk perintah deklarasi yang beliau boleh mencipta arcanya ''Puncak Purnama/Lunar Peaks'' di mana-mana tempat lain.

Syed Ahmad Jamal memfailkan saman terhadap Datuk Bandar kerana melanggar haknya sebagai pencipta arca tersebut.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata, mereka sudah dan menyiapkan arca yang diperbuat daripada seramik kaca lambang Gunung Ledang yang juga menyamai logo United Malayan Banking Corporation (UMBC) pada 1985.

Katanya, pada November 1986, arca itu diserahkan kepada defendan untuk ditempatkan di taman mini UMBC di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada 2000, Datuk Bandar telah melakukan pengubahsuaian ke atas arca itu apabila menggantikan kaca seramik dengan keluli tahan karat tanpa memaklumkan beliau atau meminta kebenarannya.

Beliau menegaskan pengubahsuaian itu nyata sekali mengubah karakter dan semangat kerja seninya dan plat keluli yang digunakan adalah berkarat menunjukkan kemahiran yang kurang bermutu dan menggunakan bahan yang substandard.

Beliau mendakwa usahanya sia-sia untuk berbincang berhubung perkara itu dengan Datuk Bandar.

Datuk Bandar dalam pernyataan pembelaannya, berkata Syed Ahmad Jamal telah mengetahui dari awal mengenai pembinaan arca dan taman mini tersebut yang kerana kerosakan, kecurian, vandalisme dan peredaran masa, arca itu terpaksa ditukar dan diubahsuai dengan rekaan lain serta penggunaan bahan yang lebih sesuai.

Syed Ahmad Jamal selepas keputusan itu berkata, "Ini adalah hari yang amat bererti untuk seniman."

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.